Pada zaman prasejarah, antara bahan yang selalunya digunakan untuk membuat barang perhiasan ketika itu ialah tulang dan gigi haiwan. Tetapi tiada siapa menjangkakan tulang manusia sebagai salah satu bahan untuk menghasilkannya. Tetapi itulah yang didedahkan sekumpulan saintis dari Rusia dan Finland baru-baru ini.

Kesimpulan ini dibuat selepas mengkaji kawasan perkuburan lama yang berusia kira-kira 8,200 tahun di Pulau Yuzhniy Oleniy Ostrov, Tasik Onega, barat laut Rusia. Selain menemui rangka-rangka manusia, pengkaji-pengkaji arkeologi turut menemui pelbagai artifak termasuk barang perhiasan yang diperbuat daripada tulang dan gigi haiwan.

Kebanyakan loket yang ditemui dihias dengan pelbagai imej haiwan yang wujud ketika itu seperti elk Eurasia, beruang perang dan beaver. Dengan haiwan-haiwan ini banyak ditemui sekitar Tasik Onega untuk tempoh berkenaan, logiklah jika tulang dan gigi haiwan-haiwan ini diambil sebagai bahan untuk barang perhiasan.

Tetapi ada satu perkara yang membuatkan pengkaji arkeologi menggaru kepala. Sesetengah tulang dan gigi pada barang perhiasan ini tidak menyamai rekod tulang dan gigi haiwan yang ada ketika itu. Justeru, sesetengah saintis berpandangan ini berkemungkinan milik haiwan yang masih belum diketahui oleh dunia saintifik. Dengan membuat kesimpulan begitu, mereka menyangka kisah barang perhiasan tulang dan gigi ini sudah berakhir.

Contoh gigi dan tulang manusia daripada loket-loket yang ditemui di perkuburan lama yang berusia kira-kira 8,200 tahun di Pulau Yuzhniy Oleniy Ostrov, Tasik Onega. Sumber: Journal of Archaeological Science.

Tetapi dengan perubahan zaman, teknologi yang digunakan turut berubah dan semakin canggih bersesuaian dengan keperluan manusia hari ini. Ini termasuk menambahbaik pengenalan artifak tulang dan gigi yang disimpan di muzium-muzium di seluruh dunia. Atas sebab itu, sekumpulan pengkaji dari Universiti Helsinki memutuskan untuk menghantar beberapa sampel tulang dan gigi yang diambil dari kawasan perkuburan Pulau Yuzhniy Oleniy Ostrov ke sebuah makmal di Britain untuk analisis.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dan hasilnya amat mengejutkan. Daripada 37 sampel tulang dan gigi yang dihantar ke makmal, 12 daripadanya merupakan tulang manusia! Atau lebih tepat, serpihan tulang daripada tulang femur (nama lain untuk tulang peha). Semua sampel tulang dan gigi yang diambil daripada artifak loket ini diambil daripada tiga buah kubur – dua kubur lelaki dewasa dengan satu lagi kubur menempatkan rangka lelaki dewasa bersama rangka seorang kanak-kanak.

Ini bukan kali pertama tulang dan gigi manusia digunakan sebagai bahan membuat objek. Pengkaji arkeologi menemui artifak-artifak rantai gigi manusia yang dikatakan wujud sejak 6,000 SM di tapak arkeologi Vedbaek Henriksholm Bøgebakken, Denmark. Pada 2020, kepala panah yang diperbuat daripada tulang manusia ditemui di Belanda.

Jadi, apa teori yang mendorong manusia zaman Neolitik (zaman penduduk yang menghuni Pulau Yuzhniy Oleniy Ostrov) melakukan perkara sedemikian? Ada yang percaya kerja menghasilkan barang perhiasan tulang dan gigi manusia hanya boleh dilakukan oleh individu tertentu sahaja. Ini menunjukkan statusnya sebagai figura penting dalam masyarakat ketika itu.

Ada juga yang berpandangan manusia pada ketika itu bebas menggunakan apa saja bahan yang ada untuk menghasilkan barang perhiasan mereka termasuk tulang dan gigi manusia. Tidak mustahil tulang dan gigi ini diambil daripada mayat-mayat orang tersayang di mana jika ia ditukar dalam bentuk barang perhiasan, si pembuatnya merasakan mereka masih ada di sisinya.

Namun begitu, ada satu lagi teori yang jauh menakutkan yang patut dipertimbang: kanibalisme. Bukan satu rahsia aktiviti kanibalisme berlaku di sesetengah kawasan dunia pada Zaman Batu dan Neolitik. Ada berpendapat kanibalisme dilakukan kononnya kerana daging manusia jauh lebih berkhasiat daripada daging haiwan atau didorong oleh faktor sosial.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bohonglah kalau pengkaji-pengkaji arkeologi tidak mempertimbang kemungkinan ini. Tetapi agak sukar untuk membuktikan dakwaan ini kerana permukaan tulang dan gigi pada artifak-artifak loket yang ditemui terlalu haus. Isu ini mengakibatkan sebarang bukti tulang dan gigi ini yang dipotong hilang sepenuhnya.

Tanpa sebarang rekod bertulis yang wujud ketika itu, saintis hanya mampu berspekulasi sebab rantai loket tulang ini dihasilkan. Selain itu, sebarang cubaan untuk mengambil sampel DNA daripada loket tulang dan gigi turut ditolak atas alasan ia akan memusnahkan majoriti tulang dan gigi yang membentuk loket-loket ini.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul manusia, ayuh beli buku GENESIS II yang sudah tiba di Shopeehttps://shopee.com.my/Genesis-II-Sapien-Neo-Manusia-(Zamir-Mohyedin)-i.238336777.21215814073

RUJUKAN

Falde, N. (2022, 7 Julai). Finnish Study Reveals Human Bones Were Used to Make Jewelry in 6,000 BC. Ancient-Origins.

Pappas, S. (2022, 11 Julai). 8,200-year-old burials in Russia contain pendants crafted from human bone. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply