BERBICARA
tentang saiz dan keganasan sang buaya atau sang bedal kebiasaannya sudah tentu Sarawak mendominasi
ceriteranya. Bujang Senang, Bujang
Sudin, Bujang Seblak dan banyak lagi gelaran sang buaya-buaya cukup dikenali
oleh rakyat di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya. Sungai Batang Lupar berserta dengan anak-anak
sungainya cukup terkenal dengan sang buaya yang bila-bila masa sahaja jika
tidak berhati-hati akan menjadikan manusia sebagai hidangannya.
Dalam
pada itu mungkin ramai yang sudah melupakan atau tidak mengetahui bahawa nun di
Belawai sebenarnya cukup terkenal dengan seekor buaya bersaiz “raksasa” yang
kali terakhir mengganas pada akhir tahun 1982.
Dan di Sungai Belawai suatu ketika dahulu pernah ada seekor buaya yang
dikenali sebagai si Bujang Belawai yang turut digelar “Raja Melanau” di
kalangan penduduk tempatan dan ia turut dipercayai sebagai “penjaga” sungai
tersebut.
Alkisah
mengapa Bujang Belawai diburu bermula apabila seorang penduduk yang tinggal di
Kampung Sebayang iaitu yang bernama Aki Nugung telah dibaham oleh Bujang
Belawai pada tahun 1982. Pada ketika itu
dikatakan Aki Nugung yang merupakan seorang nelayan dijadikan santapan oleh si
Bujang Belawai setelah dia terjatuh ke dalam sungai akibat perahunya dilibas
oleh ekor si penjaga Sungai Belawai.
Tatkala sudah membuat onar, mana-mana buaya yang telah memakan manusia pasti diburu samada hidup atau m4ti. Maka begitulah si Bujang Belawai apabila satu operasi telah digerakkan oleh Polis Marin Sarawak memburunya. Selain kaedah menangkapnya menggunakan pawang buaya gagal maka operasi bersepadu digerakkan secara besar-besaran.
Setelah
jejak Bujang Belawai dapat dikesan akhirnya pasukan Polis Marin Sarawak
mengatur strategi untuk berhadapan dengan buaya raksasa ini. Setiap langkah harus diatur dengan
berhati-hati kerana peluang hanya sekali sahaja memandangkan bila-bila masa si
Bujang Belawai boleh kembali ke lubuknya.
Pada masa itulah Polis Marin telah menembak buaya pembaham Aki Nugung
dan seterusnya dibom untuk mematikannya.
Berdasarkan pautan akhbar yang dipamerkan di Jong Farm Crocodile, Kuching menjelaskan betapa besarnya si Bujang Belawai ini iaitu panjangnya sahaja 15 kaki dan beratnya melebihi 500 pound (226.796 KG). Dengan saiznya itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa si Bujang Belawai boleh dikategorikan sebagai sang bedal “raksasa” di Sarawak.
-HB-
#KamekSayangSarawakBah!
RUJUKAN:
- Buku:
Man-eating Crocodile of Borneo published 1993 - https://www.libur.com.my/sarawak-padat-buaya-pembaham-manusia/
- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1142594229094846&set=a.217795641574714&type=3&theater




No comments yet