Kemelut antara Rusia dan Ukraine amat membimbangkan sebenarnya. Tengok pada sejarah – kerana satu κoηfliκ, terbakar habis Eropah sampai dua kali berperαηg.

Elok Jerman mengapi-apikan isu dengan Czechia dan Poland kononnya nasib bangsa Jerman terjejas. Tiba-tiba Itali masuk gelanggang… dan Jepun membuat hal. Itu masalah apabila berperαηg. Wajah sebenar semua tersembul keluar.

Sekarang Rusia bergaduh dengan Ukraine. Taiwan bersiap siaga khuatir jika China akan mengapa-apakan mereka. Cuma masalah China dan Taiwan betul-betul panas semasa zaman Mao Zedong dan Chiang Kai-shek lebih daripada 70 tahun lalu. Terlalu lama dalam timbunan masa.

Tambah pula China menang dalam peperαηgαη tersebut. Dan China tiada kena mengena dengan Rusia. Persoalan sekarang, masalah di Eropah Timur boleh meledak balik?

Pertalian Persaudaraan Slavik

Rusia dan Serbia berkongsi sesuatu yang dianggap suci. Dua negara dibentuk dengan satu identiti sama. Pertalian kerohanian ini dikukuhkan pula dengan naluri agama dan institusi sekular sama. Dan kedua-dua negara ini juga pernah bertembung dengan umat Islam.

Pertembungan Rusia berpunca daripada regionalism yang mana mereka tiada masalah dengan umat Islam di Tatarstan misalnya.

Pertembungan Serbia walau bagaimanapun sangat gila. Kerajaan silam mereka benar-benar membenci Islam atas sifat ekstrimisme bangsa. Bukan faktor kestabilan atau regionalism. Memang isu identiti Islam yang dianggap bαrαh, sampai ghairah menumpahkan “benih Slavik dalam rahim wanita bersyahadah”.

Rumah Karaman yang dibenci ribuan wanita Muslim Bosnia.

Atas sebab inilah Bosnia dipinang menjadi ahli NATO tetapi masih dalam proses rundingan sejak tahun 2008. Proses ini memakan masa lama kerana Bosnia masih belum memenuhi syarat NATO. Sebanyak 63 buah fasiliti ketenteraan masih belum diserahkan kepada pihak kerajaan pusat Bosnia (masih dalam tangan kerajaan negeri).

Punca Masalah Di Sebalik Penyerahan

Struktur kenegaraan Bosnia ditubuhkan daripada abu mαyαt Yugoslavia, melalui peperαηgαη yang sangat menyayatkan. Namun negara ini tidak berdiri secara tunggal. Untuk memudahkan pemahaman, dua negara bersatu dalam sebuah empayar.

Itulah Bosnia, suatu gabungan Federcaija Bosne I Hercegovine (FBH) dan Republika Srpska (RS). Kedua-dua entiti ini dipayungi Bosnia dan Herzegovina sebagai sovereign state. FBH dipimpin Marinko Cavara; manakala RS dipimpin Zeljka Cvijanovic. Manakala sovereign state pula dipimpin Majlis Presiden.

Kesatuan yang berisiko terbubar.

Sini semua boleh nampak yang Bosnia membahagikan banyak kuasa.  Pihak FBH bersetuju menyerahkan fasiliti keteηterααη kepada Majlis Presiden.

Masalahnya, pihak RS enggan melepaskan baki 23 buah fasiliti dalam wilayahnya (Kovacevic, 2016). NATO pula enggan masuk campur dalam perbezaan pendapat ini, yang menggagalkan penyertaan Bosnia.

Belenggu Peηyεmbelih Masih Ada

Warga Bosnia cukup benci pada Radovan Karadzic, yang selamanya diabadikan sebagai “Sang Peηyεmbelih”. Bayang-bayang Karadzic masih hitam dengan perjuangan partinya dijulang parti Alliance of Independent Social Democrats (SNSD).

Pemimpin SNSD bernama Milorad Dodik, yang suaranya sejak kebelakangan ini sangat lantang terhadap integriti kenegaraan Bosnia.

Milorad Dodik yang disekat Amerika Syarikat.

Kepimpinan Dodik telah bantu RS melangkah keluar daripada Bosnia sebenarnya. Tahun lalu, pucuk kepimpinan RS sebulat suara bersetuju untuk “memisahkan” struktur RS daripada institusi nasional Bosnia (Brezar, 2021).

Kalau ikut perundangan baru, RS ibaratkan terkecuali daripada angkatan keteηterααη Bosnia, sistem percukaian Bosnia dan bidangkuasa kehakiman Bosnia.

Kira maksudnya memang jelas RS keluar daripada Bosnia – tetapi bersama Bosnia pada nama.

Bosnia Semakin Terikat

Bukan mudah untuk menguruskan negara Bosnia tanpa RS. Ibu negara Sarajevo betul-betul berada di sempadan FBH dan RS. Dan kuasa ekonomi pula lebih berpihak kepada RS, meskipun populasi FBH lebih tinggi.

Milorad Dodik pula mengapi-apikan penyatuan negara, siap memanggil umat Islam Bosnia dengan penghinaan seperti “Serbia murtad” dan “negara rendah” (Karcic, 2021).

Pucuk perbincangan sekarang semakin jelas. Hayat Bosnia seolah-olah semakin suntuk. Dominasi Rusia pula boleh meηgαηcαm ηyαwαnyα.

Berapa kali Dodik bersuara tentang hal “pembentukan teηterα sendiri”, siap υgυt untuk panggil “kawan-kawan kita” jika Barat datang masuk campur (Borger, 2021). Masalahnya, pembangkang RS pun senada dengan Dodik… tetapi berbeza pendapat tentang pelaksanaan rancangan ini.

RUJUKAN:

Borger, J. (2021, November 2). Bosnia is in (ditapiskan) of (ditapiskan) up, warns top international official. The Guardian.

Brezar, A. (2021, Disember 11). Bosnian Serb entity assembly in favour of withdrawing from central institutions in Bosnia. Euronews.

Karcic, H. (2021, November 9). Why is Bosnia on the Brink Again? RUSI.

Kovacevic, D. (2016, November 23). Bosnian (ditapiskan) Property Dispute Bars Way to NATO. Balkan Insight.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply