Perang Salib merupakan seruan Perang yang diisytiharkan oleh pemuka utama Kristian bagi mengisytiharkan perang dan memerangi musuh mereka. Dalam konteks perang Salib, perang ini akan diumumkan oleh Pope iaitu ketua utama bagi agama Kristian. Pope berperanan dalam mengisytiharkan Perang Salib. Justeru itu, kita akan melihat satu demi satu bagaimana Perang Salib Pertama ini boleh bermula.

[Ancaman Kerajaan Seljuq dan Kebangkitan Kuasa Turkic]
Kebangkitan Kuasa Seljuq ini dapat dilihat dengan bermulanya agresi kekuasaan Kerajaan Seljuq yang dahulunya hanya berkuasa di Asia Tengah. Sultan Tugrul telah mendirikan asas kerajaan yang kukuh dengan menewaskan saudaranya dalam sebuah pertempuran saudara iaitu Pertempuran Dandanaqan (1040).

Pertempuran ini telah membentuk asas kerajaan yang kukuh buat Seljuq bagi mendirikan kotanya di Ray, Iran (kini). Legasi kegemilangan Sultan Tugrul ini kemudiannya diteruskan oleh penerusnya iaitu Sultan Alparslan. Sultan Alparslan telah meluaskan sayap kekuasaan Seljuq sehingga ke pintu Anatolia.

Agresi ini telah menyebabkan penguasa Rom telah bertindak untuk mengerahkan pasukan bagi menewaskan pasukan Seljuq ini dari meluaskan kekuasaanya sehingga Anatolia. Kemaraan pasukan Seljuq ini juga tidak dapat dibendung dengan kemaraan pasukan Seljuq dalam pertempuran Manzikert (1071). Kejayaan ini telah membuka gerbang Anatolia kepada Kesultanan Seljuq bagi menguasai Anatolia.

Ibarat menakluk Anatolia adalah sama seperti menyerahkan Kota Konstantinopel kepada Seljuq. Kedudukan Kota Konstantinopel kini dalam ancaman pasukan Seljuq. Justeru itu, bagi menghindari ancaman yang lebih parah, pada ketika inilah penguasa Rom telah mengirim surat bagi meminta bantuan dengan harapan agar dapat mengembalikan kota kota milik Rom kembali kepada mereka.

[Tindak Balas Pope]
Pope Urban II telah memberi reaksi positif terhadap surat penguasa Rom ini. Baginya, inilah masanya untuk menghubungkan jambatan antara Kristian Timur dan Barat. Baginya juga, inilah masanya untuk kerajaan Salib untuk menaklukkan Jurusalem dan menduduki kota suci ini.

Pope Urban II telah mengisytiharkan Perang Salib bagi menewaskan dan menaklukkan Jurusalem untuk Kerajaan Syurga mereka. Bagi mereka, ini adalah suatu kewajiban dan suatu tuntutan buat umat Kristian bagi memenuhi seruan ini.

Kemuncak dari ini, pasukan Salib kemudiannya berjaya menewaskan Pasukan Seljuq dan meneruskan ekspedisi mereka dan mencapai ke tujuan akhir mereka iaitu Jurusalem. Akhirnya, pada tahun 1099, secara rasminya, Jurusalem kemudiannya jatuh ke tangan pasukan Salib.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.