Dalam dunia hari ini, bukan senang untuk mencari pasangan yang secocok. Kalau ada pun, terlalu banyak kumbang di luar sana mensasarkan bunga yang sama. Justeru, tidak hairanlah mengapa seorang pemuda dari Birmingham meletakkan dirinya di papan iklan sekitar bandar itu dengan tujuan mencari jodoh!

Mohammad Malik, 29, telah membelanjakan ratusan paun sterling untuk tiga papan iklan sekitar Birmingham. Pada papan iklan yang berukuran 20 kaki itu, terpapar gambar dirinya dengan mesej, “Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur!” Papan iklan sama turut menyertakan laman sesawang findmailkawife.com bagi mana-mana wanita yang berminat mengenali lelaki itu.

Sesiapa yang melayari laman sesawang itu akan menonton video pengenalan Malik. Dalam video tersebut, dia memperkenalkan dirinya sebagai usahawan dan pencinta makanan serta sedang mencari seorang teman hidup yang mahu menambahbaik aspek agama Islamnya. Walaupun mempunyai latar belakang keluarga berdarah Punjab, Malik bersedia menerima permohonan mana-mana wanita tanpa mengira bangsa mereka.

Semasa ditemubual akhbar The Independent, dia memberitahu dia berdepan kesukaran mencari wanita yang tepat sebagai pasangan hidup. Lantas, dengan meletakkan papan iklan berkenaan, Malik berharap itu meletakkan dirinya dikenali dalam kalangan wanita di luar sana.

Dia turut mencari wanita berusia 20-an, amat menjaga soal agama, tidak mempunyai personaliti menyusahkan dan bersedia menerima tanggungjawab dirinya sebagai pasangan ideal. Sebagai anak tunggal dalam keluarga, menjadi kewajipan Malik untuk menjaga ibu bapanya. Jika itu tidak boleh diterima, maka anggaplah peluang bergelar isteri pemuda berusia 29 tahun ini sudah berakhir.

Dalam profilnya, Malik menggambarkan dirinya sebagai kurus, mempunyai ketinggian 1.72 meter dan berasal dari London. Bila ditanya mengapa dia mengiklankan dirinya di Birmingham dan bukan London, ia dibuat kerana dia suka mengunjungi restoran-restoran dan masjid-masjid sekitar kawasan berkenaan.

Walaupun ada menganggap usaha mencari cintanya bersifat gurauan, Malik melihatnya sebagai satu usaha yang serius. Di sebalik mesej iklannya yang menolak perkahwinan yang diatur keluarga, dia tidak menolak kaedah tersebut. Ini kerana terdapat pelbagai kelebihan bagi perkahwinan yang diatur keluarga.

Tetapi buat masa ini, Malik mahu mencuba mencari pasangan terlebih dahulu. Sejak papan iklan ini dipasang di Perry Barr, Sparkbrook dan Hockley, Birmingham, dia telah menerima 10 permohonan.

RUJUKAN

Drury, C. (2021, 5 Januari). BACHELOR USES BIRMINGHAM BILLBOARDS TO FIND A WIFE: ‘SAVE ME FROM AN ARRANGED MARRIAGE’. The Independent.

Sumber gambar: The Independent


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply