Cakap pasal Perancis, mesti kalian fikirkan negara yang terkenal dengan romantisme dan juga terkenal dengan roti mereka bernama ‘croissant’. Tak lupa juga menara ikonik mereka iaitu Menara Eiffel!
Sebenarnya, nenek moyang orang Perancis ni adalah orang Jerman bernama puak Frank yang menetap Sungai Rhine yang terletak di Jerman.
Sejarawan Rom pernah mencatat keberadaan kaum ini di wilayah Gaul, Tokoh diktator Rom iaitu Julius Caesar juga pernah bertemu dengan kaum Frank ini semasa beliau melaksanakan penaklukan di wilayah itu.
Pada tahun 509, puak Frank yang diketuai oleh ketua mereka bernama Clovis berjaya menghalau tentera Rom, kemudian menjadi raja Frank dengan menubuhkan dinastinya bernama Merovingian.
Sampailah pada tahun 751, dinasti Carolingian ditubuhkan oleh raja Frank pilihan para pope di Itali iaitu Pepin, menggantikan Dinasti Merovingian. Dari dinasti inilah lahirnya seorang raja yang terkenal bernama Charlemagne.
Charlemagne ialah putera Raja Pepin dan setelah ayahandanya mangkat, Charlemagne dilantik sebagai raja Frank pada tahun 771. Semasa awal pemerintahan, baginda berimpian untuk menyatukan seluruh kaum Jerman di bawah pemerintahan tunggal yang berkiblatkan ajaran Kristian.
Jadi, Charlemagne melaksanakan kempen penaklukan di sekeliling wilayah Frank. Selamat tiga dekad baginda meluaskan jajahan, terutamanya melawan kaum Saxon iaitu salah satu kaum Jerman yang kuat menganut agama pagan. Akhirnya kaum Saxon di barat Eropah dikalahkan dan dipaksa menganut ajaran Kristian.
Tapi, kempen penaklukan tidak cukup bagi Charlemagne. Baginda harus memenangkan hati para pope dari Itali kerana pihak gereja pada masa itu adalah kuasa besar yang wajib rakyat Eropah tunduk.
Jadi, baginda berperanan sebagai pelindung ajaran Kristian dengan melindungi gereja dari serangan musuh. Melihat usaha Charlemagne, Pope Leo III mengisytiharkan baginda sebagai maharaja Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire) pada tahun 800.
Sejak Charlemagne menjadi maharaja, baginda mereformasikan empayarnya dengan membaharui sistem pendidikan, ekonomi dan agama sehingga wujudnya era pencerahan Carolingian, lebih kurang macam era pencerahan Eropah tapi hanya terjadi di empayar milik Charlemagne.
Empayar yang Charlemagne memerintah meluas dari Gaul (Perancis), Jerman, Belanda, Switzerland, sehingga ke Utara Itali. Inilah empayar Carolingian yang berdiri dari tahun 800 hingga 887.
Pada akhir kehidupan, Charles sedang sakit demam dan melantik puteranya Louis The Pious sebagai pemangku. Pada tahun 817, baginda telah mangkat dan empayarnya dibahagikaan oleh tiga orang pewarisnya.
Sehingga sekarang, Charlemagne dikenang sebagai raja yang menyatukan seluruh orang Frank dan penyatu seluruh barat Eropah, menggantikan empayar Rom.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih