Sebelum kebangkitan Genghis Khan dan Empayar Mongol, orang Mongol sangat gemar berdagang. Kehidupan mereka yang nomad tertumpu pada kumpulan mereka.

 

Mereka memburu dan menggembala, tapi sangat sikit orang Mongol yang pakar membuat senjata, tukang tembikar atau penenun. Banyak barang yang diperlukan oleh orang Mongol untuk hidup, mereka terpaksa berdagang dengan bangsa lain yang menetap di sekeliling mereka.

 

Bila Genghis mula membina empayarnya, dia sedar tentera Mongol perlukan banyak senjata seperti busur, anak panah, pedang, lembing dan banyak lagi untuk berperang. Genghis Khan juga perlukan orang yang boleh membaca dan menulis untuk mentadbir tanah yang berada di bawah kekuasaannya. Orang Mongol sangat perlu untuk perdagangan.

 

Untuk memudahkan perdagangan, Genghis tawarkan perlindungan kepada pedagang yang mula datang dari timur dan barat. Pedagang-pedagang mendapat perlindungan, status, pengecualian cukai, pinjaman dan bantuan yang konsisten daripada Genghis Khan.

 

Selama 100 tahun berdirinya Empayar Mongol, laluan perdagangan Timur-Barat Mongol menjadi Laluan Sutera yang buat pertama kalinya menghubungkan Eropah ke Asia. Ini membolehkan terbebasnya idea, teknologi dan barangan.

 

Orang Mongol bukan sahaja tawarkan penggunaan sistem Yam seperti kurier kepada pedagang, tetapi menubuhkan persatuan pelindung untuk mereka yang dipanggil Ortogh.

 

Orang Mongol beri pengecualian cukai kepada pedagang. Genghis tawarkan pasport kepada peniaga yang membolehkan mereka melakukan perjalanan dengan selamat di sepanjang Laluan Sutera.

 

Orang Mongol pun bagi pinjamkan wang dengan faedah yang rendah kepada pedagang. Jika wang kertas digunakan sebagai mata wang, ia disokong dengan sutera dan logam berharga.

 

Perdagangan orang Mongol diperingkat antarabangsa melonjak ke tahap yang tak pernah dilihat sebelum ini kerana Empayar Mongol. Rempah-rempah berharga, teh, karya seni Asia dan sutera menuju ke barat untuk didagangkan kepada pedagang di Timur Tengah dan Eropah. Emas, manuskrip perubatan, buku astronomi dan porselin menuju ke timur Asia.

 

Idea dan teknologi baru turut berkembang di kedua-dua arah di sepanjang Laluan Sutera. Mongol membuka pintu mereka kepada semua agama dan diplomat dari seluruh dunia.

 

Buat pertama kalinya, orang Mongol tinggal menetap di sebuah bandar iaitu Karakhorum, yang dibina oleh Ogedai Khan, anak lelaki Genghis. Anak-anak lelaki Mongol akhirnya bersekolah dan mempelajari banyak bahasa yang diperlukan untuk meluaskan empayar.

 

Walaupun Empayar Mongol bermula dengan darah dan penaklukan, kesan jangka panjangnya sama seperti yang dibayangkan oleh Genghis Khan iaitu untuk menjamin keamanan sejagat dan mewujudkan perdagangan antarabangsa ke atas sebahagian besar dunia.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Bukan Laluan Sutera je yang korang boleh tau. Malah ada banyak lagi fakta menarik seperti Pertembungan Mongol-Islam dan Pertempuran Ain Jalut antara Mongol dan Mamluk dapat diterokai bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Dapatkan segera!

https://bit.ly/3KhafNU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply