Cuba menghantar bantuan ke negara-negara yang berada dalam krisis kesihatan dan kemanusiaan ni bukan satu benda baru.

Seperti kita tahu, mutakhir Itali dan Britain telah memohon dan menerima bantuan dari Cuba, selain Venezuela dan China sebagai harapan bagi membantu mereka melawan pandemik yang menjadikan negara masing-masing dalam krisis yang semakin parah.

Bagi Cuba, pegangan sebegini wujud sejak zaman revolusi yang pimpinan Fidel Castro yang memang memandang tinggi keperluan kerajaannya untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik dan percuma yang rakyat mereka boleh dapat.

Atas kepercayaan yang sama, Fidel Castro telah mengasaskan universiti perubatan percuma sepenuhnya yang menerima pelajar bukan sahaja dari kalangan rakyat tempatan mereka, tetapi juga dari semua negara di seluruh dunia.

Konsep ‘pengantarabangsaan perubatan’ yang diamalkan Cuba ini telah membawa nama mereka ke seluruh pelusuk dunia, walaupun mereka sebuah negara dengan ideologi komunis.

Cuba pernah menghantar para doktornya ke Afrika Selatan membantu perkhidmatan kesihatan rakyatnya semasa di bawah rejim apartheid dan ke negara-negara miskin Afrika yang diperintah kolonial Belgium, Perancis dan British pasca Perang Dunia Kedua.

Selain bantuan dalam aspek perkhidmatan kesihatan, kebencian Cuba terhadap penjajahan juga kolonialisasi Amerika dan sekutunya, Castro pernah juga menghantar bantuan senjata dan tentera menyokong perjuangan Palestin menentang Israel yang merupakan sekutu Amerika.

Malah Castro juga menyokong Mesir dengan perkhidmatan perubatan, senjata dan tentera dalam Perang Yom Kippur melawan Israel juga revolusi Mesir ketika krisis Empangan Aswan, untuk merampas kembali Terusan Suez dari tangan British, Perancis dan Israel.

Doktor-doktor Cuba juga pernah ke Iran menyokong Revolusi Iran yang menyemarakkan lagi gerakan anti Amerika di sana, selain menetapkan asas perkhidmatan perubatan di negara tersebut.

Fidel Castro juga malah pernah menghantar gerombolan doktor mereka ke Korea Utara, khusus merawat rakyat negara itu yang pernah berada dalam keadaan sukar akibat ramai rakyatnya yang dewasa hatta kanak-kanak menghidap katarak bukan akibat usia tetapi kerana kekurangan zat dalam makanan dek sekatan ekonomi oleh Amerika.

Sekatan ekonomi tersebut adalah yang sama ditimpakan ke atas mereka oleh musuh mereka ketika itu, Amerika dan sekutunya.

Panji-panji kemanusiaan dan pastinya sikap Cuba yang anti kolonial dan anti Amerika telah mendorong mereka untuk melawan tekanan dan sekatan ekonomi juga diplomatik suatu ketika dahulu dengan cara memberi semula kepada dunia sejak itu.

Hingga hari ini dengan nisbah seorang doktor bagi setiap 148 orang rakyatnya, WHO sendiri telah mengiktiraf Cuba sebagai antara negara dengan perkhidmatan kesihatan terbaik di dunia.

Bukan apa, ironi juga bila memikirkan bahawa negara-negara komunis inilah yang membantu negara-negara demokrasi yang juga sekutu rapat kapitalis Amerika mereka atas nama kemanusiaan, di saat EU sendiri meninggalkan Itali dan Britain terkapai-kapai kelemasan bernafas nyawa-nyawa ikan dek pneumonia teruk akibat COVID-19.

Itali yang diketahui sudah merajuk dengan EU pastinya ada pandangan sendiri terhadap badan induk Eropah tersebut selepas semuanya reda.

Memang beginilah kebiasaannya, sepanjang berlakunya pandemik dalam sejarah ketamadunan manusia, ia bukan sahaja mengubah struktur sosiobudaya masyarakat, tetapi juga asas politik dan hubungan antarabangsa semua negara dan bangsa yang terlibat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.