Baru baru ini heboh dengan beberapa isu Tanah Wakaf di media sosial. Oleh itu, jom kita kenal lebih mendalam apakah konsep Wakaf dalam Islam.

Wakaf merupakan sebuah konsep yang digunakan didalam Islam bagi menyumbangkan harta mereka di Jalan Allah atau kegunaan kebajikan atau kegunaan umum dalam Islam. Islam amat menggalakkan perbuatan wakaf ini kerana ia merupakan satu “ladang” atau “pelaburan” pahala bagi umat Islam. Hal ini selari dengan sebuah Hadis Rasulullah SAW, iaitu:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Jariah itu terbahagi kepada beberapa perkara, seperti membina Masjid, mengalirkan sungai, dan segala yang bersifat kekal dan bermanfaat untuk umat Islam.

Konsep Wakaf ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti:

[Wakaf Am]
Wakaf Am merupakan pemberian yang tidak dikhususkan oleh pemberi untuk dimanfaatkan dengan pelbagai cara sekalipun. Misalnya, pewakaf mewakafkan sebidang tanah untuk Majlis Agama. Maka, majlis Agama bebas untuk mengusahakan tanah tersebut selagi ia boleh memberi manfaat kepada umat Islam (bina sekolah, masjid).

[Wakaf Khas]
Wakaf Khas pula berlaku pengkhususan oleh pewakaf. Misalnya, pewakaf ingin mewakafkan tanahnya untuk dijadikan Masjid. Maka, penerima wakaf (Majlis Agama) hendaklah menjadikan tanah wakaf tersebut sebagai Masjid sahaja.

Harta Wakaf terbahagi kepada beberapa bahagian seperti:
– Harta Alih: Seperti Kereta, Van, Al-Quran, wang tunai
– Harta Tidak Alih: Seperti Tanah, Rumah.

Rukun Wakaf pula terdiri dari, Waqif (Orang yang berwakaf), Mauquf ‘Alayhi (Orang yang menerima harta Waqaf), Mauquf (Harta yang diwakafkan) dan Sighah (Ijab dan Qabul).

Isu Isu Wakaf di Malaysia
Terdapat pelbagai isu isu wakaf di Malaysia yang sewajarnya diambil cakna oleh kita selaku umat Islam bagi mengelakkan isu isu yang sebelu ini berulang lagi, antara isu yang wujud seputar dalam Wakaf ini,

[Tanah Wakaf Tidak Berdaftar]
Isu ini sebenarnya sudah bertahun tahun lamanya berlaku di Malaysia. Isu tanah Wakaf yang tidak berdaftar ini pada awalnya memang tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila pewaris kemudiannya menuntut hak tanah tersebut. Isu ini makin melarat apabila tuntutan ini dibawa ke Mahkamah.

Akibatnya, tanah wakaf yang tiada hitam putih menyebabkan kerugian pihak Masjid. Isu ini bukan berlaku di Perak tempoh hari, tetapi di seluruh negara.

Rujuk:
https://www.melakahariini.my/empat-cabaran-utama-maim-urus-tanah-wakaf/?utm_source=chatgpt.com

[Kekurangan Dana Bagi Pembangunan Tanah Wakaf]
Isu ini juga sebenarnya agak rumit untuk diselesaikan kerana kekurangan dana ini akan menyebabkan tanah Wakaf akan terbiar dan tidak diuruskan. Hal ini justeru merugikan bagi Umat Islam. Untuk ini, Majlis Agama hendaklah cekap dan cakna bagi melaksanakan pelan pelan bagi merestorasi dan memelihara tanah Wakaf ini.

Antara contoh yang pernah dilaksanakan seperti Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang menggunakan tanah Wakaf bagi membangunkan perumahan awam di Wakaf Seetee Aisah Fasa 2. Hal ini bukan sekadar memanfaatkan tanah tersebut malahan memberi manfaat kepada Umat Islam bagi mendiami perumahan secara sewa di Pulau Pinang.

Rujuk:
https://www.kosmo.com.my/2023/07/15/mainpp-sasar-bangun-5000-unit-perumahan-atas-tanah-wakaf/?utm_source=chatgpt.com

Kesimpulannya, Majlis Agama dan umat Islam seharusnya cakna akan Wakaf ini bagi mengelakkan pertindihan tuntutan yang akhirnya merugikan umat Islam di kemudian hari.

Rujukan tambahan:
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3560-bayan-linnas-siri-ke-194-konsep-sedekah-jariah-menjana-kesatuan-ummah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.