Dalam filem aksi wushu atau Kungfu dari China dan Hong Kong, mesti korang biasa dengar nama Bruce Lee, kan? Yalah, siapa tak kenal pelakon aksi yang terkenal dengan gaya Kungfu yang melompat-lompat, kuat teriak, dan memakai sut kuning!
Untuk trivia ini, kita kenal serba sedikit pasal pelakon aksi lagenda ini. Bruce Lee atau nama sebenarnya Li Jun Fan lahir di bandar San Francisco, California, AS pada 27 November 1940. Ya, beliau sebenarnya warga AS tapi membesar di Hong Kong.
Ayahnya seorang penyanyi opera dan pelakon separuh masa. Jadi, Bruce sejak kecil didedahkan dengan dunia lakonan oleh ayahnya sendiri. Semasa Bruce menjadi remaja, beliau dibuli oleh gangster dan mula belajar ilmu Kungfu untuk mempertahankan dirinya.
Bruce suka menari. Buktinya beliau pernah masuk kelas menari demi memperkasakan imbangan badannya, sampai beliau menjadi juara dalam pertandingan tarian cha-cha Hong Kong pada tahun 1958.
Pada umur 18 tahun, Bruce pindah ke AS tinggal di rumah kawan keluarganya yang terletak di Seattle. Di sana, beliau meneruskan pengajian di University of Washington dalam bidang falsafah dan drama. Beliau juga menubuhkan kelas Kungfu pertama di California.
Bruce mengasaskan ilmu Kungfu ciptaannya iaitu Jeet Kune Do, iaitu seni pertahanan diri gabungan Kungfu, ilmu pedang fencing, dan boxing. Walaupun kehidupan Bruce sebagai pengajar Kungfu begitu baik, tapi beliau sukar untuk dapatkan pekerjaan sebagai pelakon aksi selepas lakonan pertama beliau dalam siri TV The Green Hornet yang dibatalkan pada tahun 1967.
Tiada rezeki di AS, Bruce kembali ke Hongkong pada tahun 1971 untuk mencuba nasib. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, beliau menjadi terkenal kerana dua buah filem tempatan lakonannya menjadi box-office di seluruh Asia, iaitu Fist of Fury (1971) dan The Chinese Connection (1972)!
Filem yang menjadikan Bruce sebagai bintang aksi dikenali ramai ialah Enter The Dragon (1973), filem hasil kerjasama antara AS dengan Hongkong. Tapi, malang tak berbau. Enam hari sebelum filem ini disiarkan, Bruce telah meninggal dunia akibat bengkak di dalam otaknya.
Selepas Bruce meninggal dunia, beliau menjadi ikonik budaya pop pada era 1990-an dan telah mengubah pandangan orang Amerika tentang orang Asia dalam filemnya. Kalau bukan kerana Bruce, mungkin tiada filem-filem aksi Kungfu bertaraf antarabangsa. Mungkin tak lahir pelakon lagenda lain seperti Jet Li dan Jackie Chan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih