Seorang lelaki berbadan agak sasa sedang berjalan dengan baju kot panjang ke buku lali. Kasutnya digilap sehingga berkilat.

Tidak cukup dengan itu, beliau pakai baju rompi yang mungkin kalis peluru. Di belakangnya ialah baju lengan panjang dan tali leher. Di atas kepala pula ialah topi fedora – dan seluruh badanya serba-serbi hitam.

Itulah klise yang disanjung kongsi gelap Itali, satu kebiasaan di Bandaraya New York suatu masa dahulu. Kalau dikenang semula, golongan mafia merebak dengan begitu pantas antara 1920-1945.

Mereka meninggalkan tanahair Itali untuk mencari nafkah di Amerika Syarikat. Sepertimana Woodrow Wilson pernah mengimarahkan Impian Amerika, itulah rezeki yang dicari mereka.

Tetapi realitinya lebih jelas bahawa Impian Amerika itu hanyalah propaganda untuk menggalakkan imigrasi. Agak unik sebenarnya bagaimana “American Dream” dicanggahkan dengan “America First” dalam platform bangsa, kapitalisme dan demokrasi. Pada dasarnya Amerika Syarikat itu sendiri ialah sebuah negara imigran.

Bangsa Itali bermula di Amerika dengan darjat begitu rendah. Pelbagai perkara yang membezakan Itali dan Amerika pada masa itu. Mereka tidak pandai berbahasa Inggeris.

Mereka membiarkan misai dan janggut tumbuh dengan fesyen berlawan norma. Badan habis berbulu. Dan kemasukan mereka lebih untuk menjadi buruh kasar.

Oleh kerana populasi yang begitu ramai, ramai mengambil peluang untuk membuka perniagaan makanan.

Perniagaan-perniagaan ini didatangi kongsi gelap yang menawarkan perlindungan dengan syarat bayar. Jika enggan bayar, mereka tidak akan lindung katanya.

Tetapi mereka mesti akan cetuskan satu dua kejadian tidak diingini, kononnya untuk menunjukkan kepada pemilik bahawa perlindungan itu penting.

Oleh kerana ekonomi tidak baik, rangkaian mafia berputik dengan begitu pantas. Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Pertama tersungkur dengan teruk kerana Kemelesetan Besar yang bermula angkara Keruntuhan Wall Street.

Peluang pekerjaan tidak stabil angkara pasaran bergoyang. Dan kepimpinan Warren Harding, Calvin Coolidge dan Herbert Hoover pula digelumangi dengan arus pro-agama yang mengharamkan penjualan alk0h0l.

Amerika Syarikat menunjukkan kepada dunia bahawa pengharaman perlu bermula daripada budaya. Undang-undang yang membelakangkan budaya sekaligus digagalkan budaya sendiri.

Disebabkan rakyat Amerika yang gemar minum alk0h0l, permintaan sentiasa ada. Dan disinilah datangnya mafia yang mengambil kesempatan begitu pantas. Mereka menjual alk0h0l pada harga tidak munasabah pun, begitu juga dengan r0k0k.

Kerajaan tidak berupaya untuk melakukan dua perkara semasa Pengharaman dijalankan:

  1. Memantau kandungan dalam barangan terlarang.
  2. Mengutip cukai supaya boleh membendung impaknya (membiayai hospital misalnya).

Selama 13 tahun Pengharaman dilangsungkan kerajaan Protestan ini yang hanya ingin memulihkan bangsa Amerika daripada gejala m4buk, keg4n4san rumahtangga dan korupsi politik.

Ibaratkan tert3mb4k kaki sendiri, mereka melihat rangkaian mafia dengan pantas mengisi kelompongan. Dan 100 tahun kemudian, perkara yang sama berlaku lagi.

Itali – tempat kelahiran mafia – sedang mengharungi arus ini. Koronavirus telah mengikatkan kerajaan Giuseppe Conte dari leher ke kaki. Pentadbirannya tidak boleh bergerak (secara literal dan kiasan).

Dan apabila republik tersebut terpaksa ditutup, padah besar menanti barisan paling awal yang merasai tempiasnya – golongan miskin.

Kemelesetan Besar: tiada pekerjaan, ekonomi tidak stabil dan pasaran bergoyang.

Koronavirus: tiada pekerjaan, ekonomi tidak stabil dan pasaran bergoyang.

Perkaitannya jelas. Dan mafia dengan pantas bergerak untuk membantu keluarga-keluarga dikuarantin yang kehabisan wang (Tondo, 2020). Wilayah-wilayah seperti Campania, Calabria, Sicily dan Puglia tidak pernah terlepas daripada gejala kemiskinan teruk.

Apabila tidak boleh berniaga, struktur ekonomiya runtuh. Tiada pendapatan juga bererti tiada makanan. Dan kerajaan hanya boleh menawarkan baucer beli-belah buat masa sekarang.

Ekoran kemiskinan ini keamanan sosial Itali pun runtuh juga. Pihak peniaga tidak berani untuk buka kedai bukan kerana takut dis3r4ng koronavirus. Sebaliknya mereka takut dibelasah sampai m4ti.

Ini kerana banyak peniaga dipaksa berikan barangan mereka secara percuma (Giuffrida, 2020). Malah rakyat Bari pula siap bertumbuk lagi semata-mata untuk mendapat pinjaman €50.

Menteri Dalam Negeri Luciana Lamorgese pula telah mengarahkan supaya pihak polis kawal keadaan. Pihak mafia di Naples pun telah bergiat secara aktif untuk hantar makanan terus ke rumah.

Imej kerajaan semakin buruk dikerjakan kerana: (1) menghalang mafia bererti mereka rela biar rakyat lapar dan (2) membiarkan mafia pula bererti mereka gagal buat apa-apa.

Bak kata Don Vito Corleone dalam The Godfather, “I’m going to make an offer he cannot refuse.” Rakyat tidak boleh menolak tawaran ini. Kerajaan pun tidak boleh buat apa-apa.

RUJUKAN:

Giuffrida, A. (2020, April 1). Singing stops in Italy as fear and social unrest mount. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/apr/01/singing-stops-italy-fear-social-unrest-mount-coronavirus-lockdown

Tondo, L. (2020, April 10).  Mafia distributes food to Italy’s struggling residents. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/apr/10/mafia-distributes-food-to-italys-struggling-residents


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.