Semasa era pemerintahan Kesatuan Soviet, wujud sebuah organisasi yang bertanggungjawab mengumpul maklumat perisikan bagi pihak mereka. KGB atau nama penuhnya Jawatankuasa Keselamatan Negara bikin banyak negara termasuk Malaysia tak senang duduk dengan aktiviti perisikan mereka. Tetapi sebelum dikenali sebagai hantu dunia perisikan, KGB banyak membantu ‘mendiamkan’ sebarang penentangan politik Soviet.

Apa yang dilakukan KGB ini sebenarnya bertepatan dengan ciri sebuah negara autokrasi. Autokrasi di sini ialah seseorang individu atau organisasi tertentu memerintah sesebuah negara secara mutlak tanpa dicabar sesiapa. Siapa yang cuba lawan, maka bersedia sajalah terima akibat sama ada dipenjarakan, dibuang negeri atau paling teruk, dibunuh.

Sebelum itu, kami cadangkan korang untuk dapatkan POLITIK UNTUK PEMULA karya Ayman Rashdan Wong. Autokrasi bukan satu-satunya model kerajaan yang wujud di dunia ini. Nak tahu lagi, kena dapatkan buku ini sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Politik-Untuk-Pemula-(Ayman-Rashdan-Wong)-i.238336777.3282451258

 

Tetapi KGB bukan satu-satunya organisasi yang ditugaskan untuk ‘mendiamkan’ musuh politik. Pada akhir abad ke-19, Okhrana atau polis rahsia Tsar ditubuhkan bagi mengenalpasti dan memusnahkan musuh-musuh baginda. Selepas Revolusi 1917 yang menumbangkan pemerintahan Tsar Nicholas II, geng Bolshevik menubuhkan Cheka sebagai polis rahsia mereka.

Perlu diingat pada ketika itu, Bolshevik berdepan banyak musuh yang menolak revolusi yang berlaku pada Oktober 1917. Antara musuh mereka ialah geng pro-monarki/Tsar, penyokong parti sosial demokrat dan kuasa-kuasa asing. Jadi, bagi mencegah kumpulan-kumpulan ini daripada menjadi duri dalam daging kepada Bolshevik dan melindungi kedudukan mereka sebagai kerajaan, Suruhanjaya Kecemasan Menentang Gerakan Anti-Revolusi dan Sabotaj Seluruh Rusia atau Cheka ditubuhkan.

Keperluan Cheka semakin penting terutama selepas pemimpin utama Bolshevik, Vladimir Lenin terselamat daripada cubaan bunuh pada 1918. Ini membawa kepada gelombang penahanan dan pembunuhan yang dipanggil Red Terror. Red Terror yang dijadikan sebagai dasar rasmi Kesatuan Soviet pada 5 September 1918 mempunyai dua matlamat iaitu menghapuskan musuh-musuh Bolshevik dan memperlihatkan mereka sebagai pelindung kelas pekerja.

Ilustrasi individu-individu yang ditahan semasa kempen Red Terror.

Dalam tempoh sebulan selepas polisi Red Terror diperkenalkan, 10,000 orang individu dibunuh. Ada juga kes di mana warga Soviet sendiri yang menembak atau menggantung mana-mana individu yang disyaki menentang rejim Bolshevik. Semua terkesan dengan Red Terror daripada kerabat diraja bekas Tsar Nicholas II dan bangsawan hinggalah golongan petani. Ramai percaya bilangan sebenar mangsa Red Terror ialah 1.3 juta orang tetapi ia sukar dibuktikan berikutan sikap Soviet yang suka berahsia bab-bab aib ini.

Selepas Lenin digantikan oleh Joseph Stalin, peranan Cheka diambil alih oleh NKVD. Kalau Cheka mensasarkan musuh geng Bolshevik, NKVD pula mensasarkan mana-mana ahli parti yang dianggap mengancam kedudukan pemimpin berdarah Georgia itu. Tiada siapa yang terlepas tak kira pegawai tentera, orang lama parti atau pegawai kerajaan. Hatta, ahli keluarga yang dituduh juga tak terlepas dihukum bunuh termasuk kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

Tetapi pembunuhan pesaing Stalin, Sergei Kirov dianggap permulaan kepada satu lagi tempoh berdarah Rusia yang dikenali sebagai The Great Purge. Ramai sejarawan percaya NKVD telah ditugaskan oleh Stalin untuk menahan, membunuh atau membuang negeri mana-mana individu yang dilabel pengkhianat. Dari 1937 hingga 1938, 1.5 juta orang Soviet ditahan dengan 500,000 lagi dikatakan dibunuh. Yang masih hidup dihantar ke gulag selama beberapa tahun.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Selepas Perang Dunia Kedua (WWII) tercetus, NKVD diberi satu tugas tambahan: halang mana-mana askar Soviet daripada lari di medan perang. Semasa WWII atau Perang Patriotik, askar Soviet diarah melawan tentera Jerman habis-habisan walau di mana saja mereka ditugaskan. Sekiranya ada yang cuba lari, mereka akan ditahan, ditembak mati atau dihantar berkhidmat dalam batalion banduan. Semasa tempoh ini, 650,000 kes tentera Soviet lari dari medan perang dilaporkan.

Dengan matinya Stalin pada 1953 dan digantikan dengan Nikita Khrushchev, warga Soviet boleh menghela nafas lega. Ini kerana mereka tidak lagi takut untuk mengeluarkan pandangan berbeza daripada kerajaan. Kalau Khrushchev boleh kutuk Stalin berbakul-bakul tapi tak kena hukum, maka orang biasa juga boleh terlepas daripada dikenakan hukuman.

Tetapi itu tidak bertahan lama. NKVD yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai KGB setahun selepas kematian Stalin macam dapat nyawa baru lepas Khrushchev disingkirkan pada 1964. Gerakan memburu individu yang dianggap berlawanan dengan kerajaan kembali rancak dengan ramai figura terkenal menjadi sasaran.

Salah seorang daripada mereka ialah penulis buku Doctor Zhivago, Boris Pasternak. Selepas beberapa tahun diterbitkan di luar negara, buku ini mula didapati di Rusia tetapi secara rahsia. Nak beli kalau berangan nak jadi macam Omar Sharif, kena beli kat pasaran gelap. Kalau kantoi, setakat hilang kerja atau dibuang dari universiti selamat lagi. Yang tak selamat bila KGB tahan dan bawa ke gulag. Selepas Pasternak meninggal dunia ada 1960, KGB hantar terus kekasihnya Olga Ivinskaya ke gulag.

Selepas dipenjarakan di gulag, taraf kerakyatan Solzhenitsyn dibatalkan sekaligus memaksa beliau duduk dalam buangan di luar negara.

Bagi pengarang The Gulag Archipelago, Alexander Solzhenitsyn, nasibnya lagi malang. Dahlah kena tahan dan duduk di gulag selama beberapa tahun. Selepas dibebaskan, status kerakyatan beliau dibatalkan sekaligus mengakibatkan Solzhenitsyn duduk dalam buangan di Jerman Barat dan Amerika Syarikat.

Selain gulag, KGB juga gemar hantar individu-individu yang melawan ke hospital atau hospital psikiatri. Hal ini yang menimpa ahli fizik Soviet yang terkenal, Andrei Sakharov. Sakharov yang mengadakan mogok lapar sebagai cara mendesak pihak Soviet melepaskan isterinya daripada tahanan diculik oleh sekumpulan ejen KGB. Beliau dibawa ke hospital, diikat pada katil dan dipaksa makan.

Kekejaman KGB sememangnya diketahui oleh para pemimpin Soviet. Tetapi KGB membuat satu kesilapan besar dengan cuba mengadakan rampasan kuasa pada Ogos 1991. Cubaan tersebut digagalkan oleh Presiden Boris Yeltsin dan akibatnya, agensi tersebut dibubarkan selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Ia kemudiannya digantikan dengan dua badan iaitu FSB dan SVR. FSB bertanggungjawab untuk keselamatan dalam negeri Rusia dengan SVR memberi fokus kepada perisikan asing.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

RUJUKAN

Blakemore, E. (2020, 3 September). How the Red Terror set a macabre course for the Soviet Union. National Geographic.

McGee, S. (2022, 29 Mac). How the KGB Silenced Dissent During the Soviet Era. History.com.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply