Bila kita bercakap pasal Yahudi atau Bani Israel, mesti kita terbayang satu bangsa yang degil, keras kepala, banyak soal tapi bijak, sampai Allah SWT pun Yahudi ni nak tipu. Mana tidaknya, selepas Nabi Musa A.S berjaya membawa Bani Israel ni lari dari Firaun dan naik ke Gunung Tursina untuk menerima wahyu dari Allah SWT tentang Perintah 10 (Ten Commandments), turun-turun dari gunung tengok semua dah sembah lembu betina.
Padahal baginda tinggalkan kaum Yahudi ni selama 40 hari sahaja dengan saudara baginda Nabi Harun A.S. Bayangkan kalau tinggalkan lebih lama dengan tiada siapa nak jaga, lagilah kufur mereka ini. Tidak cukup dengan itu, macam-macam mereka minta dari Allah SWT melalui Nabi Musa A.S untuk beriman semula, hinggakan makanan dan minuman (manna dan salwa) pun turun dari langit depan mata mereka sendiri, itupun masih lagi berdolak dalik nak beriman semula.
Malah, kalau kita baca dalam Al-quran, banyak betul Allah SWT bagi diskaun dengan bangsa Yahudi ni, banyak keistimewaan yang diberi tak kurang juga pertolongan. Tapi, Yahudi ni insaf sekejap, lepas tu mula balik perangai lama. Timbul persoalan, betulkah mereka ni bangsa yang bijak dan terpilih. Maka, nak faham bangsa Yahudi ni kita perlu lihat semula sejarah mereka lebih kurang 2000 tahun yang lalu.
Semua orang tahu susur galur Yahudi ni bermula dari Nabi Ibrahim A.S dan keturunan baginda, iaitu Nabi Ismail AS dan Nabi Ishaq A.S. Dari susur galur Nabi Ismail A.S lahirlah bangsa Arab, manakala dari Nabi Ishaq A.S lahirlah bangsa Yahudi. Jadinya, bangsa Arab dengan Yahudi ni kira sepupulah atau lebih tepat serumpun (Gibbons, 2000) iaitu rumpun Semitik yang berpangkal galur dari Sam bin Nuh iaitu anak Nabi Nuh A.S. Maka, jika ada yang dikutuk kerana melabel Yahudi sebagai Anti-Semitik, ianya tidak adil sebab Pak Arab pun Semitik juga.
Cuma, Yahudi ni amat bangga dengan susur galur mereka sebab dari keturunan Nabi Ishaq A.S lahirnya ramai para nabi seperti Nabi Ya’qub A.S, Nabi Yusuf AS, Nabi Musa A.S, Nabi Yahya A.S, Nabi Sulaiman A.S dan Nabi Uzair A.S. Manakala, dari jalur keturunan Nabi Ismail A.S pula adalah Nabi Hud A.S, Nabi Salih A.S dan Nabi Shuaib A.S dan Nabi Muhammad S.A.W (Islam.net, 2000).
Tetapi, nama Nabi Ismail A.S jarang atau hampir tidak disebut dalam Taurat atau Injil kecuali semasa pengebumian Nabi Ibrahim A.S di Hebron, (Lings, 1991, m/s 3). Inilah salah satu sebab orang Yahudi memandang enteng keturunan Nabi Ismail A.S. Hikmah dari perkara ini adalah Allah SWT nak simpan nabi yang terbaik di pengakhiran juraian keturunan Nabi Ismail A.S.
Sejak penubuhan negara haram Israel tahun 1946 ramai antara kita yang menganggap Yahudi ni merupakan kaum terpilih, bijak dan sukar untuk ditewaskan. Walau bagaimanapun, sebenarnya jauh ribuan abad sebelum itu, Yahudi pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing seperti Babylon, Parsi, dan Rom malah rumah ibadat mereka pernah dimusnahkan oleh tentera Rom. Jadual dibawah menunjukkan beberapa kuasa asing yang pernah memerintah bangsa Yahudi ketika dahulu (Ramli, 2017).
Tempoh |
Kerajaan |
Peristiwa Utama |
587 sebelum masihi |
Parsi |
Kemusnahan pertama Haykal Sulaiman |
538-333 sebelum masihi |
Babylon |
Yahudi kembali setelah dihalau dari Babylon dan membina Haykal Kedua sekitar tahun 520-515 sebelum masihi |
333-63 sebelum masihi |
Hellenistik (Greek-Parsi) |
Penaklukan tentera Alexander The Great pada tahun 333 sebelum masihi. Greek telah membenarkan Yahudi untuk menguruskan negara mereka sendiri. Tetapi semasa pemerintahan Antiochus IV, Haikal Sulaiman telah dicemari. |
635 sebelum masihi-313 masihi |
Rom |
Tentera Rom diketuai oleh Jeneral Titus telah menawan Jerusalem dan memusnahkan Haikal Kedua pada tahun 70 masehi maka bermula era bangsa Yahudi dihalau dan tersebar di serata dunia (Jews Diaspora) |
313-636 masehi |
Byzantine (Rom Timur) |
Maharaja Constantine menganut agama Kristian dan mengisytiharkan hari Ahad sebagai hari cuti umum. Waktu ini juga diwujudkan Council of Nicea yang membincangkan perkara-perkara penting doktrin Kristian dengan dipengaruhi sedikit kepercayaan pagan lama Romawi. |
636-1099 masehi |
Arab |
Masjid Kubah Batu (Kubah al-sakrah) telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan |
1099-1921 masehi |
Tentera Salib |
Tentera Salib datang dari Eropah untuk menawan Tanah Suci mengikut arahan Paus Urban II, dan berlaku pembantaian beramai-ramai populasi bukan Kristian termasuk Yahudi. |
1291-1516 masehi |
Dinasti Mamluk |
Menamatkan pemerintahan tentera salib di Tanah Suci dan menjadikan Tanah Suci sebagai laluan pedagang antara Mesir dan Syria. |
1516-1918 masehi |
Empayar Uthmaniyyah |
Semasa pemerintah Sultan Sulaiman al-Qanuni (1520-1566 masehi) dinding kota lama Jerusalem dibina kembali. Maka, populasi Yahudi makin meningkat. |
1917-1948 masehi |
British |
British membenarkan orang Yahudi kembali ke Jerusalem dan membina penempatan sehingga terbinanya negara Israel. |
Penguasaan kuasa asing terhadap Bangsa Yahudi
Dari jadual diatas terbukti bangsa Yahudi tidaklah sekuat mana pun. Malah kalau kita teliti, dari zaman Nabi Musa A.S hinggalah Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah, mereka ni sukar atau tak pernah bangkit dari ditindas. Pernah sampai satu tahap, selepas lari dari Firaun merentas Laut Merah, mereka terpaksa merayau – rayau di tanah gersang selama 40 tahun (Israel Defence Force, 2015) semata-mata nak kembali ke Tanah Yang Dijanjikan yang mereka percaya bumi Palestin pada hari ini.
Timbul persoalan, macam mana Yahudi boleh kuat sampai hari ini, mereka kuasai boleh dikatakan hampir semua aspek kehidupan kita terutamanya tentang ekonomi. Ada dua faktor utama yang menyebabkan Yahudi menjadi kuat di penghujung kurun ke-18. Faktor yang pertama adalah kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan faktor kedua adalah kemunculan individu berpengaruh dari kaum Yahudi yang nampak ruang dan peluang semasa Revolusi Industri di Eropah.
Menjengah abad ke-19 Empayar Uthmaniyyah mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan bibit-bibit kejatuhan. Perkara ini disebabkan oleh kegagalan pemerintah Uthmaniyyah pada abad tersebut untuk bersaing dengan negara-negara Eropah di kelilingnya dan ditambah pula dengan hutang keliling pinggang. Untuk mengatasi masalah ini Sultan Mahmud II (20 July 1785 – 1 July 1839) mula melancarkan pembaharuan yang dinamakan Tanzimat atau Pembaharuan (Mango, 2010), seperti wawasan yang pernah kita ada dulu dengan harapan dapat menjadikan Empayar Uthmaniyyah kuat semula sewaktu zaman Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menawan Kota Constantinople.
Zaman pembaharuan ini sebenarnya banyak mengikut acuan barat, sebagai contoh serban yang pernah dipakai oleh sultan-sultan Uthmaniyyah ditukar kepada tarbus, jubah ditukar kepada kot, sistem pentadbiran Kerajaan dan kewangan semuanya dirombak mengikut acuan Barat, pendek kata Tanzimat ni memberi impak kepada keseluruhan hidup negara yang bernaung dibawah Empayar Turki Uthmaniyah. Tapi malangnya, pembaharuan ini tidak berjaya, sehinggalah Empayar Turki Uthmaniyyah dibubarkan dan berdirinya Kerajaan Republik Turki yang baharu pada tahun 1926.
Pada abad yang sama kebanyakan negara-negara di Eropah semakin maju dari segenap aspek ekonomi, sains dan teknologi dan sedang mengalami Revolusi Industri. Pada waktu tersebut, boleh dikatakan kebanyakan urusan yang melibatkan kewangan di Eropah dikuasai oleh orang Yahudi dan salah seorangnya adalah Mayer Amschel Rothschild yang hidup antara 23 Februari 1744 – 19 September 1812 (The Rothschild Archive, 2009).
Walaupun menguasai sektor kewangan, tetapi orang-orang Yahudi ketika itu tidaklah terlalu berani sampai menuntut tanah untuk mereka. Melalui keluarga Rothschild inilah Yahudi mula menguasai dunia. Lima orang anak lelaki Mayer Amschel Rothschild dihantar untuk buka bank di lima bandar utama di Eropah iaitu di Jerman (Frankfurt), Itali (Naples), Austria (Vienna), Britain (London) dan Perancis.
Sejak dari itu, pembiayaan untuk membangunkan ekonomi negara-negara Eropah memang banyak bergantung dari keluarga ini dan keluarga Yahudi yang lain termasuk pembiayaan untuk Perang Dunia Pertama dan Kedua dan juga kepentingan dalam Terusan Suez. Apabila wang dan ekonomi (hutang Empayar Turki Uthmaniyyah dengan bank-bank Eropah) dah mereka kuasai maka mudahlah untuk mereka menguasai pemimpin-pemimpin dunia sehinggalah membolehkan Theodore Herzl (1860-1904) menggunakan pengaruhnya untuk memujuk British memberikan tanah Palestin untuk membina negara Yahudi walaupun Sultan Abdul Hamid II bermati-matian tidak mahu menyerahkan tanah kiblat pertama umat islam itu.
Berdasarkan huraian yang diberikan, wajarkah kita kita selaku umat islam terlalu kerap sangat mengatakan Yahudi ini bangsa terpillih, bijak dan sebagainya. Yahudi berjaya menguasai dunia disebabkan mereka bersatu dan belajar dari jerih payah penindasan yang dihadapi berabad lamanya. Selain itu, mereka juga rajin dan cekap menghidu ruang dan peluang untuk berjaya, sehingga dikatakan dalam sesebuah peperangan, orang Yahudi sebenarnya memberi bantuan kepada kedua-dua belah pihak agar peratusan menang dan kalah mereka adalah 50-50. Jadi benarlah janji Allah SWT, yang berusaha keras akan berjaya.
Memang benar dalam Al-quran banyak menceritakan tentang Bani Israel atau Yahudi dan juga memuji mereka. Tetapi, kita jangan lupa banyak juga ayat Al-quran yang mengutuk Bani Israel dek kedegilan dan keangkuhan mereka. Bani Israel dijadikan contoh dalam Al-quran agar kita mengambil iktibar bahawa yang dipuji juga akan dikeji kalau ingkar perintah Tuhan.
Sebaliknya, kita perlu renung dalam-dalam akan firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka.
Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.). Melalui jaminan Allah SWT ini sepatutnya menjadi motivasi kepada kita agar terus menempa kejayaan seterusnya menjadi contoh kepada umat lain, bukannya asyik meratib dan takut kepada Israel dan sekutunya. Yahudi ada otak, kita pun ada otak, Yahudi ada dua tangan kita pun ada dua tangan. Jadi tak ada bezanya kita dengan mereka, yang berbeza cuma usaha kita sahaja.
RUJUKAN:
Gibbons, Ann. (2000, October 30). Jews and Arabs share recent ancestry. Science | AAAS. https://www.science.org/content/article/jews-and-arabs-share-recent-ancestry
Islam.net. (2000, May 18). Number of Prophets and those who are Arabs – Islamweb – Fatwas. إسلام ويب – سعادة تمتد. https://www.islamweb.net/en/fatwa/81951/number-of-prophets-and-those-who-are-arabs
Israel Defense Force. (2015, April 8). Jewish people’s 3,000 year-old connection to the desert remains strong. https://www.idf.il/en/minisites/training-and-preparation/jewish-people-s-3-000-year-old-connection-to-the-desert-remains-strong/
Lings, M. (1991). Muhammad: His life based on the earliest sources. Dar Al Wahi Publication.
Mango, A. (2010). From the Sultan to ataturk: Turkey. Haus Publishing.
Ramli, M. D. (2017). Sejarah Yahudi. Hijaz Record Publishing.
The Rothschild Archive. (2009). Exhibitions ‹ Rothschild timeline :: The Rothschild archive. Home :: The Rothschild Archive. https://www.rothschildarchive.org/exhibitions/timeline/
Artikel dikirimkan oleh Khairul Ashraff untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih