Bayangkan ini: seorang jeneral dari Perancis berjuang habis-habisan untuk menakluk Eropah. Tapi akhirnya, usaha jeneral itu membuka jalan kepada musuhnya jadi kuasa dunia.
Itulah ironi Napoleon Bonaparte. Dia adalah lelaki yang tanpa sedar telah melahirkan empayar British moden.
Siapa sangka kejatuhan Napoleon di Waterloo bukan sekadar tamatkan era Perancis. Tapi juga sebenarnya mulakan zaman baharu. Sebuah zaman di mana Britain mula menguasai dunia.
Macam mana itu boleh berlaku?
[Siapa Napoleon Sebenarnya?]
Napoleon bukan tokoh biasa.
Dia ialah produk Revolusi Perancis. Napoleon muncul daripada kekacauan lantas menjadi jeneral terhebat Eropah. Dari tahun 1803 hingga 1815, Napoleon pimpin Perancis dalam siri perang besar-besaran.
Austria, Prussia, Itali, Sepanyol. Semuanya melutut di bawah Napoleon.
Dia hampir berjaya satukan Eropah di bawah satu sistem pentadbiran moden. Tapi ada satu musuh yang kekal utuh melawannya dari jauh iaitu Britain.
[Britain Tak Kuat di Darat, Tapi Dominan di Laut]
Tentera darat British tidak sehebat Perancis.
Tapi mereka ada satu kelebihan. Kelebihan mereka ialah Royal Navy, iaitu armada laut paling berkuasa ketika itu.
Dengan kekuatan laut, Britain lancarkan sekatan ekonomi terhadap Perancis. Britain rampas koloni Perancis, hancurkan perdagangan mereka, dan kuasai laluan strategik seluruh dunia.
Tanpa perlu menewaskan Napoleon secara langsung, Britain sudah hancurkan kekuatan Perancis dari luar.
[Waterloo: Penamat Era Napoleon]
Tahun 1815, Napoleon kembali dari buangan di Pulau Elba dan cuba bangkit semula.
Namun, cubaan terakhir Napoleon di medan Waterloo gagal. Tentera gabungan British dan Prussia berjaya jatuhkan Napoleon sekali lagi. Kali ini, untuk selama-lamanya.
Perancis di bawah Napoleon pun runtuh. Kuasa-kuasa Eropah lain pula terlalu lemah untuk bersaing. Yang tinggal cuma satu kuasa yang masih gagah berdiri. Kuasa itu siapa lagi kalau bukan Britain.
[Zaman Pax Britannica Bermula]
Tanpa pesaing, Britain mula isi kekosongan kuasa.
Mereka kuasai India, Australia, Afrika, Timur Tengah, dan banyak lagi wilayah. Sistem ekonomi global mula berpusing ikut rentak mereka. Pound Sterling jadi mata wang dunia.
Lautan jadi milik mereka, perdagangan global dalam genggaman mereka.
Dan selama lebih 100 tahun, dunia hidup di bawah ‘Pax Britannica’.
Kekalahan Perancis beri Britain peluang naik jadi empayar global. Itulah realiti kuasa dalam kancah politik global. Bila satu kuasa besar tumbang, akan ada kuasa lain yang mengisi tempat itu.
Dan dalam kes ini, kekalahan Napoleon adalah kemenangan terbesar Britain.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.