Ada salah faham besar di sebalik perubahan nama Konstantinopel. Ramai menyangka perubahan ini berlaku selepas kekalahan Byzantium pada tahun 1453. Sebenarnya, Sultan Mehmed II tidak mengubah nama Konstantinopel.
Memang betul – Konstantinopel ditimang nama “Islambol” yang mencirikan peranan Islam sebagai nilai bandar. Walau bagaimanapun, “Islambol” sebenarnya hanyalah gelaran… bukannya nama kota tersebut.
Konstantinopel mempunyai terlalu banyak nama, meskipun ketika zaman kegemilangan Byzantium. Pedagang zaman dulu memang kenal Miklagard, Tsarigrad, Basileos Polis, Carihrad, Takh-e Rum (dan banyak lagi).
Semua nama ini adalah gelaran Konstantinopel mengikut bangsa masing-masing. Tidak lupa juga Basileuousa dan Megalopolis. Tradisi penamaan ini diteruskan selepas Konstantinopel diambil Uthmaniyah.
Nama Istanbul masih belum timbul pada masa itu. Tetapi Uthmaniyah tidak memanggil Constantinoupolis. Sebaliknya mereka membawa variasi tersendiri, yakni Konstantiniyye seperti yang ditulis dalam semua dokumen rasmi kerajaan ketika itu (Roshwald, 2002). Ini juga bermakna yang Konstantinopel tidak pernah tewas pun.
Cuma kota ini bertukar tangan daripada Byzantium ke Uthmaniyah yang meneruskan legasi kebudayaan bandar kecuali dalam bab agama dan adat. Situasi kelihatan sama seperti kejatuhan Konstantinopel pada tahun 1204, kerana muslihat Enrico Dandolo.
Lama Konstantinopel dikuasai pihak asing selepas itu. Cuma bezanya, Byzantium sudah mencapai tarikh lμpμt dan terbubar secara berperingkat selepas kekalahan pada tangan Mehmed II.
Jadi persoalannya, bila Konstantinopel (atau Konstantiniyye) bertukar nama menjadi Istanbul seperti hari ini? Pertama sekali, Konstantinopel “bertukar nama” pada abad ke-10… beratus tahun sebelum kelahiran Mehmed lagi.
Nama Istanbul sudah muncul daripada rahim “is tim bolin” iaitu bahasa Arab dan Armenia yang bermaksud “ke bandar”. Tiga perkataan ini disatukan menjadi Istanbul terkemudian. Maksudnya, Istanbul sudah menjadi nama timangan Konstantinopel sebelum tahun 1453 lagi.
Sekarang bila ia dirasmikan? Jawapannya mungkin mengejutkan ramai. Selepas tewas pada tangan Kuasa Entente, roh Uthmaniyah berangkat pergi meninggalkan abu empayar yang melahir banyak negara baru.
Kesultanan Uthmaniyah dibubarkan pada tahun 1922 dan diganti tahun berikutnya dengan sebuah piagam republik. Pembudayaan Uthmaniyah walau bagaimanapun tidak dapat dihentikan serta-merta.
Lama rakyat tertanya-tanya: apa nama sebenar kota ini? Konstantinopel atau Istanbul? Soalan ini diaju pejabat pos negara. Walaupun Perlembagaan Uthmaniyah 1876 berkata, “ibu negara Uthmaniyah adalah Istanbul”, penamaan ini tidak langsung terlaksana dalam kalangan marhaen.
Maka pada tahun 1930, pihak Turki membuat keputusan besar. Mereka memilih nama Istanbul, sekali gus menghentikan sebutan Konstantiyye secara rasmi (Plackett, 2021). Jadi tiada apa yang boleh dinafikan sini.
Pemimpin yang merasmikan nama Istanbul secara mutlak adalah Mustafa Kemal Ataturk.
Penamaan ini selaras dengan tindakan Ataturk yang memindahkan ibu negara Turki ke Ankara. Ramai menuduh yang Ataturk cuba padamkan legasi Uthmaniyah. Sebenarnya, tidak. Ankara jauh lebih selamat untuk dibandingkan dengan Istanbul.
Kena tengok balik kenapa Konstantinopel bertukar tangan pada tahun 1453. Padahal berkurun-kurun Byzantium berjaya mempertahan bandar ini. Konstantinopel serba lengkap dengan benteng kukuh yang dinamakan Theodosian Walls.
Benteng ini adalah antara yang paling maju dalam Eropah… tetapi tidak membawa sebarang manfaat apabila Uthmaniyah datang membawa mer.iam.
Jadi kena tanya balik – apa sebab Konstantinopel jatuh? 1) Byzantium tidak memperbaharui sistem pertahanan selaras dengan dunia moden atau 2) Turki terlalu maju dengan taktik terkini. Atau kedua-duanya sekali. Apa-apa pun, jawapan akhir mempengaruhi nama di sebalik Konstantinopel, Konstantiniyye dan Istanbul.
RUJUKAN:
Plackett, B. (2021, Oktober 25). When did Constantinople become Istanbul? Live Science.
Roshwald, A. (2002). Ethnic Nationalism and the Fall of Empires: Central Europe, Russia & The Middle East, 1914-1923. Routledge.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih