Hari ni Disney boleh dikatakan sebagai kuasa besar dalam dunia animasi. Ye lah dah banyak filem animasi yang dihasilkan oleh Disney mendapat sambutan hangat. Malah Disney juga adalah pemula kepada filem berbentuk animasi. Tapi itulah sekarang filem Disney dah pelik sikit. 

Mesti korang semua ingat Disney adalah adalah pembuat animasi pertama di dunia. Sebab mereka berjaya hasilkan filem animasi Snow White and Seven Dwarfs yang berdurasi 83 minit pada tahun 1937. Hal ini sekaligus menyaksikan Snow White and Seven Dwarfs menjadi filem animasi pertama yang berbentuk hiburan keluarga.

Persoalannya betul ke Disney adalah pembuat animasi pertama di dunia?

Sebenarnya sebelum Snow White and Seven Dwarfs, Disney ada menghasilkan animasi lain iaitu Oswald the Lucky Rabbit pada tahun 1928. Sayangnya animasi ini telah hilang begitu sahaja. Nasib baiklah animasi ini berjaya ditemui dalam simpanan British Film Institute ketika tahun 2015. Maknanya Disney masih lagi yang pertama lah?

Tunggu dulu sebab animasi secara rasmi dihasilkan buat pertama kali adalah pada tahun 1906 oleh J. Stuart Blackton menerusi animasi pendek yang dipanggil sebagai Humorous Phases of Funny Faces. 

Animasi ini menggunakan teknik stop motion untuk menghasilkan pergerakan. Apa yang menarik adalah 20 frame diperlukan untuk menghasilkan 1 saat animasi. Bermakna animator perlu melukis frame by frame dengan banyak sebelum digabungkan guna stop motion. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Memang agak memenatkan dengan teknologi yang wujud pada masa itu. Oleh sebab itu, pergerakan dalam animasi Humorous Phases of Funny Faces agak terhad. Durasi juga sangat pendek sebab perlu ambil masa yang lama untuk hasilkan animasi.

Seterusnya, Emile Cohl muncul dengan animasi Fantasmagorie pada tahun 1908. Katanya animasi Fantasmagorie menjadi inspirasi kepada kelahiran studio animasi terawal seperti Disney dan Fleischer. Kenapa pulak?

Emile Cohl masih lagi guna teknik daripada J. Stuart Blackton cuma bezanya adalah dia tambah morphing technique dalam animasi Fantasmagorie. Nak senang faham, morphing technique ni dapat tukar sesuatu objek kepada objek lain. Sebagai contoh dalam animasi Fantasmagorie, botol boleh berubah menjadi bunga dan gajah. Morphing technique ini juga sangat digemari oleh ramai animator.

Bolehlah kita simpulkan bahawa J. Stuart Blackton adalah pembuat animasi pertama di dunia. Disney pulak penghasil filem animasi berdurasi panjang pertama di dunia. Tapi deme bukan yang pertama buat animasi sebab animasi dah wujud dekat dunia ni sejak 5000 tahun lepas. Ye ke?

Sekumpulan ahli arkeologi telah menjumpai satu plat tembikar yang agak pelik di Burnt City, Iran. Sebab plat tembikar menunjukkan seekor kambing sedang melompat untuk mendapatkan daun di atas pokok. Bermakna plat tembikar itu paparkan beberapa lukisan kambing berdiri, melompat dan makan. Senang cerita macam korang lukis frame by frame untuk buat animasi 2D. Bukan itu sahaja, banyak plat tembikar sedemikian rupa telah dijumpai di Burnt City.

Plat tembikar di Burnt City

Bagi memastikan itu adalah animasi terawal, ahli arkeologi cuba menggabungkan kesemua lukisan dalam plat tembikar tersebut. Hasilnya mereka berjaya bikin satu animasi pendek yang berdurasi 20 saat. 

Jadi plat tembikar di Burnt City itu boleh diiktiraf sebagai animasi pertama di dunia. Sebab dah dilukis frame by frame dan cuma mereka tidak miliki cara untuk menggerakkannya. Namun, kemahiran ini tidak dapat diwarisi kepada masyarakat Iran moden apabila terus lenyap bersama-sama Burnt City. 

RUJUKAN:

CHN News. (n.d). First animation of the world found in Burnt City. Pars Times. Dipetik daripada https://www.parstimes.com/history/animation_burnt_city.html 

Taggart, E. (2022, April 13). What were the first animated films? Vectornator. Dipetik daripada https://www.vectornator.io/blog/first-animated-films/

Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply