“Bagi abang tempoh seminggu, gerenti bayar. Kalau abang tak bayar, potong jari abang, ludah muka abang,” sebut ni saja, cair hati rocker-rocker. Kalau nak tahu, Cik Man guna seni retorika yang pernah disebut oleh al-Farabi.

 

Sedar atau pun tidak, cara bercakap Cik Man dalam filem Rock itu ada gaya filsuf. Dia siap main sumpah dan guna ayat berfalsafah untuk yakinkan band Rimba Bara. Kalau tidak, mana mahunya diorang pergi KL dan terkontang-kanting begitu sahaja.

 

Kitab al-Mantiq fil Khitabah adalah karya yang dikarang oleh al-Farabi untuk menyusun ilmu retorika. Al-Farabi menyebut, “Retorika atau seni komunikasi adalah teknik silogistik yang bertujuan untuk mempengaruhi.” Retorika juga penting bagi pemimpin, dan sebab ini al-Farabi menulis pula kitab Fusul al-Madani bagi mengamalkan retorika pada tempat yang sesuai.

 

Cik Man selalu pakai teknik bersumpah. Teknik ni juga selalu dipakai oleh ahli politik semasa pilihanraya, walaupun bila dah menang semuanya hampeh. Al-Farabi masukkan juga bersumpah sebagai teknik retorika, dengan nasihat jangan bersumpah palsu, kerana akan menghilangkan keyakinan orang.

 

Teknik membesarkan atau mengecilkan nilai sesuatu untuk mengundang kesetujuan, yang ini juga dipakai oleh Cik Man. “Jangan ditoreh luka yang lama, patah tumbuh hilang berganti, buang yang keruh ambil yang jernih. Kita bina hidup baru, menuju wawasan 2020,” kata Cik Man. Jijo pun apa lagi, “Dah lama aku tak dengar ucapan yang berbaur politik macam ni.” Amy Mat Piah pulak melompat semangat.

 

Ikutkan, besar jugak kesalahan Cik Man tipu duit budak-budak. Tapi dia pengaruhi budak-budak tu semua untuk mengecilkan sahaja kisah yang lama dan mulakan hidup yang baru. Dia membesarkan harapan diorang agar mencapai kesetujuan bersama. Inilah gaya ucapan yang berbaur politik.

 

Selain itu, al-Farabi juga mengajarkan beberapa teknik retorika yang lain. Ada teknik analogi dan entimem. Untuk ahli politik, paling kerap pakai teknik menemukan kelebihan diri sendiri dan membongkarkan kekurangan pihak lawan. Cepat je pendengar bersorak.

 

Seperti sebilah pisau, begitulah seni retorika pada pandangan al-Farabi. Korang boleh jadi macam Cik Man yang kelentong rocker sampai kena tangkap polis, ataupun menjadi seorang ahli politik yang membangunkan negara menuju wawasan 2020.

 

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

 

 

Korang yang meminati falsafah seperti retorika, mesti berminat juga dengan falsafah cinta. Mari menyelusuri falsafah cinta dalam RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/e6n9puy


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply