Sebelum pilihan raya, setiap negara demokratik mesti mengharungi tempoh “demam”. Dalam tempoh ini, ahli-ahli politik akan berhujah dengan penuh emosi dan tenaga kononnya untuk mewakili suara rakyat.

Hujah-hujah calon selalunya berbaur kapitalis dan progresif apabila ekonomi dalam keadaan baik. Jika ekonomi menguncup, tiada siapa kisah tentang pelaburan dan pertumbuhan.

Pada masa itu, hanya populisme sahaja menjadi perhatian. 1930-an ialah antara zaman yang sangat mencabar. Krisis ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan antarabangsa menyebabkan kemelut politik dunia.

Jerman menentang Perjanjian Versailles yang meruntuhkan ekonomi mereka. Amerika Syarikat juga terbuai dengan arus populisme terutamanya daripada seorang ahli politik Louisiana.

Huey Pierce Long dilahirkan pada tahun 1893 dengan d4rah campuran Belanda, Inggeris, Perancis, Scotland dan Wales (Hess, 1966). Ibu bapanya menekankan tentang pendidikan dan ilmu. Berkat didikan ini, Long mempunyai karier dalam bidang undang-undang.

Pada tahun 1918, beliau melaburkan sebanyak AS$1,050 (nilai sekarang: AS$27,113) dalam sebuah syarikat pengeluar minyak. Malangnya Standard Oil menolak pengeluaran semua syarikat kecil (White, 2006).

Jadi Long pun rugi, antara punca kenapa beliau amat membenci Standard Oil. Kebencian ini buat sementara waktu tidak menjadi sebarang masalah untuk gergasi minyak ini. Namun pada tahun 1924, Long mencuba nasib dalam Pilihan Raya Gabenor Louisiana tetapi tidak berjaya dicalonkan Parti Demokratik yang memilih Henry L. Fuqua.

Empat tahun kemudian Long berusaha lagi dalam pemilihan, dan mendapat undi majoriti untuk mewakili Demokratik. Pada 21 Mei 1928, Long membebaskan Louisiana daripada kerenah birokrasi daripada ketua jabatan hingga pekerja kerajaan. Long memilih hanya orang-orang kepercayaannya

Setiap kerja kosong diisi dan dipenuhi orang-orang kepercayaan Long (Kolbert, 2006). Semua pekerja kerajaan dipilih Long wajib membuat derma untuk kempen pilihan raya.

Selepas mengukuhkan sistem kerajaan, Long pun merancakkan usaha untuk memenuhi janji kempen yang ditentang golongan berharta. Long tidak peduli dengan sentimen puak Katolik.

Beliau meluluskan saja bantuan buku teks percuma untuk kegunaan semua pelajar di persekolahan awam dan swasta. Long juga menggunakan National Guard dalam operasi-operasi s3rbuan kedai-kedai judi.

Pel4cur-pel4cur dib3rkas, walaupun tanpa pakaian pun. Peguam Negeri Louisiana mengutuk tindakan Long yang membalas, “tiada siapa tanya pendapat dia.” Bantuan buku teks juga dikembangkan dengan bantuan kewangan universiti dan perubatan percuma.

Dasar populis ini seperti yang boleh dibayangkan menentang arus dalam Amerika Syarikat. Tetapi dalam keadaan yang serba-serbi miskin, dasar sosialis sebegini mendapat sokongan rakyat. Daripada Gabenor, Long menjadi Senator pada tahun 1932 apabila Franklin D. Roosevelt dicalonkan sebagai wakil Demokratik dalam Pilihan Raya Presiden.

Long menyokong Roosevelt sehingga pengisytiharan New Deal yang dibalas Share Our Wealth. Untuk merangsangkan ekonomi, cadangan Long adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan perbelanjaan persekutuan
  2. Mengenakan cukai harta – 1 peratus bagi AS$1 juta, 2 peratus bagi AS$2 juta dan seterusnya.
  3. Mengagih semula harta – mengehadkan pendapatan tahunan sebanyak AS$1 juta. Berikan bantuan kewangan mengikut kategori pendapatan.

Sehingga tahun tersebut, Long memusuhi Standard Oil yang didakwa “pembvnuh antarabangsa” dan “imperialis menentang kebebasan Amerika Selatan”.

Share Our Wealth mendapat restu marhaen yang menyemarakkan lagi cita-cita long untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Pada tahun 1935, beliau mengisytiharkan bahawa, “Franklin Roosevelt takkan menjadi Presiden Amerika Syarikat seterusnya. Jika Demokratik pilih Roosevelt dan Republikan pilih (Herbert) Hoover, Huey Long akan menjadi Presiden kamu.”

Parti Demokratik tidak selesa dengan pengumuman tersebut. Jika Long bertanding sebagai calon ketiga, undi mereka tentu sekali dibahagikan.

Beliau tidak mungkin boleh didiamkan. Kritikan terhadap Roosevelt dan New Deal semakin menganc4m kedudukan Demokratik.

Share Our Wealth sudah mempunyai 7.5 juta ahli pada tahun 1935. Akhbar American Progress milik Long pun rancak dijual.

Tetapi pada 8 September, nasib Long ditentukan. Beliau sedang keluar dari Hotel Roosevelt dalam perjalanan ke State Capitol untuk meluluskan House Bill Number One yang akan menggulingkan musuh politiknya, Benjamin Henry Pavy (Glass, 2017).

Selepas Pavy digulingkan, Long pun keluar ke sebuah koridor dimana menantu Pavy sedang menunggu di belakang tiang. Carl Weiss mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan satu das t3mbakan ke dada Long. Pengawal-pengawal Long pun membalas t3mbakan ke arah Weiss.

Semasa dib3dah siasat, Weiss didapati mempunyai lebih 60 luk4 t3mbakan. Long sempat turun untuk mendapatkan kereta ke Hospital Our Lady of the Lake. Beberapa jam selepas pemb3dahan, Long kelihatan semakin sembuh.

Tetapi keesokannya, Long didapati mengalami pend4rahan ginjal dan terlalu lemah untuk dib3dah sekali lagi. Pada 10 September, jam 4:10 pagi, Long pun m4ti. Ayat terakhir disebutnya ialah, “Tuhan, jangan bagi aku m4ti. Banyak lagi aku perlu buat.”

Kem4tian Long memustahilkan pencalonannya dalam Pilihan Raya Presiden 1936 yang dimenangi Demokratik dengan penuh bergaya. Roosevelt merangkul 523 kerusi, yang mana pesaing Republikan Alf Landon hanya mendapat lapan kerusi sahaja.

RUJUKAN:

Kolbert, E. (2006, Jun 5). The Big Sleazy. The New Yorker. Retrieved from https://www.newyorker.com/magazine/2006/06/12/the-big-sleazy

Glass, A. (2017, September 8). Huey Long (ditapiskan), Sept. 8, 1935. Politico. Retrieved from https://www.politico.com/story/2017/09/08/huey-long-ass4ssinated-sept-8-1935-242325

Hess, S. (1966). The Long, Long Trail. American Heritage. Retrieved from https://web.archive.org/web/20200621035424/https://www.americanheritage.com/long-long-trail#2

White, R.D. (2006). Kingfish : the reign of Huey P. Long. Random House. Halaman 60.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.