Aku tertarik dengan satu dialog dari filem Contagion, babak mesyuarat Jabatan Kesihatan Minnesota.

“Average human touch their face 2-3000 times perday, 3-5 times per minute” (Manusia menyentuh wajahnya sendiri 2 ke 3000 kali sehari, bersamaan 3-5 kali seminit.)

Face atau wajah/muka bermakna daripada dagu sampai ke dahi. Termasuklah mulut, hidung, mata da telinga.

Ini dipanggil Fomite, maksudnya sesuatu objek atau bahan yang menyebarkan jangkitan. Sebagai contoh, seorang positif telah bersin semasa dia berada didepan pintu pasaraya dan menyebarkan virus di bahagian pintu pasaraya itu. Orang yang masuk selepasnya memegang pintu tersebut dan memegang hidungnya lalu dijangkiti virus. Pintu itu ialah fomite, penyebar virus.

Perlu kita faham, terdapat beberapa virus pandemik misalnya AIDS dan denggi yang berbeza cara sebaran. AIDS disebar melalui hubungan seks, pemindahan darah, penggunaan jarum kongsi dan jangkitan ibu kepada anak. Denggi pula melalui vektor iaitu gigitan nyamuk yang mempunyai virus denggi.

COVID19 disebarkan melalui kandungan virus yang tersebar melalui partikel cecair yang dikeluarkan oleh pesakit semasa dia bersin dan batuk. Partikel itu tertinggal pada mana-mana bahagian yang terdedah dan kekal disitu untuk beberapa ketika sebelum virus itu mati dengan sendirinya.

Sebab tu saranan pihak kesihatan kepada orang yang batuk dan bersin, pakai topeng muka. Supaya semasa anda bersin dan batuk, partikel cecair yang berkemungkinan mengandungi virus tidak terbebas keluar. Kalau anda tidak memakai topeng, tutup mulut dengan tangan kemudian cuci tangan menggunakan sabun.

 

Untuk manusia yang sihat pula, pastikan anda mencuci tangan anda dengan sabun dengan kerap. Basuh baju anda bila pulang ke rumah. Cuci tangan sebelum makan dan minum. Jangan sentuh muka sekiranya tangan anda baru lepas menyentuh sesuatu yang berada ditempat awam.

Masalah yang terjadi sekarang ialah seseorang yang positif COVID19 dah berlegar ke serata tempat sebelum dia disahkan positif. Ada dua sebab disini, satunya simptom yang lambat muncul menyebabkan dia merasa sihat dan tidak sedar kehadiran virus yang telah menghuni badan dia. Dan satu lagi sebab dia degil, pihak kesihatan dah nasihat dia supaya kuarantin diri dekat rumah tapi dia keluar juga.

Ini juga punca kenapa perintah kawalan pergerakan ni dijalankan sebab banyak pesakit yang dah berlegar dekat seluruh pelusuk negara, menyebarkan virus tu tanpa mereka sedar. Pihak kesihatan tak boleh nak kesan mana tempat yang mengandungi virus sebab jumlah pesakit yang tidak sedar mempunyai simptom dan yang gagal kuarantinkan diri terlalu ramai.

Biarkan virus yang dah tersebar pada sesuatu tempat tu mati dengan sendiri, atau dilakukan pembasmian kuman dan virus untuk mengelakkan jangkitan seterusnya.

Untuk tempat kerja yang perlu beroperasi dalam tempoh PKP ni, ada beberapa keperluan yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan sebelum tempat kerja tu dibenarkan untuk operasi.

Antaranya ialah;

  1. Mengadakan pembasmian kuman dan pembersihan sebanyak tiga kali sehari. Ini untuk pastikan tiada bahan/objek atau bahagian dekat tempat kerja menjadi punca penyebaran virus.

 

  1. Memeriksa dan merekod suhu setiap pekerja yang masuk setiap hari/shift. Ini untuk pastikan tiada pekerja yang mempunyai simptom atau gejala bercampur dengan pekerja lain.

 

  1. Sediakan hand sanitizer dan facemask untuk setiap pekerja.

 

Dalam satu graf yang dikeluarkan oleh CDC, kita boleh nampak perbezaan kes positif kepada orang yang telah menggunakan semua langkah pencegahan berbanding kes positif orang yang tidak mengamalkan langkah pencegahan.

Kita sedang berlawan dengan satu benda yang tidak kelihatan. Kita tak tahu apa yang ada pada tombol pintu yang kita pegang, pada besi penghadang pada tangga, pada punat lif bangunan.

Sebab tu kita disarankan supaya tidak sentuh muka, supaya mengurangkan risiko virus menjangkiti kita. Kalau kita dah basuh tangan dan menggunakan sanitizer, virus, kuman dan bakteria yang berada ditangan kita telah pun dibersihkan.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.