Agaknya semua orang tahu bahawa Mona Lisa ialah hasil seni paling terkenal di dunia. Hanya dengan satu senyuman dengan lengan bersilang, karya ini membantu Perancis dari segi pelancongan.
Dianggarkan bahawa 8.16 juta orang mengunjungi Louvre semata-mata untuk menatap wajahnya (Willsher, 2019). Tetapi ada satu benda berlaku pada 21 Ogos 1911.
Ketika itu seorang pelukis bernama Louis Béroud mendapati karya Mona Lisa tiada di tempat asal. Apabila ditanya, pengawal bahagian mengatakan Mona Lisa dialihkan sebentar bagi tujuan penggambaran untuk iklan.
Beberapa jam kemudian, Béroud kembali dan mendapati Mona Lisa masih tiada di tempat pameran. Barulah semua sedar – Mona Lisa telah dicvri.
Siasatan Tergempar
Louvre terpaksa ditutup selama seminggu bagi tujuan penyiasatan. Kes ini mungkin yang paling panas dalam Perancis pada masa itu. Jadi pihak polis pun bergegas untuk merungkaikan misteri ini. Pada 7 September, mereka mengesyaki Guillaume Apollinaire yang merupakan antara pensyair paling terkemuka.
Bukan Mona Lisa saja hilang ketika itu. Banyak patung Mesir juga lenyap daripada simpanan Louvre. Apollinaire pula memetik nama Pablo Picasso yang dibawa untuk soalsiasat.
Tetapi polis tidak menemui bukti untuk mendakwa Apollinaire dan Picasso. Jadi mereka dibebaskan polis, yang semakin tertekan. Hari bertukar minggu yang menjadi bulan (Chu-Eoan, 2007). Mereka risau yang karya Mona Lisa telah rosak atau dilupuskan.
Sesiapa pun boleh melukis Mona Lisa. Tetapi sejarah di sebalik lukisan itu sendiri tidak mungkin boleh dibuat.
Disiapkan antara tahun 1503 hingga 1517, Mona Lisa telah menongkah sebuah garisan masa begitu lama dan menyaksikan semua peralihan dan pertukaran. Sentuhan Leonardo da Vinci ini pernah dimiliki Raja Francis I pun. Pihak polis mula menyiasat Géry Piéret pula. Memang selama ini Piéret suka curi barangan Louvre.
Piéret ialah punca kenapa polis mengesyaki Apollinaire dan Picasso. Beliau bekerja bersama Apollinaire, dan Picasso pula pernah membeli barangan bersejarah dijual Piéret tanpa mengetahui asal-usulnya.
Tetapi bukan Piéret yang cvri Mona Lisa.
Italianisme Sebelum P3r4ng Dunia Pertama
Apabila Géry Piéret didapati tidak terlibat, pihak polis mempunyai teori yang menarik. Mereka berpendapat bahawa seorang pekerja (atau bekas pekerja) Louvre telah bersembunyi dalam muzium sehari sebelum hari Mona Lisa dicvri.
Hanya selepas pencvri akhirnya ditangkap barulah polis sedar teori ini salah.
Vincenzo Peruggia merupakan seorang warga Itali yang tidak berpuas hati dengan banyak perkara. Beliau berpendapat bahawa Mona Lisa seharusnya menjadi harta muzium Itali, bukan Perancis.
Jadi beliau pun menjalankan satu misi r0mpakan yang paling patriotik. Beliau masuk dalam Louvre pada pagi 21 Ogos bersama dua pembantu. Mereka memakai seragam sama seperti staf lain.
Kemudian mereka tunggu sehingga bahagian Mona Lisa tiada orang (sebelum kedatangan Louis Béroud). Selepas membalut lukisan tersebut dengan kain putih, mereka keluar menggunakan pintu yang sama.
Mona Lisa disimpan di tempat yang polis tidak mungkin boleh tahu. Peruggia mempunyai apartmen biasa di Paris, dimana Mona Lisa tidur dalam peti. Peruggia kemudian membawa peti tersebut ke Florence, Itali.
Tetapi malangnya Peruggia terlalu bergegas untuk melepaskan Mona Lisa. Pemilik sebuah muzium bernama Alfredo Geri tidak ingin menyimpan barangan dicuri apabila Peruggia cuba menjual lukisan tersebut kepadanyha.
Jadi beliau menghubungi Pengarah Giovanni Poggi daripada Galeri Uffizi untuk mengesahkan Mona Lisa.
Geri dan Poggi bersetuju untuk menyimpan Mona Lisa buat sementara waktu dan menghubugi polis.
Kesudahannya
Mona Lisa dikembalikan ke pangkuan Louvre pada 4 Januari 1914, iaitu 867 hari selepas kejayaan Vincenzo Peruggia.
Lebih menarik lagi, Peruggia hanya dihvkum penj4ra selama enam bulan sahaja yang jelas sekali ringan kerana patriotismenya.
Sebaik sahaja Peruggia dibebaskan, Dunia Eropah terbelah akibat P3rang Dunia Pertama. Peruggia diserap dalam Angkatan T3ntera Itali yang berjvang bersama Kuasa Sekutu menentang Jerman dan Uthmaniyah.
Leonardo Da Vinci tidak sempat melihat karyanya menjadi antara yang paling terkenal. Namun pada masa itu, Mona Lisa hanya diketahui negara-negara yang mencintai seni.
Selepas jen4yah yang dilakukan Peruggia, barulah seluruh dunia mengetahui tentang Mona Lisa (NPR, 2011) – kerana ada pihak melihat kes ini sebagai sk4ndal negara sampai Kaiser Jerman pun dituduh bertanggungjawab.
RUJUKAN:
Chu-Eoan, H. (2007, Mac 3). (ditapiskan) the Mona Lisa, 1911. Crimes of the Century. Retrieved from https://web.archive.org/web/20070714103850/http://www.time.com/time/2007/crimes/2.html
NPR. (2011, Julai 30). The (ditapiskan) That Made the ‘Mona Lisa’ A Masterpience. Retrieved from (Request Link).
Willsher, K. (2019, Ogos 13). Mona Lisa fans decry brief encounter with their idol in Paris. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2019/aug/13/mona-lisa-fans-face-scandalous-queues-after-portrait-relocated
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih