Memang kita benci dengan diorang sebab diorang rosakkan bumi Palestin sana tu. Tapi, tak usah lah nak dikonspirasikan macam-macam dengan Yahudi.
Karang kalau orang-orang tua kita baca, habis ditinggalkan semua benda ni atas alasan taknak ikut Yahudi. Nak kata bid’aah, jauh sekali.
Sudu pertama dalam sejarah ialah orang Mesir Purba pakai, kira-kira 1000 SM, sekali Yahudi yang kena.
Tamadun China, Yunani dan Rom pun antara yang terawal guna sudu dalam kehidupan diorang. Dalam tamadun Islam pulak, sudu ni dah wujud masa zaman Abbasiyah pada abad ke-9 Masihi.
Toilet duduk pertama dalam sejarah ialah pada rumah-rumah mandi Rom, sekali Yahudi jugak yang kena. Tinggalan jamban Rom tu pun masih ada lagi sampai harini.
Orang Rom yang mula-mula tunjuk isyarat guna ibu jari, sekali Yahudi jugak yang kena. Nama dia Pollice verso. Asalnya isyarat ni digunakan untuk hina gladiator yang kalah.
Bersepah paper-paper sains, jurnal, website kesihatan luar negara dari Barat cakap kebaikan makan kambing, sekali Yahudi jugak yang kena.
Rekod terawal makan pencuci mulut habis makan berat ni dari Rom, kemudian amalan ni diwarisi ke zaman Eropah Pertengahan, raja Perancis macam Charlemagne makan pencuci mulut di hujung dinner, Yahudi jugak yang kena.
Pasal tidur ni, sains cakap paling minima nak tidur 4.5 jam, tetapi bergantung pada setiap orang punya badan, tak akan baby kecik kau nak paksa dia tidur 5 jam jer, sekali Yahudi jugak yang kena.
Orang kita ni ada biggest irony. Nak kaitkan diri sebagai puak Bani Israel yang hilang, nak kaitkan diri sepupu Yahudi, Bani Israel etc, tapi yang kuat teori konspirasi tuduh Yahudi, orang kita jugak.
Ni nak tanya, kau dok jual nama Nabi ni, ada dalil tak untuk semua benda kau sebut?
Ni baru cerita pasal Yahudi. Yang korang main FB ni pun ciptaan Yahudi jugak. Belum lagi masuk part agenda Free Shipping dan Aluminium. Habis semua benda jadi dalam dunia ni pun nak kait dengan diorang.
Yang kelakarnya, teori-teori konspirasi ni pun orang Barat yang mulakan dulu. Sampailah tersebar dakyah diorang dalam bumi Melayu ni habis semua orang sebar dalam Whatsapp.
Kadang boleh jadi yang teori konspirasi sebegini yang akan buat orang Melayu kita mundur sampai bila-bila. Ada hati nak berperang di Gaza, sikit-sikit semua salah Yahudi.
Jangan paranoid sangat dengan benda-benda gini. Yang awak anuti tu agama, bukan teori-teori macam ni.
Dah tak percaya dengan takdir Allah ke?
Oleh: Azizul Farhan & Helmi Effendy
___
Betul ke Freemason, Illuminati dan Yahudi ni kuasai dunia sekarang ni?
Kami dah sangkal benda ni dalam MENCABAR TEORI KONSPIRASI. Ada topik khas yang dikupas secara mendalam untuk korang faham dan rungkai semua yang tersebar dalam internet ni. Dapatkan segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply