Ramai pula percaya yang dunia akan mengalami masalah kekurangan bekalan. Untuk menambahkan rencah rasa sesuatu isu, selitkan dengan kemunculan Masih ad-Dajjal. Entah kenapa, semua unsur menakut-nakutkan orang awam mesti sebut nama Dajjal.
Dari segi agama, cara ini sangat salah… kerana ia meringankan ketakutan terhadap Dajjal. Tahun ini cakap pasal Dajjal. Tahun depan cakap pasal Dajjal. 10 tahun ulas pasal Dajjal.
Alih-alih Dajjal tidak kelaur sampai tahun 2335… waktu itu tiada siapa kisah pasal Dajjal, kerana benda asyik disebut-sebut akhirnya hilang kejituannya.
Selain daripada cerita Dajjal, ada yang cakap tahun ini akan berlaku macam-macam masalah besar. Ramal habis katanya Malaysia akan hilang bekalan makanan. Yang kurang sedapnya, ramai menyahut saranan untuk beli barang banyak-banyak.
Ini yang kurang sedap, katanya untuk mencegah daripada masalah kekurangan barangan.
Jujur cakap – boleh naik mental juga kalau fikir: 1) kau cakap kau khuatir negara ada masalah kekurangan barangan.
Jadi apa kau buat? 2) Kau beli barangan lebih daripada keperluan bulanan kau. Bukankah tindakan kau menyumbang pada masalah kekurangan barangan?
Jika negara menghasilkan beras untuk 10 juta orang sebulan, datang 100,000 orang yang beli berlebihan – bukankah kalangan 10 juta ini akan terjejas?
Nasib Sebuah Negara Bernama Malaysia
Tiada siapa mampu bersedia untuk menghadapi banjir yang menenggelamkan Malaysia tempoh hari. Sudahlah 2020 hambar dengan COVID-19. 2021 kena pula banjir besar.
Maka 2022 adalah tahun yang mana Malaysia perlu bangun semula daripada kemelut pasca-bencana… dan spekulasi dan ramalan dangkal adalah perkara terakhir yang patut dibuat.
Kena faham satu benda. Banjir besar berlaku ketika Malaysia menghampiri musim-musim perayaan. Tahun Baru Cina dan Ramadan hanya dipisahkan dengan dua bulan sahaja.
Dalam masa dua bulan ini, patutnya penternak itik kerja keras. Tetapi banjir besar membunuhkan 8,000 ekor itik di sebuah ladang Johor. Itu baru seorang yang tidak mampu memenuhi permintaan telur masin.
Belum lagi kes-kes kebun sayur yang binasa (Adam, 2022), sekali gus menjejaskan bekalan cili dan sayur-sayuran hijau ketika permintaan kekal tinggi.
Jadi jika semua pakat memborong banyak-banyak, memang dasar pentingkan diri sendiri namanya.
Kononnya ingin bertahan lama – ayam beli 10 ekor. Daging 10 kilogram. Sayur pula simpan banyak-banyak. Akhir sekali Malaysia dalam keadaan sedang pulih terjejas habis kerana benar-benar kurang bekalan.
Tekanan Antarabangsa
Situasi Malaysia berlaku pula pada ketika McDonald’s ingin mengurangkan pilihan kentang goreng.
Sekarang ini McDonald’s membuat keputusan untuk batalkan Large French Fries sebagai pelan tindakan mengharungi kekurangan bekalan ubi.
Sesungguhnya tindakan ini adalah untuk mengekalkan potensi pelanggan kerana memastikan “semua dapat merasa”.
Masalah kekurangan bekalan ubi adalah kerana dua isu utama: 1) kulat ubi yang menular di Canada dan 2) hujan terlalu lebat di Afrika Selatan (Nosowitz, 2022).
Canada pun telah mengambil tindakan proaktif, dengan melarang pengeksportan ubi ke Amerika Syarikat untuk menampung permintaan tempatan.
Itu yang sedang berlaku sekarang. Bencana cuaca adalah perkara biasa dalam hukum-hakam pemakanan. Langkah waspada adalah tindakan yang bagus. Ia menunjukkan bahawa rakyat benar-benar celik tentang isu alam.
Tetapi galakan supaya barangan ditimba habis-habisan sememangnya suatu keputusan salah. Sepatutnya barangan harus dicatu supaya semua dapat peluang untuk merasa. Itu yang McDonald’s buat. Catu French fries supaya semua dapat merasa.
Dan isu yang berlarutan ini hanyalah sementara. Dengan dasar yang betul, dunia boleh kembali seperti biasa dalam tempoh 100 hari.
RUJUKAN:
Adam, A. (2022, Januari 13). Report: Malaysia faces food shortages for CNY and Ramadan after floods wipe out farms. Malay Mail.
Nosowitz, D. (2022, Januari 15). Is a Potato Shortage Affecting French Fries From Japan to Kenya? Modern Farmer.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih