Baru-baru ini, seorang mahasiswa sebuah universiti tempatan membuat kejutan dengan membuat tabik N4zi dalam satu majlis konvokesyen universiti berkenaan. Bila ditanya motifnya berbuat demikian, alasannya ialah mahu menunjukkan solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin sambil menyatakan apa yang dilakukan 4d0lf Hitl3r semasa P3rang Dunia Kedua (WWII) itu tepat. Masalahnya, si bendul ini tidak sedar sisi perkauman N4zisme yang dibawa mereka pada dekad 30-an dan WWII.

Selepas kebangkitan Hitl3r dan N4zisme pada tahun 30-an, antara matlamat mereka seperti digariskan dalam bukunya M3in K4mpf (Perjuanganku) ialah menubuhkan satu sistem perundangan berasaskan bangsa. Rejim menganggap diri mereka sebagai p3juang revolusi dan mempunyai matlamat membentuk semula masyarakat kepada komuniti 4ryan kebangsaan yang bersifat satu kaum sahaja (Volksgemeinschaft). Tetapi idea ini bersifat fantasi dan satu-satunya cara rejim N4zi Jerman mencapai matlamat ini ialah melalui diskriminasi, pemulauan dan pembvnvhan sesiapa yang dianggap tidak layak dengan kerangka masyarakat 4ryan yang sempurna.

Sesiapa saja yang dianggap lemah atau menyeleweng seperti golongan orang kelainan upaya atau ada kecenderungan hubungan sejenis akan dih4puskan. Begitu juga dengan golongan yang dianggap orang asing di Jerman ketika itu seperti orang Y4hudi, golongan Gipsi (termasuk golongan Roma dan Sinti), Slavik dan orang kulit hitam. Bagi kelompok N4zi, kelompok Y4hudi dianggap halangan utama untuk mewujudkan bangsa 4ryan yang unggul. Sentimen ini sudah lama timbul daripada sikap ganas masyarakat Kristian terhadap orang Y4hudi sejak beberapa abad yang lalu sehingga menjadi satu kebiasaan sosial ketika itu.

Dengan melihat perlakuan kejam mereka sepanjang WWII, terdapat tiga fasa perbuatan yang dilakukan rejim N4zi ke atas kelompok-kelompok yang dinyatakan di atas. Semasa fasa pertama iaitu pada tahun 1933 hingga 1934, matlamat utama mereka ialah mengasingkan orang Y4hudi dari kehidupan awam. Banyak perkara dilakukan seperti memboikot semua bentuk perniagaan Y4hudi secara agresif dan melarang mereka bekerja di sektor awam atau mempraktikkan undang-undang.

Tetapi perlu diingat, polisi perkauman rejim tidak hanya ditujukan kepada kaum Y4hudi semata-mata. Seawal musim panas 1933, rejim meluluskan undang-undang membenarkan pemandulan secara paksa ke atas mana-mana individu yang dianggap cacat sejak dari lahir. Pada akhir WWII, lebih 300,000 individu menjadi mangsa undang-undang tidak berperikemanusiaan itu.

Pada tahun 1935, rejim N4zi melancarkan fasa kedua pemburuan ke atas orang-orang Y4hudi. Matlamat fasa ini ialah pemisahan secara biologi melalui proses diskriminasi yang sah dari segi undang-undang. Fasa ini dimulakan dengan gerakan-gerakan rusuhan anti-Semitik yang dilancarkan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg diluluskan di mana ia melarang perkahwinan orang Y4hudi dengan orang Jerman sebelum larangan itu diperluaskan kepada orang kulit hitam dan golongan Gipsi.

Tetapi ketakutan kepada orang berdarah campuran ini terus wujud. Pada tahun 1937, anak-anak berdarah campur dari Rhineland disasarkan untuk menjalani proses pemandulan secara paksa. 385 kanak-kanak dipaksa melalui proses vasektomi itu. Salah seorang daripada mereka ialah Hans Hauck, seorang lelaki berdarah Jerman-Algeria di mana bapanya ialah seorang tentera Algeria.

Dalam keterangannya dalam sebuah dokumentari bertajuk Hitl3r’s Forgotten Victims, Hauck mendedahkan dia dibawa ke sebuah kemudahan perubatan secara rahsia untuk menjalani proses vasektomi. Selepas itu, dia diberi sehelai sijil pemandulan yang membenarkannya bekerja dan dipaksa menandatangani satu perjanjian yang melarangnya berkahwin atau mengadakan hubungan kelamin dengan wanita Jerman. Dia menambah, “Ia sangat menekan jiwa dan satu bentuk penindasan. Saya merasakan diri saya separuh manusia.”

Bila Heinrich Himler dilantik sebagai ketua polis Jerman pada tahun 1936, aktiviti penindasan ke atas bangsa-bangsa lain terus digiatkan. Selain mengehadkan perkahwinan, Undang-Undang Nuremberg turut memaksa pengehadan perjalanan golongan gipsi dilaksanakan pada tahun sama melalui tahanan di kem khas. Yang pasti, akhir dekad 30-an menyaksikan ramai kelompok yang dianggap terpinggir dari segi sosial diganggu, ditahan, tiada peluang mendapat pekerjaan dan pendidikan serta dianggap tiada negara. Sesiapa yang cuba menentang akan dibunuh seperti kes Hilarius Gilges. Gilges yang berdarah kacukan merupakan penentang rejim yang aktif dan sebagai balasan, dia diculik dan dibvnvh oleh rejim pada tahun 1933.

Tetapi fasa yang paling radikal muncul pada tahun 1938. Fasa ini menyaksikan orang Y4hudi dibuang semua hak mereka melalui pengenalan lebih banyak undang-undang anti-Semitik ketika itu. Ia dicetuskan oleh pelbagai rusuhan dan tunjuk perasaan penyokong rejim termasuk Kr!stallnacht (Malam Kaca Pecah) dari musim panas hingga 9 November 1938 (tarikh peristiwa Kr!stallnacht). Harta-harta mereka bukan saja dirampas bahkan mereka juga akan diusir keluar dari Jerman dan ditahan di kem-kem tahanan. Selepas kejayaan kempen Blitzkrieg yang menyaksikan sebahagian besar Eropah jatuh ke tangan rejim, ini membolehkan polisi ini dilaksanakan dengan lebih meluas termasuk pembvnvhan beramai-ramai.

Rajah 1: Orang-orang Y4hudi dipaksa berarak sambil membawa Star of David pada malam peristiwa Kr1stallnacht.

Seawal Ogos 1939, rejim mengarahkan semua kanak-kanak cacat di Jerman didaftarkan. Untuk tahun-tahun berikutnya, lebih 5,000 kanak-kanak dipindahkan ke ‘jabatan kanak-kanak’ dan dibvnvh. Tidak lama selepas WWII meletus, rejim N4zi turut melaksanakan kempen e*tanasia yang dikenali sebagai T4 dengan sasaran termasuklah pesakit mental. Lebih 70,000 orang dibvnvh dengan kebanyakan mereka dibvnvh selepas terhidu gas dalam kebuk gas yang disediakan di enam pusat pembvnvhan khas. Walaupun program ini dibatalkan pada tahun 1941, ia diteruskan dalam bentuk unit-unit tempatan yang beroperasi di negara-negara yang dijajah.

Rajah 2: Contoh program eutanasia ke atas kanak-kanak Sindrom Down di Hospital Psikiatri Schonbrunn pada tahun 1934.

Tidak lama selepas p3rang bermula, unit khas Schvtzst4ff3n (SS) membvnuh ramai pesakit mental di Poland sama ada dengan men3mbak atau meletakkan mereka dalam kebuk gas. Semasa permulaan p3rang menerusi s3rangan di Poland, unit-unit khas SS membvnuh lebih 10,000 anggota keluarga elit Poland termasuk ribuan orang Y4hudi. Ini merupakan pengenalan kepada aktiviti penghapusan etnik yang kemudiannya dijalankan semasa tahun-tahun WWII.

Dengan sebahagian besar Eropah jatuh ke tangan N4zi, rejim sudah memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan mereka. Satu daripada idea yang dicadangkan ialah Pelan Madagascar. Sebelum idea ini timbul, 1.7 juta orang Y4hudi akan dipindahkan dari seluruh Poland ke satu kawasan di Lubin yang dipanggil Kerajaan Awam. Ini merupakan sebahagian daripada usaha petempatan semula mereka dengan pelaksana program ini ialah Himler yang juga ketua SS. Pelan ini seharusnya membenarkan lebih ramai peneroka Jerman duduk di kawasan-kawasan yang dikosongkan di Poland tetapi tidak berhasil.

Ini disusuli dengan Pelan Madagascar di mana selepas kejatuhan Perancis dalam kempen Blitzkrieg, rancangan rejim seterusnya ialah memindahkan orang-orang Y4hudi ke Madagascar yang ketika itu merupakan jajahan Perancis. Tetapi pelan ini juga berhadapan masalah dalam bentuk Tentera Laut Diraja Britain (British Royal Navy). Seperti mana kelompok kapal selam Wolfpacks yang menjadi igauan ngeri konvoi pihak Bersekutu di Lautan Atlantik, pasukan tentera laut Britain menguasai laluan laut penting di Terusan Suez. Justeru, sebarang cubaan untuk memindahkan mereka melalui Suez pasti akan dipatahkan dengan mudah.

Bila rejim melancarkan Operasi Barbarossa pada musim panas 1941, ia dilihat akan merealisasikan cita-cita Hitl3r dalam M3in K4mpfnya yang mahukan satu ruangan kehidupan (L3bensraum) diwujudkan di Kesatuan Soviet. Kempen tersebut bukan sekadar kempen mengeksploitasi peluang ekonomi yang wujud di Rusia tetapi juga kempen p3rang pengh4pusan kaum. Ini termasuklah Generalplan Ost, satu pelan pengh4pusan etnik Slavik di Eropah Tengah dan Eropah Timur semasa WWII. Pelan ini merangkumi rancangan perhambaan, pengusiran secara paksa dan pembvnvhan beramai-ramai ke atas orang Slavik dan Baltik yang dianggap lemah berbanding orang 4ryan.

Semasa kempen di Kesatuan Soviet berlangsung, Himler menubuhkan satu unit dikenali sebagai 3insatzgruppen (unit petugas khas). 3insatzgruppen merupakan unit khas SS yang ditugaskan untuk satu tujuan: pengh4pusan orang-orang Y4hudi dan tentera Soviet yang menentang tentera rejim. Pada mulanya, orang-orang yang dibvnvh ini ditembak mati sebelum sebuah kubur besar digali untuk mengebumikan mereka. Apabila perbuatan ini memakan masa lama, kumpulan-kumpulan yang akan dibvnvh akan diarah menggali sebuah kubur besar sebelum mereka diarah berdiri di depannya. Tatkala itulah, 3insatzgruppen men3mbak mereka sehingga mati. Setiap kubur akan diisi dengan lapisan-lapisan m4yat yang bertindih.

Rajah 3: Contoh keganasan yang dilakukan oleh 3insatzgruppen pada tahun 1942.

Tetapi selepas beberapa lama, ia memberi kesan negatif kepada keadaan psikologi unit itu. Ini mendorong Himler mencari kaedah pembvnvhan lain yang lebih efektif. Ini membawa kepada penggunaan kebuk gas dan van gas. Satu kempen yang paling memberi kesan ialah pembvnvhan beramai-ramai di Babi Yar, sebuah gaung berhampiran Kiev, Ukraine pada tahun 1941. Kempen tersebut menyaksikan 33,000 orang Y4hudi terdiri daripada lelaki, perempuan, kanak-kanak dan warga emas dikumpulkan dalam gaung berkenaan dalam keadaan bogel sebelum dit3mbak mati pasukan 3insatzgruppen.

Rajah 4: Lukisan gambaran pembvnvhan beramai-ramai orang Y4hudi di Gaung Babi Yar, Kiev, Ukraine oleh Felix Limbersky pada tahun 2011.

Bermula pertengahan tahun 1941, N4zi Jerman mula mengusir ramai orang Y4hudi dari wilayah jajahan mereka ke gheto-gheto di Eropah Timur seperti Lodz, Minsk dan Riga. Hitl3r mengambil keputusan mengaktifkan rancangan Generalplan Obst walaupun tahu kejayaan rancangan itu bergantung kepada kejayaan mereka menakluk Moscow. Tetapi selepas pihak Soviet berjaya memaksa tentera W3hrmacht berundur dalam P3rtempuran Moscow, itu tidak lagi menjadi keutamaan. Yang penting, seberapa ramai kelompok yang dianggap kanser ini harus dihapuskan secepat mungkin. Ini yang membawa kepada perlaksanaan rancangan Solusi Terakhir (Final Solution) yang dibentangkan dalam Persidangan Wannsee pada tahun 1942.

Bermula pada Mei 1942, pembvnvhan sistematik orang Y4hudi dan Slavik di seluruh Eropah dilaksanakan. Pengusiran dilaksanakan secara besar-besaran antara Mei hingga Julai 1942 dengan dua lagi kem yang menjadi mimpi ngeri kepada komuniti itu dibuka iaitu Sobibor dan Treblinka. Pada awalnya, golongan yang terpilih ialah Y4hudi Jerman dan Slovakia di mana mereka dihantar terus ke Auschwitz. Dari situ, mereka akan dipilih sama ada sesuai sebagai buruh paksa atau tidak sebelum mana-mana yang tidak terpilih dihantar ke kebuk-kebuk gas untuk dibvnvh.

Sedikit demi sedikit, pengusiran ini diperluaskan ke seluruh wilayah jajahan rejim dan ke negara-negara yang bersekutu dengan rejim N4zi Jerman. Bilangan dan kelajuan pengusiran bergantung kepada beberapa faktor seperti kesanggupan kerajaan-kerajaan bekerjasama dengan polisi gila Hitl3r, kesediaan pihak berkuasa melaksanakan polisi berkenaan, akses pelarian kepada jalan-jalan tikus untuk melarikan diri dan kesanggupan penduduk tempatan untuk membantu dan melindungi orang Y4hudi.

Walaupun orang Gipsi tidaklah mengalami pemburuan sebegini rupa, ramai juga yang m4ti di kem-kem tahanan N4zi. Contohnya di Auschwitz, 20,000 orang Gipsi m4ti dalam kebuk-kebuk gas kem berkenaan. Sementara jutaan penduduk Eropah Timur terdiri daripada orang Slavik dan Baltik turut menjadi mangsa kezaliman rejim. Ramai dalam kalangan mereka dibawa ke Jerman sebagai buruh paksa atau diusir dari kampung halaman masing-masing pada separuh masa kedua WWII sebagai sebahagian daripada taktik bumi hangus W3hrmacht.

RUJUKAN:

  1. Zane, Damian. (2019). Being black in N4zi Germany. BBC. https://www.bbc.com/news/world-africa-48273570
  2. Costelle, Daniel dan Clarke, Isabelle. (2009). Apocalypse: The Second World W4r. Episod 3: Shock. National Geographic. https://www.youtube.com/watch?v=WLgxRSwU9jY
  3. Longerich, Peter. (2011). The N4zi Racial State. BBC. http://www.bbc.co.uk/history/worldwars/genocide/racial_state_01.shtml

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.