Yahudi secara umumnya merujuk kepada kumpulan etnoagama (ethnoreligious) yang berasal daripada kaum Israil dari Timur Tengah. Selain berkongsi ras dan kumpulan genetik yang sama, dalam beberapa hal menunjukkan bahawa identiti Yahudi tidak terhad pada satu kaum kerana mana-mana bangsa selain Bani Israil boleh memeluk agama Yahudi dan akan diiktiraf sebagai Yahudi oleh Rabbi/Pendeta agama Yahudi.

Namun begitu, bagi bangsa selain Israil yang mahu memeluk agama Judaism atau Yahudi biasanya akan melalui beberapa ‘screening process’ yang ketat oleh Rabbi sebelum sah digelar sebagai Yahudi.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Kepelbagaian Kaum Dalam Kalangan Orang Yahudi

Boleh ke bangsa lain masuk agama Yahudi?

Sebagai contoh, Seorang wanita berdarah Korea dari Amerika Syarikat iaitu Angela Buchdahl merupakan salah seorang Rabbi dari Pusat Sinagog Manhattan dan satu-satunya Rabbi Asian-American yang pertama dari Reform synagogues rumah ibadat yang terbesar di Amerika Utara.

Selain itu terdapat seorang lagi Rabbi Yahudi dari kalangan komuniti Cina-Amerika seperti Jacqueline Mates-Muchin dari Temple Sinai di Oakland, California.

Rabbi Angela Buchdhal

Kepelbagaian etnik dan bangsa dalam komuniti Yahudi antara 300-500,000 menunjukkan hampir setengah juta orang bukan Yahudi telah menjadi Yahudi – secara rasmi melalui penukaran atau secara tidak rasmi melalui akulturasi(proses asimilasi budaya) pada orang Yahudi dan budayanya.

Disebalik warna-warni kepelbagaian bangsa dalam komuniti Yahudi sebenarnya hal ini mendapat tentangan hebat daripada komuniti Rabbi Yahudi Ortodoks.

Majoriti Rabbi Ortodoks memberi tiga sebab penolakan terhadap dua orang Rabbi dari Temple Sinai dan Sinagog Manhantan.

Pertama, mereka tidak mahu menerima mana-mana wanita menjadi Rabbi. Kedua, mereka tidak mahu menerima mana-mana Rabbi aliran reformis sebagai Rabbi. Ketiga, mereka tidak mahu menerima aliran reformis memeluk agama Yahudi secara umum kerana aliran reformis sudah melanggar banyak peraturan fundamental Yahudi.

Segala aliran berbentuk reformis atau pembaharuan dalam ajaran Yahudi sangatlah ditentang keras oleh Yahudi ortodoks sebab mereka cuma mahu mengekalkan kawalan dan monopoli ke atas ‘kesucian’ agama Yahudi.

Yahudi yang tidak beragama atau yang anti-agama dianggap sebagai Yahudi Sekular atau cuma berbudaya Yahudi(cultural Jews), melainkan mereka memeluk agama lain.

Undang-undang Yahudi Ortodoks masih menganggap Yahudi yang tak beragama sebagai Yahudi walaupun telah murtad.

Hari ini dengan kemunculan aliran sinkretik baharu antara Yahudi dan Kristian seperti aliran ‘Messianic Jews’ atau ‘Jesus for Jews’, cabang yang dianggap ‘sesat’ ini sama sekali ditolak oleh sebahagian besar penganut Yahudi Ortodoks.

Jawapan kepada persoalan ‘apa itu Yahudi?’ ialah, memandangkan agama Yahudi dan Orang Yahudi saling berkait rapat. Sejarah orang Yahudi dibentuk melalui genetik, kepercayaan dan nilai-nilai murni.

Kajian genetik baru menunjukkan bagaimana selama berabad-abad ramai orang bukan Yahudi telah memasuki komuniti Yahudi dan lebih ramai juga komuniti asal Yahudi meninggalkan pegangan tersebut.

Adakah semua orang Yahudi hari ini benar-benar berketurunan Nabi Ya’kub dan 12 suku Bani Israil berdasarkan biologi orang Yahudi yang mendiami Timur Tengah 3,000 tahun dahulu?

Yahudi Dan Genetik

Jawapan kepada persoalan kedua tadi ialah ya dan tidak. Kenapa?

Analisis genetik menyokong rekod sejarah Yahudi dari Timur Tengah yang menetap di Afrika Utara semasa era Baharian Klasik atau Classical antiquity, mubaligh yahudi secara aktif giat melakukan kerja dakyah dan berkahwin dengan penduduk tempatan, dalam tempoh itu, proses perkahwinan antara Yahudi dengan penduduk tempatan(Afrika Utara) telah berlangsung selama lebih 2,000 tahun lalu membentuk populasi yang berbeza.

Kajian dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva menemui bahawa Yahudi Afrika Utara memiliki biologi asas orang Yahudi walaupun mereka telah banyak bercampur dengan kumpulan genetik lain.

Etnik Yahudi Ethiopian

Maka tidak hairan kalau kebanyakan orang Yahudi dari lokasi geografi yang berbeza cenderung kelihatan serupa dengan penduduk majoriti tempatan selepas beberapa generasi.

Dalam analisis genetik sebelum ini menunjukkan bahawa Yahudi moden dari etnik Sephardic (Greek dan Turki), Ashkenazi (Eropah Timur) dan Mizrahi (Iran, Iraq dan Syria) yang berasal dari Eropah dan Timur Tengah saling berkaitan antara satu sama lain, dengan setiap kumpulan/etnik membentuk kelompoknya sendiri.

Sephardic Jews In 1900

Secara umumnya tidak begitu mudah, banyak proses dan penilaian akan dibuat kalau ingin menukar ke agama Yahudi melainkan mempunyai pertalian darah dari segi keturunan atau mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Yahudi, barulah ia boleh dipertimbangkan.

Sebagai contoh, seorang pelakon drama bersiri ‘The Walking Dead’, Lauren Cohan yang memegang watak sebagai ‘Maggie’ dalam TWD merupakan seorang Judaism convert sejak berumur 5 tahun dan beliau sudah melalui proses ritual Bat Mizvah kerana ibunya berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari keluarga Yahudi.

Walaupun tidak mempunyai pertalian darah secara langsung, dengan memiliki hubungan rapat seperti bapa tirinya sudah cukup untuk diiktiraf sebagai Yahudi. Lauren menukar namanya kepada Lauran Cohan, Cohan/Cohen adalah nama tipikal Yahudi Eropah Timur.

Namun begitu, proses asimilasi kebudayaan atau penukaran agama secara paksaan telah berlaku sejak ribuan tahun lalu walaupun ia telah melanggar peraturan Yahudi pada zaman pertengahan tapi atas dasar politik, hal ini diketepikan oleh penguasa Yahudi ketika itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.