Baru-baru ni tular pula pasal video seorang budak yang mengelinjat apabila “penceramah motivasi” suruh budak tu buat pickup-line pada gurunya.
Kenapa budaya tak sihat ni dan tak patut dibuat dalam kem motivasi?
“Apa beza ustazah dengan IC? IC saya letak di dompet. Ustazah terletak di hati saya,” katanya.
Budaya pickup-line ni secara umumnya merupakan usaha untuk mula berbual secara mesra dan romantis dengan seseorang yang tak dikenali. Pendek kata, mengorat.
Budaya yang memalukan dan mencemar maruah ni jugak yang dibawa dalam ceramah motivasi yang sepatutnya jadi tempat untuk meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar.
Benda ni dah lama ada dalam kaca televisyen. Tapi apabila benda ni dibawa dalam ceramah motivasi sekolah, ia sebenarnya sangat jelik dan tak sesuai memandangkan sekolah ialah tempat untuk menuntut ilmu.
Kalau semasa kem motivasi tu, pickup-line diberi pada guru. Dimanakah rasa hormat seorang murid kepada guru? Sangat tak sesuai dengan budaya masyarakat kita. Ini dah satu hal.
Pickup-line secara zahirnya memang kita tak nampak apa-apa. Tapi ia boleh menjadi salah satu punca yang menggalakkan pergaulan bebas yang sangat tidak sihat di dalam sekolah.
Diorang masih belum boleh beza mana yang hak mana yang batil. Mana satu betul mana satu salah, kita sebagai dewasa khususnya pendidik di sekolah sepatutnya mencorakkan mereka dengan nilai-nilai yang sepatutnya.
Anehnya lagi, benda ni jugak yang diterapkan dalam ceramah motivasi. Apa manfaatnya pada pelajar? Khususnya yang mumayyiz dan belum akil baligh yang kebanyakannya dalam sekolah rendah. Ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.
Tengok la kita dulu-dulu, asal ceramah motivasi mesti ada penceramah suruh tutup mata sambil keluar lagu sedih.
“Adik-adik, bayangkan kalau adik-adik balik rumah nanti ada banyak selipar depan rumah adik-adik.”
Habis teriak semua budak, motivasi yang macam ni tunjuk betapa kita sayangkan mak bapak kita. Kita tak sanggup diorang pergi, kita belajar sungguh-sungguh demi masa depan cerah untuk mak bapak kita.
Walaupun insaf dia sehari dua je, ada jugak keinsafan tu. Kalau nak dibandingkan dengan bagi pickup-line dekat cikgu yang tak ada faedah untuk seorang pelajar sekolah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pelik-pelik perangai manusia ni. Tapi memang itulah lumrahnya, nak faham psikologi manusia dengan lebih mendalam? Dapatkan The Human’s Complex segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply