Miguel Najdorf merupakan pemain catur grandmaster dari Argentina, dan merupakan antara pemain yang hebat dari zaman era 1950an, sezaman dengan Botvinnik, Taimanov dan zaman awal Fischer.

Najdorf berasal dari Poland, dan bermain catur sejak kanak-kanak, dan sudah mewakili Poland seawal usia bangku sekolah.

Pun begitu, semasa menyertai pertandingan catur di Buenos Aires, beliau terkandas kerana negaranya ditakluk HitIer pada tahun 1939.

Dan sejak itu, beliau menjadi pelarian Poland, dan kemudian diberi kerakyatan Argentina, selepas melihat kepakaran beliau bermain catur.

Ernesto Che Guevara merupakan seorang graduan doktor yang bosan dengan kehidupan di Buenos Aires, lalu mengembara dengan motor, sehingga menyertai pergerakan revolusi sosialis.

Cerita dia kau boleh tanya budak kiri, budak sosialis, dan budak yang suka sembang pasal hak itu hak ini. Mereka lebih expert.

Perlawanan ini berlangsung di Havana, Cuba pada tahun 1962. Pada ketika ini, Che Guevara menjadi perwakilan Cuba di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merangkap Menteri Luar Cuba.

Jadi sebab itulah beliau banyak dilihat bersama pemimpin nasionalis seperti Gamal Nasser, Sukarno atau Nkrumah.

Di Argentina, junta tentera menggulingkan kerajaan Juan Peron, tiga tahun sebelum itu. Jadi misi Najdorf ini hanya satu, untuk membawa keamanan dengan manusia hanya ber3perang di papan catur.

Jadi dia keraplah berlawan dengan beberapa orang menteri luar, presiden atau perdana menteri, bermain catur. Kerana bila negara asalnya, Poland hancur akibat p3rang, Najdorf tidak mahu negara lain juga hancur begitu.

Jadi berlakulah perlawanan antara Najdorf dan Che Guevara dan dilaporkan oleh media Cuba sebagai “percaturan pemain catur menentang pencatur revolusi Cuba”, jadi seluruh rakyat Cuba menonton perlawanan itu.

Tak tahu lah Guevara paksa media cakap macam tu atau memang negara komunis kena jack pemimpin macam Kim Jong Un tu. Guevara tak cakap pun dah itu standard skrip.
Dalam pertarungan ini, Najdorf menggunakan Sicilian Defense, kemudian variasinya sendiri, yang kemudian dipanggil Najdorf Opening.

Pada akhirnya, kedua-dua saling elak mengelak dari makan, acah mengacah, sebelum Najdorf makan dua pawn, Guevara makan dua pawn, sebelum kedua-duanya berhenti kerana ia sekadar perlawanan pertunjukan.

Di media Cuba semua TV dan radio melaporkan perlawanan itu, dengan berkata “Guevara seri dengan Grandmaster Dunia dari Argentina, Miguel Najdorf.”

Maka propaganda pun disiarkan tentang betapa bijaknya pemimpin Cuba menentang imperialis dunia, sebelum kapal-kapal Soviet mula mendarat di Havana untuk membina pusat peluru berpandu balistik untuk menembak Amerika Syarikat.

Dalam permainan catur, kalau perlawanan tu bukan exhibition match, dah lama Najdorf boleh je belasah Che Guevara dalam permainan ni. Tapi sebab adab tinggal di negara komunis atau diktator: mesti kena bagi tuan rumah menang. Atau serilah paling kurang pun.

Tapi dalam percaturan politik, ternyata inilah blunder Najdorf terbesar, apabila niat asalnya mahu membawa keamanan, tetapi sebaliknya digunakan untuk perp3r4ngan.
Dalam percaturan politik, Guevara menang checkmate.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.