Kalau perasan, baru-baru ni ramai yang tukar gambar profil jadi warna ungu. Skrol-skrol je mesti warna ungu. Artis popular seperti Tyla pun turut serta dalam tren ni. Apa kisah sebenar tren ni?
Fenomena ni sebenarnya bukanlah sekadar trend semata-mata, tapi ni solidariti digital yang bermula dari Afrika ke arah seluruh dunia.
Solidariti untuk apa sebenarnya?
Sebuah organisasi bernama Women For Change (WFC). sedang berusaha meningkatkan kesedaran tentang isu-isu berkaitan wanita.
Macam kat Malaysia, isu-isu wanita ni biasanya biawak hidup ataupun bapa yang taknak bayar nafkah anak sampai ibu-ibu tunggal terkontang-kanting bekerja nak cover kos.
Kat sana malangnya, lain. Konsep “gender-based violence” yang tak berapa meluas kat sini tu sebenarnya sangat meluas kat sana sampai ada term “femicide”.
Apa benda tu femicide? Saya sebut femisid lah. Senang. Femisid ni pemb*nuhan wanita. Memang specifically target wanita jer. Afrika Selatan merupakan salah satu negara dengan kadar femisid tertinggi di dunia.
Menurut kenyataan WFC yang tular, dalam tempoh setahun sahaja, femisid meningkat sebanyak 83.8%. Keadaan semakin membimbangkan sehingga negara itu kini mengebumikan seorang wanita setiap 2.5 jam akibat keganasan.
Gerakan menukar gambar profil kepada warna ungu ini dilancarkan sebagai persediaan menuju G20 Women’s Shutdown yang telah berlangsung pada beberapa hari lepas, 21 November 2025, iaitu sehari sebelum Sidang
Kemuncak G20 diadakan di Afrika Selatan. G20 (Kumpulan Dua Puluh) ialah sebuah forum yang menghimpunkan ekonomi-ekonomi utama dunia yang berkumpul setiap tahun untuk membincangkan isu ekonomi global.
Ada apa pada 21 November lepas?
Pada tarikh ini, semua wanita (dan lelaki) di seluruh Afrika Selatan akan “memberhentikan negara” sebagai tanda protes. Matlamatnya adalah untuk menunjukkan bahawa tanpa wanita, negara tersebut tidak boleh berfungsi.
Gerakan 21 November ini menyeru untuk:
– Jangan bekerja. Tiada kerja bergaji dan tiada juga kerja tidak bergaji seperti “memasak, atau mengurus rumah.”
– Jangan berbelanja. Hentikan semua aktiviti ekonomi selama sehari.
– Pakai pakaian hitam. sebagai tanda berkabung dan penentangan.
– Tukar gambar profil kepada warna ungu untuk meningkatkan kesedaran di ruang digital.
– Berbaring 15 minit pada 12 tengah hari. Setiap minit mewakili seorang daripada 15 wanita yang dib*n*h setiap hari di Afrika Selatan.
Apa je impak pergerakan ini? Tukar gambar profil jer pun. Betul tak?
Kerajaan Afrika Selatan akhirnya pada hari 21 November itu, mengisytiharkan keganasan berasaskan jantina dan femisid sebagai Bencana Nasional, satu keputusan bersejarah yang dibuat melalui National Disaster Management Centre. Pengisytiharan ini datang selepas tekanan besar-besaran daripada rakyat, aktivis dan gerakan solidariti global yang diceritakan tadi. Dengan status “Bencana Nasional”, kerajaan sana kini diwajibkan memperuntukkan sumber, dana kecemasan, serta pelan tindakan berskala besar untuk menangani isu tersebut secara menyeluruh.
Ini menandakan bahawa negara itu akhirnya mengakui keganasan terhadap wanita bukan lagi sekadar masalah sosial, tetapi kecemasan nasional yang memerlukan tindak balas segera.
Kenapa penting sangat untuk kita kisah?
Ingat balik apa yang jadi Jyoti Singh atau dikenali sebagai ‘Nirbhaya’. 16 Disember 2012. Salah satu tragedi paling mengerikan dalam sejarah keganasan terhadap wanita. Dalam sebuah bas, enam lelaki bukan sahaja mer*g*lnya berulang kali, tetapi menyeksa tubuhnya dengan kekejaman yang sukar dibayangkan: batang besi ditusuk ke dalam tubuhnya sehingga ususnya tercarik dan terburai, sementara rakannya dipukul hingga tidak sedarkan diri. Selepas lebih sejam diseksa tanpa belas, mereka campak kedua-duanya ke tepi jalan seperti sampah. Jyoti bertarung nyawa selama 13 hari sebelum tubuhnya akhirnya menyerah akibat kecederaan dalaman yang hampir menghancurkan keseluruhan organ dalamannya. Sampai pernah ada undang-undang melarang untuk siarkan namanya. Maka dunia memanggilnya ‘Nirbhaya’ yang bermaksud Si Tanpa Takut. Kes ini menggoncang India, memaksa ratusan ribu turun ke jalan, menuntut keadilan dan hukuman paling keras kepada pelaku. Hingga hari ini, kisah Nirbhaya menjadi peringatan.
Beralih kepada Malaysia pula. Sebanyak 3,768 kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa berusia 36 hingga 45 tahun direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Dan 7,116 kes yang direkodkan pada tahun 2024, menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah itu 73 peratus atau 2,751 kes merupakan mangsa wanita, manakala 27 peratus atau 1,017 kes melibatkan mangsa lelaki. Terengganu mencatatkan bilangan kes keganasan rumah tangga tertinggi mengikut nisbah penduduk, dengan 379 kes pada tahun lalu. Sehingga April tahun ini, negeri tersebut melaporkan 104 kes, berbanding 130 kes pada tempoh yang sama pada 2024.
Keganasan rumah tangga telah mendominasi jenayah s*ksual terhadap wanita, dengan laporan rasmi menunjukkan bahawa lebih daripada separuh kes jenayah s*ksual melibatkan mangsa wanita yang dianiaya di dalam rumah. Kes r*g*l juga terus mencatat peningkatan, dengan 1,899 kes r*g*l dilaporkan pada 2024. Statistik ini menegaskan bahawa walaupun Malaysia tidak mengalami kadar femisid setinggi Afrika Selatan, tetapi krisis keganasan terhadap wanita tetap serius dan memerlukan kesedaran serta tindakan bersepadu daripada masyarakat dan kerajaan.
Situasi ini menunjukkan bahawa isu ini bukan hanya “masalah negara lain”, tetapi krisis yang wujud di setiap masyarakat. Solidariti global seperti kempen Women’s Shutdown memberikan inspirasi kepada rakyat tempatan untuk lebih peka, menyokong mangsa, dan menuntut tindakan yang lebih berkesan terhadap keganasan berasaskan jantina.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




