Seumpama kisah cinta agung, itulah cerita percintaan seorang pegawai Jerman dengan seorang perempuan Yahudi. Viktor Pestek ialah seorang pegawai kem Auschwitz II yang tidak pernah meminta untuk jatuh cinta dengan Renée Neumann, seorang gadis Yahudi. Bak kata pepatah, “Cinta itu buta”.

Pestek mencari jalan untuk membebaskan pujaan hatinya. Kalau untuk selamatkan gadis itu seorang, pastilah lebih mudah. Namun, Neumann taknak keluar tanpa ibunya yang sudah tua. Hal ini memaksa Pestek mencari jalan untuk menyelamatkan mereka.

Satu hari, Neumann dan ibunya disenaraikan untuk mati dalam bilik gas beracun. Mujur, Pestek sempat pindahkan kekasihnya ke sebuah blok lain. Tindakan ini cuma melambatkan kematian, belum menyelamatkan.

Pestek bertanya seorang demi seorang banduan Auschwitz II, kalau ada yang nak membantunya. Ramai yang menolak kerana risau ini hanyalah perangkap. Kecuali seorang lelaki bernama Siegfried Lederer. Dia membantu Lederer untuk keluar dengan menyamar sebagai pegawai kem.

Di luar kem, Lederer berjaya menghubungi rakannya yang pandai memalsukan dokumen. Ia akan digunakan untuk menyeludup keluar Neumann dan ibunya kemudian hidup bebas dengan identiti baru. Sebuah impian yang indah.

Akan tetapi, malang tidak berbau. Ketika Viktor Pestek pulang ke kem untuk membawa kekasihnya keluar, penggera kem tiba-tiba berbunyi! Para pengawal kem segera menangkapnya. Tanpa belas kasihan, dia dibelasah, diseksa dan dibunuh dengan kejam.

Apa jadi kepada gadis Yahudi, Renée Neumann?

Dia dan ibunya dipindahkan ke Hamburg untuk dijadikan buruh paksa. Mereka hidup sampai perang tamat. Kalau bukan kerana lelaki pecinta seperti Pestek, mereka tentu mati terbunuh. Kerana cinta, nyawa sanggup digadaikan. Kerana cinta, sebuah nyawa diselamatkan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply