Jadi, di dalam penulisan kali ini, kita akan melihat latarbelakang sejarah bagaimana sekumpulan ‘mastermind’ menyusun strategi mereka dalam menyampaikan kod rahsia Morse mereka di dalam sebuah lagu. Lagu yang biasa pada para pendengar umum, tetapi disebaliknya, ia merupakan mesej kepada sebuah harapan kelangsungan hidup.

T3BUSAN SELAMA 12 TAHUN

Kisah bersejarah ini bermula tidak awal dan tidak akhir, tetapi ia dipastikan bermula daripada buah idea seorang kolonel yang berkemahiran tinggi dalam teknik komunikasi di dalam ketenteraan iaitu Kolonel Jose Espajo yang telah berkhidmat selama 22 tahun.

Sebelum beliau berundur diri daripada bidang ketenteraan, beliau telah menyusun sebuah strategi untuk menyelamatkan para t3busan yang ditahan oleh kumpulan pengg4nas Fuerzas Armadas Revolucionarias de Colombia (FRCA) atau Tentera Revolusi Columbia (TRC). TRC merupakan sebuah kumpulan yang disertai oleh masyarakat Columbia tempatan yang berfahaman komunis. Mengikut laporan rasmi dari International Crisis Group, keanggotaan TRC meningkat dari 8,000 orang anggota ke 10,000 orang anggota pada tahun 2010.

Sepanjang satu dekad lepas, kumpulan pengg4nas TRC telah menculik seramai 6,880 orang dari masyarakat Columbia sendiri dan dari Amerika Syarikat. Pencul!kan mereka tidak lain tidak bukan hanya menginginkan wang untuk membiayai operasi gerila mereka sahaja. Pihak pentadbiran Amerika Syarikat melabelkan kumpulan pengg4nas TRC sebagai kumpulan pengg4nas berprofil tinggi. Di dalam ribuan orang yang diculik, terdapat seramai 500 orang yang dikenalpasti datang daripada latarbelakang tentera, polis dan orang politik kenamaan di Columbia.

Diantara para t3busan yang diculik, ada yang ditahan dan dikurung selama 12-13 tahun lamanya. Tempoh waktu yang sangat lama dan menyeksakan. Kem tahanan TRC selalunya berlokasi di tengah-tengah hutan ataupun di sesebuah kampung pendalaman. Jadinya, kebanyakan operasi penyelamatan amat sulit dicapai oleh pasukan penyelamat, ditambah pula dengan pengawalan ketat selama 24 jam oleh kumpulan pengg4nas TRC yang menempatkan para tahanan.

Pelbagai operasi penyelamatan yang dikerahkan oleh pemerintah Columbia seperti Operasi Chameleon, sebuah operasi penyelamatan yang diselenggera selama 6 bulan lamanya yang disertai seramai 300 anggota tentera. Tetapi operasi untuk menyelamatkan ini gagal apabila kumpulan pengg4nas TRC yang mengawal kem tahanan, ternampak kelibat pasukan penyelamat lalu membunuh para tahanan. Walaupun ada yang diselamatkan di dalam operasi ini, tetapi terbunuhnya t3busan yang lain membuatkan pihak pemerintah Columbia mencari jalan yang lain untuk membebaskan para t3busan.

Dalam peristiwa ini, Kolonel Jose bertanggungjawab untuk menyemarakkan semangat para t3busan di luar sana yang pemerintah Columbia tidak akan berhenti mencari cara untuk menyelamatkan mereka.

DENDANGAN SEBUAH HARAPAN

Kolonel Jose Espajo memerlukan sebuah cara untuk menyampaikan mesej kepada para tahanan. Mesej awal penyelamatan untuk para tahanan sentiasa bersiap sedia dibawa keluar oleh pasukan penyelamat. Mesej yang menunjukkan mereka tidak diabaikan oleh pemerintah.

Kolonel Jose Espajo mula merekrut beberapa orang yang berkemahiran untuk menjalankan misi rahsia. Menyampaikan mesej untuk para t3busan.

Kolonel Jose Espajo mengundang salah seorang pencipta iklan paling kontroversial di Columbia iaitu Juan Carlos Ortiz. Juan merupakan salah satu individu yang diburu oleh kumpulan pengg4nas TRC di Columbia setelah beliau menghasilkan sebuah iklan anti-dadah khususnya kokain. Daripada hasil iklan yang pendek tersebut, TRC yang kebanyakan biaya operasi dan persenjataan mereka yang terhasil daripada hasil penjualan kokain, berasa sangat takut dengan ancaman yang mampu membuatkan jualan dan pesanan mereka berkurangan. Dengan penayangan iklan sebegitu, ia secara tidak langsung mampu menyebabkan kesan yang buruk ke atas penjualan kokain yang diseludup oleh TRC.

Selain Ortiz, Kolonel Jose juga meminta bantuan daripada beberapa orang yang profesional dalam bidang menciptakan iklan-iklan ternama di Columbia seperti Rodrigo Bolivar, Alfonso Diaz, Mario León dan Luis Castilla. Daripada hasil gabungan kesemua ini, mereka mula mencari jalan yang kreatif untuk menyampaikan mesej dan pesanan kepada para tahanan.

Hasil daripada pelbagai pendapat, mereka menyetujui untuk menyampaikan mesej rahsia kepada para tahanan melalui siaran radio. Kenapa mereka memilih radio? Kenapa mereka tidak memilih televisyen? Facebook? atau Youtube? Ini kerana, radio merupakan satu-satunya benda yang disediakan oleh kumpulan pengg4nas TRC kepada para tahanan. Jadinya, para tahanan hanya mempunyai akses radio untuk terus mengetahui keadaan dunia luar. Dan di Columbia, kerajaan menguasai kesemua stesen radio.

Tetapi bagaimana? Adakah mereka akan terus bercakap di radio: “Hello, kami datang akan menyelamatkan anda semua wahai para tahanan yang kesepian daripada cengkaman pengg4nas yang hodoh..”.

Tidak.

Mereka akan menyampaikan kod mesej rahsia Morse melalui siaran radio. Kod Morse ini hanya diketahui oleh para tentera Columbia yang ditahan sebagai t3busan, tetapi kod ini tidak mampu dibaca oleh TRC kerana kebanyakan dari mereka hanyalah dari kalangan masyarakat biasa yang tiada dasar ilmu pengetahuan mengenai Morse. Kebanyakan manusia yang mengetahui kod Morse mampu membaca 40 signal Morse dalam masa satu minit sahaja.

Tetapi bagaimana mereka ingin menyampaikan mesej kepada para t3busan? Kalau disampaikan mesej berbunyi ‘bip’ ‘bip’ dan ‘bip’, bukankah ia akan menimbulkan keraguan di kalangan para pengg4nas TRC? Jikalau mesej ini diketahui dan dapat dipecahkan oleh TRC, adakah kesemua t3busan akan selamat? Jawapannya, mereka semua akan menjadi jasad tanpa nyawa.

Jadinya, setelah Kolonel Jose dan para rekrutannya bertukar buah fikiran dan melalui perbincangan yang panjang, maka mereka sepakat ingin memasukkan mesej kod Morse di dalam sebuah lagu. Lagu yang baharu. Lagu yang sedap didengar dan didendangkan oleh para pendengarnya. Lagu yang diciptakan wajib memasuki carta ‘Lista 40″ — Colombia’s Billboard’, iaitu sebuah carta lagu yang memuatkan lagu-lagu popular dari seluruh dunia di stesen radio.

Kisahnya pembuatan lagunya sangat lama dan panjang, tetapi saya ringkaskan.

Setelah idea untuk memasukkan kod Morse di dalam lagu diterima oleh semua pihak, maka mereka pun bertungkus lumus mempersiapkan segalanya. Pada mulanya, mereka mencuba menyampaikan kod Morse melalui kesemua alat muzik daripada piano sehinggalah gitar. Kod Morse mempunyai 26 abjad dan 10 nombor sahaja. Untuk memasukkan kod Morse di dalam sebuah lagu tidak semudah yang disangkakan. Setelah mencuba berapa kod Morse yang sesuai diletakkan di dalam sebuah lagu, maka mereka memilih hanya 20 patah perkataan sahaja yang sesuai dimasukkan tanpa mencacatkan lagu ataupun mesej tersebut.

Maka, setelah kesemuanya sudah dikaji dan diteliti, mereka meminta bantuan daripada beberapa orang anggota askar yang mahir dalam kod Morse untuk menyusun 20 patah perkataan kod Morse. 20 kod tersebut adalah:

“.—- —-. / .-.. ..-… . .-. .-..—… / … .. — . .. – . -. /
..- … – . -.. . … / .- -. .. — —”

“19 Liberados. Siguen Ustedes. Animo”.

“19 Orang Telah Diselamatkan. Kamu Seterusnya. Jangan Hilang Harapan”.

Mesej kod ini bertujuan untuk membakar semangat para t3busan, khususnya kepada t3busan yang ditahan selama bertahun-tahun lamanya tanpa menerima sebarang bantuan penyelamatan.

Lirik lagu pun mula ditulis oleh seorang produser, Carlos Portela dan dibantu oleh seorang komposer, Amaury Hernandez. Kedua orang mereka ini direkrut oleh Kolonel Jose untuk menyiapkan sebuah lagu popular yang bakal diputar berulang kali di seluruh Columbia. Setelah selesai bahagian tersebut, maka Kolonel Jose merekrut seorang penyanyi tidak dikenali yang memakai nama samaran ‘Natalia Gutierrez Y Angelo’, yang mana nama sebenar penyanyi tersebut tidak didedahkan kepada umum atas tujuan keselamatan. Kesemua lagu ini disunting menggunakan perisian Propellerhead Reason, yang mana perisian ini menggabungkan lirik, latar belakang muzik dan kod Morse dalam sebuah lagu sehinggakan penyampaian kod Morse ini tidak akan mudah didengar kecuali bagi para pembaca kod Morse. Lagu ini direkod di sebuah studio kecil yang bernama The Bemba Radio.

Akhir sekali, tepat pada bulan September 2010, lagu ini dilancarkan dan diperdengarkan di stesen-stesen radio di seluruh Columbia. Lagu ini diberikan judul ‘Mejores Dias’ atau ‘Better Days’.

Setiap kod Morse ini diselitkan diantara lirik dan muzik sebanyak tiga kali iaitu:

Better Days.

In the middle of the night
Thinking about what I love the most
I feel the need to sing
What my heart has to give
I talk about those I love
About how much I miss them
I talk about pride and strength
Which beat inside my heart

[CHORUS]
A new dawn singing this message
From my heart
Although I’m tied up and alone
I feel as if I’m by your side
Listen to this message, brother

[MORSE MESSAGE]
19 people rescued. You’re next. Don’t lose hope

[VERSE 2]
I want to keep on fighting
For my friends, my family, my children
We will soon see each other again
I’m sure better days are coming

[CHORUS x 2]

Kalau anda melihat muzik video dibawah, anda boleh mendengar kod Morse ini pada minit, 1:30, 2:30 dan 3:30. Bip Bip Bip. Jikalau anda mendengar lagu ini pertama kali dan memahami liriknya, pasti anda akan berasa ia sebuah lagu yang membawa tema kebebasan tanpa ada apa-apa rahsia disebaliknya. Mesej yang disampaikan di dalam lagu ini pun amat tepat dengan penyampaian mesej kod Morsenya. Anda boleh melihat pada rangkap “Listen to this message, brothers..”, maka setelah itu kod Morse dimainkan. Lagu ini diputarkan di 130 stesen radio di seluruh negara dan hasilnya, ia didengari oleh 3 juta pendengar.

Sejak lagu ini mula diputarkan kepada umum, lagu ini tidaklah sepopular bagi para pendengar di beberapa kota utama di Columbia, tetapi ia mendapat perhatian meluas di kawasan-kawasan yang dikuasai dan dihuni oleh kumpulan pengg4nas TRC. Hutan-hutan yang menempatkan para t3busan mula bergema mendendangkan lagu ini. Mesej dari Kolonel Jose akhirnya sampai dan didengari oleh para t3busan.

Para t3busan yang mengetahui kod rahsia yang disampaikan daripada lagu ini memberikan mereka semangat untuk hidup semula. Langit yang pada mulanya gelap kesepian tanpa nyawa, bertukar menjadi sinaran cahaya yang membentangi dunia. Jasad yang sudah lemah menjadi kuat seperti sediakala. Harapan yang hilang, perlahan mengakar kembali di dalam jiwa.

Animo. Jangan putus asa.

Perundingan demi perundingan diantara pemerintah Columbia dan kumpulan pengg4nas TRC membuahkan hasil sedikit demi sedikit. Pada penghujung bulan Disember 2010, TRC mengumumkan untuk membebaskan lima orang t3busan yang diantaranya adalah polis, ahli politik dan anggota askar atas dasar sifat kemanusiaan. Dua bulan kemudian, dua orang kenamaan dibebaskan juga oleh TRC. Setelah itu, beberapa anggota polis dan beberapa orang t3busan yang ditahan selama 14 tahun juga dibebaskan oleh TRC.

Pada tahun 2011, pihak tentera Columbia mengizinkan untuk menguar-uarkan kisah disebalik lagu Better Days kepada umum dan lagu ini dibenarkan untuk masuk bertanding di dalam anugerah ‘Cannes Lion International Festival of Creativity’. Dan hasilnya, lagu ini memenangi anugerah di festival tersebut.

Begitulah serba sedikit perjalanan kisah pendek bagaimana sebuah lagu yang pada mulanya hanya diciptakan sebagai topeng menutupi wajah akhirnya menjadi segunung mahakarya yang lebih penting daripada segala-galanya. Mahakarya yang mampu mengembalikan semula semangat manusia yang sirna.

RUJUKAN:

  1. The Code: A Declassified And Unbeliavable Hostage Rescue Story, The Verge, 2015.
  2. 6 Mesej Rahsia Yang Dihantar Oleh T3busan Untuk Diselamatkan oleh Kay Suhaimi, Iluminasi, 2019.
  3. The Great Colombian Morse Code Song oleh Paul Dancste, Explotarium.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.