Sejak dahulu lagi Yahudi ni seringkali ditindas oleh sesiapa sahaja sampailah mereka hilang tempat bergantung. Nasib baiklah ada beberapa individu yang sudi menyelamatkan mereka daripada mati sia-sia. Salah seorang individu itu adalah Chiune Sugihara. Dia boleh dianggap sebagai penyelamat ataupun hero orang Yahudi pada Perang Dunia Kedua.

Apa yang Chiune Sugihara ni buat?

Selepas sahaja Poland diceroboh oleh brader misai kontot dan tenteranya, ribuan orang Yahudi cuba keluar daripada sana untuk bergerak ke negara yang lebih selamat. Lithuania menjadi pilihan sebab negara itu masih bebas merdeka dan sangat mengalu-alukan kehadiran orang Yahudi.

Tanpa orang Yahudi sedari, brader misai kontot dan Soviet Union telah menandatangani non aggression pact. Bermakna kedua-dua negara tidak akan berperang sesama sendiri jika mereka menceroboh negara lain.

Chiune Sugihara

Tindakan brader misai kontot ni sebenarnya sangat merisaukan Jepun. Sebab dia sembang dengan Jepun, nak serang Soviet Union. Tiba-tiba boleh pula buat perjanjian non aggression pact dengan Soviet Union. Untuk itu Jepun telah menghantar Chiune Sugihara sebagai konsulat di Lithuania. 

Tujuannya adalah untuk memantau pergerakan tentera brader misai kontot. Katanya deme nak tengok brader misai kontot buat pakatan rahsia Soviet Union ataupun sedang dalam perancangan mahu menyerang Soviet Union.

Tak beberapa lama lepas itu, tentera brader misai kontot dan Soviet Union mula mara ke Lithuania daripada arah yang berbeza. Maka kesemua konsulat asing diminta meninggalkan Lithuania dengan segera. Masalahnya orang Yahudi tak tahu nak pergi mana sebab dah terkepung. Malah nak pergi ke negara berdekatan pun tak boleh sebab kena ada visa.

Tiba-tiba orang Yahudi terdengar Curacao memberi kebenaran kepada mereka yang tiada visa untuk pergi ke negara itu. Tapi segala akses ke Amerika Selatan telah disekat, bermakna mereka tak boleh bergerak terus ke Curacao dari Lithuania. Nak tak nak, deme terpaksa transit ke negara lain. Sayangnya tak ada satu negara pun nak terima deme.

Orang Yahudi ni pun bergerak ke bangunan konsulat Jepun untuk memohon bantuan. Ironinya Jepun merupakan sekutu kuat kepada brader misai kontot. Meminta bantuan kepada musuh ibarat menjerat leher sendiri. Berita baiknya konsulat Jepun iaitu Chiune Sugihara sudi berbincang dengan orang Yahudi.

Apa yang orang Yahudi minta adalah visa sementara untuk mereka pergi ke Jepun sebelum bergerak ke Curacao. Chiune Sugihara berhubung dengan kementerian luar Jepun untuk meminta kebenaran mengeluarkan visa sementara. Tapi permintaannya ditolak mentah-mentah oleh kementerian luar Jepun. Sebab orang Yahudi di Lithuania tidak memenuhi sebarang kriteria untuk mendapatkan visa sementara Jepun.

Melihat kepada nasib Yahudi seperti telur di hujung kampung, Chiune Sugihara telah membelakangi kementerian luar Jepun. Dengan kuasa yang ada, dia telah mengeluarkan 2000 visa sementara untuk orang Yahudi bergerak ke Jepun. Paling mengagumkan sekali Chiune Sugihara sanggup bekerja lebih 16 jam sehari demi menyelamatkan orang Yahudi.

Akhirnya kesemua pemegang visa sementara telah pergi ke Jepun sebelum bergerak ke Curacao. Chiune Sugihara pulak tidak bernasib baik apabila telah dilucutkan jawatan oleh kementerian luar Jepun kerana mengingkari arahan. Terpaksalah dia buat bermacam kerja untuk bagi anak bini makan.

Walau bagaimanapun Chiune Sugihara sangat disanjung di Israel dan Lithuania. Tindakan beraninya telah menyelamatkan ribuan Yahudi daripada diseksa dan mati. Sehingga hari ini, Chiune Sugihara dianggap sebagai penyelamat oleh orang Yahudi. 


Buku KITAB TAMADUN YAHUDI yang dinanti-nantikan dah ada kat Shopee. Jom beli di https://bit.ly/yahudishopee

Rujukan

Brockell, G. (2021, Januari 27). ‘A Japanese Schindler’: The remarkable diplomat who saved thousands of Jews during WWII. The Washington Post. Dipetik daripada https://www.washingtonpost.com/history/2021/01/27/chiune-sugihara-jews-holocaust-japanese-schindler/

Rankin, J. (2020, Januari 4). My father, the quiet hero: how Japan’s Schindler saved 6,000 Jews. The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/world/2020/jan/04/chiune-sugihara-my-father-japanese-schindler-saved-6000-jews-lithuania


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply