Ini adalah benda yang aku kerap dengar daripada golongan suami. Katanya, isteri mereka suka cium bau ketiak mereka dan perkara ini membingungkan kaum sumai berkenaan. Sudah tentu, buka semua perempuan berperangai sebegini, tapi fakta cium bau ketiak itu adalah benar. Oleh itu, aku terpanggil adakah ini hanyalah fakta atau auta?
Berdasarkan sebuah penemuan, penyelidik dari Universiti California telah pun menjalankan sebuah eksperimen berkenaan hal ini. Bahan aktif yang menjadi tumpuan bagi eksperimen ini ialah androstadienone (AND), sejenis derivatif hormone lelaki (testosterone). Bau bauan jantan itu berpunca daripada bahan kimia inilah. Bekas yang diisi dengan AND diberi dan dihidu oleh 48 pelajar wanita di university berkenaan.
Hasil daripada kajian ini, mereka mendapati pelajar pelajar mengalami kenaikan takat hormon kortisol. Hormon steroid kortisol ini menyebabkan mereka mengalami kenaikan syahwat, ‘mood’ menjadi baik dan peredaran darah yang laju.
Penyelidik ini juga memberi pelajar ini yis untuk dibau, takut takut kenaikan kortisol kerana AND ni adalah disebabkan kesan placebo. Hasilnya, tiada apa yang berlaku. Ini bermakna, AND ni memang cetuskan rembesan kortisol wanita.
Dalam sebuah kajian lain, penyelidik bernama Frances Chen telah menjalankan ujikaji tentang perkaitan perubahan ‘mood’ wanita terhadap bau pasangannya. Pasangan lelaki akan memakai baju selama 24 jam tanpa sebarang wangian untuk mempunyai baju kotor berbau lelaki. Kemudiannya, baju baju tersebut akan dihidui oleh subjek subjek wanita. Kemudiannya, subjek subjek wanita akan melalui ‘mock interview’ dan juga ujian matematik mental.
Mereka mendapati wanita yang menghidui baju pasangan mereka mempunyai kadar tekanan yang rendah. Berbanding dengan wanita yang menghidui bau baju lelaki yang tak dikenali, mereka mampu berdepan dengan ujian tersebut dengan lebih bagus. Mereka juga diberikan bau neutral untuk mengesan kesan placebo dan keputusannya tetap sama macam dapatan penyelidik Universiti California.
Walaupun para penyelidik masih kurang jelas akan interaksi bau dan feromon untuk manusia, namun kita boleh simpulkan bau peluh lelaki, terutamanya bau peluh pasangan mampu memperbaikkan angin perasaan wanita.
Jadi, ya. Perempuan suka bau ketiak lelaki kerana pekat dengan AND dan mampu buat meningkatkan ‘mood’ mereka. Namun, ingin aku jelaskan kalau bini anda meragam jangan la pergi tonyoh mukanya dengan ketiak anda. Silap haribulan ada yang masuk hospital sebab kena chokeslam dengan bini.
RUJUKAN:
Hofer, M. K., Collins, H. K., Whillans, A. V., & Chen, F. S. (2018). Olfactory cues from romantic partners and strangers influence women’s responses to stress. Journal of personality and social psychology, 114(1), 1.
Wyart, C., Webster, W. W., Chen, J. H., Wilson, S. R., McClary, A., Khan, R. M., & Sobel, N. (2007). Smelling a single component of male sweat alters levels of cortisol in women. Journal of Neuroscience, 27(6), 1261-1265.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih