Sesiapa yang menonton Kung Fu Hustle pasti tak kering gusi dengan kerenah Stephen Chow dan Geng Kapak serta terpukau dengan aksi kung fu yang ditampilkan. Filem ini turut dicalonkan dalam 16 kategori Anugerah Filem Hong Kong dan berjaya memenangi enam daripadanya. Di sebalik semua itu, terdapat banyak cerita rahsia berkenaan Kung Fu Hustle.

  • Yuen Woo-ping

Semua mengenali Yuen Woo-ping sebagai koreografi aksi ikonik untuk filem The Matrix dan Crouching Tiger, Hidden Dragon. Tetapi selain sebagai koreografi aksi, beliau juga merupakan seorang pengarah dan pelakon serta pernah bekerjasama dengan Jet Li, Jackie Chan dan Donnie Yen. Untuk filem Kung Fu Hustle, Woo-ping berkhidmat sebagai koreografi aksi pertarungan.

  • Pig Sty Alley

Semua mengenali kawasan blok kejiranan Pig Sty Alley sebagai latar utama filem Kung Fu Hustle. Tetapi tidak ramai tahu sebelum penggambaran bermula, ia sudah direka lebih awal oleh Chow. Pig Sty Alley dikatakan diinspirasikan daripada kawasan blok kejiranan sesak yang pernah didiaminya pada masa kecil.

Nama Pig Sty Alley itu sendiri sebenarnya merujuk kepada satu tempat bernama Walled City of Kowloon. Antara tahun 50-an hingga 70-an, kawasan tersebut mencatatkan kadar jenayah, pelacuran dan penyalahgunaan dadah yang tinggi sambil dikawal oleh kongsi gelap.

Rajah 1: Walled City of Kowloon pada tahun 1989.

Menjelang tahun 1987, kawasan tersebut telah dirancang untuk dirobohkan. Selepas melalui proses pengusiran yang rumit, proses perobohan bermula pada Mac 1993 dan berakhir pada April 1994. Ia kemudiannya dibangunkan semula sebagai Kowloon Walled City Park yang dibuka pada Disember 1995.

Walled City of Kowloon bukan sekadar menjadi inspirasi latar tempat Kung Fu Hustle malah menjadi inspirasi latar tempat Narrows dalam siri pertama trilogi The Dark Knight, Batman Begins.

  • Geng Kapak

Geng Kapak merupakan pemain antagonis utama dalam Kung Fu Hustle dan ini telah ditampilkan menerusi babak awal filem yang menyaksikan mereka mengh4puskan pesaing mereka dan membayar r4suah kepada polis.

Tetapi bagaimana hendak menjadikan mereka sebagai 4ncaman tetapi lain dari yang lain berbanding kongsi dalam filem Hong Kong lain? Jawapannya ialah melihat latar belakang bos mereka, Brother Sum yang dilakonkan oleh Danny Chan Kwok-kwan.

Kwok-kwan merupakan seorang pengamal Jeet Kune Do, penyanyi kumpulan rock dan penari. Bila Chow teringat latar belakang pelakon itu, dia mencadangkan adegan tarian ikonik Geng Kapak yang diselang-seli dengan keg4nasan kumpulan itu yang dipaparkan di akhbar.

  • Pembvnvh Guzheng

Filem Kung Fu Hustle menampilkan Pembvnvh Guzheng yang diupah Geng Kapak untuk mengh4puskan mahaguru-mahaguru kung fu yang menetap di Pig Sty Alley. Untuk menampilkan mereka pembvnvh yang k3jam, idea asal ialah memperkenalkan mereka keluar dari laut selepas bertarung dengan jerung CGI sebelum diupah Geng Kapak.

Bila Chow memberitahu idea tersebut kepada pasukan kesan khas, jawapan mereka adalah tidak dan meminta Chow melupakan idea tersebut. Ini yang mendorongnya memperkenalkan pasangan Pembvnvh Guzheng yang dilakonkan oleh Gar Hong-hay dan Fung Hak-on.

  • Peminat kung fu

Chow bukan saja seorang peminat kung fu malah merupakan pengamal disiplin seni mempertahankan diri berkenaan. Walaupun beliau kemudian tidak dapat menghabiskan kelas atas faktor kewangan, Chow terus belajar dengan meniru gerakan dan latihan yang dibuat oleh Bruce Lee dalam filem-filemnya. Seperti Lee, Chow juga merupakan pengamal Wing Chun.

  • Yuen Qiu dan Bruce Leung

Siapa saja yang melihat kerenah Tuan Tanah Wanita lakonan Yuen Qiu tak kering gusi terutama adegan dia mengejar watak Sing (Chow) bak kartun Road Runner. Hakikatnya, mencari pelakon untuk mana-mana watak unik seperti Tuan Tanah Wanita dan Beast memerlukan Chow mencari orang yang tepat.

Dalam kes Yuen Qiu, beliau sebenarnya menemani seorang rakan menghadiri uji bakat Kung Fu Hustle. Gelagatnya yang sombong dan bongkak menarik perhatian Chow untuk mengambilnya mengisi peranan berkenaan. Tidak ramai tahu termasuk Chow bahawa Yuen Qiu juga seorang pelakon veteran dan pernah muncul dalam filem francais James Bond, The Man with the Golden Gun.

Sementara dalam kes Beast, peranan Beast yang digalas Bruce Leung Siu-lung merupakan peranan pertama yang digalasnya dalam tempoh 20 tahun. Sebelum Kung Fu Hustle, beliau juga seorang pelakon aksi pada tahun 70-an dan 80-an sebelum bersara dan menjadi peniaga. Sejak itu, beliau membintangi filem lain seperti The Grandmaster dan Tai Chi 0.

  • Eva Huang

Sebelum membuat kemunculan pertama filem menerusi Kung Fu Hustle, Eva Huang banyak berlakon dalam siri televisyen. Daripada 8,000 wanita yang menghadiri uji bakat watak bernama Fong, Huang menjadi pilihan Chow kerana rupanya yang tampak suci.

Bagi menampakkan wataknya berbeza, Huang meminta wataknya merupakan orang bisu dan berkomunikasi menerusi bahasa badan dan isyarat.

  • Pengaruh Bruce Lee

Sebenarnya, banyak pengaruh Bruce Lee dapat dikesan dalam Kung Fu Hustle. Pertama, adegan Tuan Tanah Lelaki dan Tuan Tanah Wanita yang menari cha cha sebelum Tuan Tanah Lelaki diketuk oleh isterinya itu. Ia sebenarnya merujuk kemenangan Lee dalam Kejohanan Cha Cha Kebangsaan Hong Kong 1958.

Kedua, adegan dua tuan tanah itu berada dalam kereta Brother Sum. Tuan Tanah Wanita menayangkan jarinya sebelum mengepal penumbuk pada kedua-dua penumbuk sambil bunyi kedengaran pada penumbuk sebelah kanan.

Dia kemudiannya mengangkat kepalanya sebelum Brother Sum mengangguk. Akhir sekali, Tuan Tanah Wanita menolak hidung dengan ibu jarinya.

Adegan itu sebenarnya merujuk kepada filem Return of the Dragon lakonan Lee yang menyaksikan beliau melakukan perkara sama dengan seorang ketua mafia.

  • Teknik Tapak Tangan Buddha

Teknik Tapak Tangan Buddha yang digunakan Sing merupakan senjata efektif untuk menundukkan Beast. Tetapi teknik tersebut bukanlah teknik bagi tapak tangan besar sampai berlubang bangunan.

Ia memang teknik pertarungan sebenar Shaolin Selatan yang dikenali sebagai Fut Gar Kuen. Tidak seperti Kung Fu Hustle, pengamal Fut Gar Kuen mengaplikasikan teknik tumbukan, pukulan tapak tangan, sepakan rendah dan gerak kaki pantas untuk mengatasi pihak lawan.

  • Louis Cha

Louis Cha Leung-yung atau nama penanya Jin Yong merupakan salah seorang pengasas akhbar Hong Kong, Ming Pao. Tetapi beliau lebih dikenali sebagai penulis novel terkenal dalam genre wuxia. Antara tempoh 1955 hingga 1972, beliau telah menghasilkan 15 novel wuxia yang hebat.

Ini menjadikan Jin Yong sebagai penulis novel wuxia yang terhebat dalam sejarah dengan 100 juta salinan novel terjual di pasaran. Dan pengaruhnya dapat dikesan dalam filem Kung Fu Hustle.

Apabila Tuan Tanah Lelaki dan Tuan Tanah Wanita bersemuka dengan Beast, mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Yang Guo dan Xiaolongnu. Dua nama ini sebenarnya merujuk kepada protagonis novel Jin Yong yang paling terkenal, Return of the Condor Heroes.

  • Kutipan tiket

Bila Kung Fu Hustle mula ditayang pada 23 Disember 2004, ia mencetuskan fenomena di Hong Kong dengan mencatat kutipan tiket sebanyak HK$4,990,000 dan terus kekal di atas pada awal tahun 2005 dengan kutipan tiket HK$61.27 juta.

Di US, pada mulanya ia cuma ditayang di New York dan Los Angeles selama dua minggu. Tetapi selepas filem itu mengutip kejayaan pecah panggung di Hong Kong, ia ditayangkan di 2,503 pawagam. Walaupun tidak sehebat kutipan domestik, ia mencetuskan minat mendalam orang ramai terhadap filem berkenaan.

  • ‘Pencapaian tertinggi komedi moden’

Sejak ditayangkan pada akhir tahun 2004, ia mendapat pujian ramai pihak. Pengkritik filem Hong Kong, Gabriel Wong memuji pendekatan komedi hitam, kesan khas dan nostalgia filem kung fu yang ditampilkan Kung Fu Hustle.

Manakala protagonis Ghostbusters, Bill Murray menyifatkan filem itu sebagai pencapaian tertinggi komedi moden.

Jadi, kenapa penulis menyentuh semua ini? Saja nak beritahu, sekuel filem ini bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Menurut Chow, ia bukanlah kesinambungan terus dari filem 2004 tetapi kisah baru berlatar era moden dan mengandungi elemen filem asal yang bikin ramai sakit perut ketawa.

RUJUKAN:

Unbelievable Facts. (2017). 14 Unknown Facts About Kung Fu Hustle. https://unbelievable-facts.com/2017/11/facts-about-kung-fu-hustle.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.