Cakap pasal Bunga Rafflesia ni mesti kita teringat inilah bunga yang paling besar di dunia. Menariknya pasal Bunga Rafflesia atau dipanggil juga dengan nama Bunga Pakma ialah bunga ini adalah spesis parasit!

 

Bunga Pakma ialah parasit berbunga dari keluarga Rafflesiaceae. Bunga ini biasanya tumbuh di permukaan akar pokok. Jadi, akar pokok adalah ‘perumah’ Rafflesia untuk dapatkan nutrien.

 

Bunga ini juga dikenali sebagai ‘bunga mayat’ kerana ia mengeluarkan bau yang busuk seperti daging reput. Tujuan bau busuk ini dilepaskan ialah menarik agen pendebungaan seperti serangga untuk datang supaya dapat sebarkan benih Rafflesia atas bantuan serangga.

 

Bunga Pakma hanya ditemui di Asia Tenggara dan habitatnya di dalam hutan dan kaki gunung. Nak cari bunga ini bukannya mudah, kena masuk kawasan hutan yang begitu dalam, sampailah jumpa Bunga Pakma ini.

 

Bunga Pakma mula ditemui oleh seorang ahli botani Perancis bernama Louis Deschamps semasa beliau membuat lawatan di Jawa sekitar tahun 1791 hingga 1794. Tapi malang tak berbau, catatan beliau tentang bunga itu dirampas oleh pihak British semasa dalam perjalanan pulang ke tanah airnya.

 

Nama Rafflesia juga sebenarnya diambil bersempena dengan nama Sir Thomas Stamford Raffles, seorang pengasas koloni British di Singapura.

 

Terdapat 42 spesis Bunga Pakma dan Malaysia hanya mempunyai 13 spesis, di mana lapan spesis Bunga Pakma berada di Semenanjung Malaysia.

 

Antara spesis Bunga Rafflesia iaitu ‘Rafflesia Arnoldi’ diambil sempena dengan nama doktor peribadi Raffles, Dr James Arnold.

 

Ada juga antara Bunga Pakma yang digunakan sebagai rawatan kesihatan. Contohnya, spesis ‘Rafflesia hasseltii’ yang dijumpai di Taman Negara Kerinchi Sablat. Dipercayai estrak spesis bunga ini mampu merawat penyakit luka.

 

Ada juga spesis Bunga Pakma paling kecil, iaitu spesis ‘Rafflesia manillana’ yang hanya berukuran lebih kurang 20 centimeter diameter manakala kelopaknya agak besar sedikit.

 

Walaupun Bunga Pakma merupakan bunga terbesar di dunia, bunga ini bersifat agak malu. Sebarang gangguan atau pencemaran boleh mengakibatkan kelopak bunga ini gagal untuk menjadi lebih cantik.

 

Kerana keunikan parasit berbunga ini, ia dijadikan sebagai bunga kebangsaan untuk Indonesia dan wilayah Surat Thani, Thailand. Tapi sayang, Bunga Pakma berada di ambang kepupusan kerana pembalakan melampau yang musnahkan habitat asal bunga.

 

Moga kita dapat menjaga hutan sebaiknya supaya Bunga Pakma dapat hidup lebih lama, supaya anak-anak kita dapat melihat bunga unik ini depan mata sendiri.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply