Teknologi kereta api zaman sekarang sudah berkembang maju. Sistem kini bergerak secara automatik. Andainya kereta api datang dari satu hala, kereta api dari hala lain akan perlahan supaya tidak bertembung. Inilah ciri-ciri keselamatan yang zaman dulu dibuat secara manual.

Bermakna kena ada konduktor di setiap stesen untuk memastikan aliran pergi balik kereta api sentiasa selamat. Ramai dilatih untuk menjadi konduktor yang efisyen. Perlahan-lahan nama mereka ditelan masa… yang walau bagaimanapun tidak lupa pada “seorang” konduktor yang luar biasa.

Kisah ini berlaku pada zaman Afrika Selatan menjadi rebutan penjαjαh Eropah. Ini bukan kisah geopolitik pra-Perαηg Dunia Pertama. Ini adalah cerita James Edwin Wide dengan seekor beruk bernama Jack.

Sektiar 1880-an, James bekerja sebagai juru isyarat gerabak kereta api. Kerjanya mudah tetapi sangat penting. James pada masa itu sedang mengunjungi sebuah pasar dimana beliau terkejut beruk kerana ada babun.

Mana tidak terkejut dibuatnya – babun tersebut sedang memandu kereta lembu.

Hatinya tertambat. James terus beli babun tersebut dan beri nama Jack. Sekurang-kurangnya ada teman di tempat kerja, kerana James pun adalah seorang orang kelainan upaya (kehilangan kedua-dua kakinya).

James dan Jack.

Terpikat dengan kecerdikan haiwan ini, James pun cuba melatih Jack. Kerja-kerja ringan seperti sapu dan buang sampah memang kepakaran Jack. Namun Jack bukannya buta. Ia sentiasa memerhati.

Kalau kereta api tiba saja, ada bunyi tiupan wisel yang berbeza-beza. Setiap bunyi ada maknanya. James sebagai juru isyarat pun fahamlah. Memang kerjanya. Beliau akan menolak tuas yang mengubah landasan sama ada belok atau jalan terus.

Dalam masa sekejap, Jack belajar tentang selok-belok pengurusan kereta api. Dan ia kemudian mengambil alih kerja ini. Pandai pula beruk itu ubah landasan.

Orang OSHA Datang

Memanglah zaman itu tiada OSHA yang rasmi. Tetapi perbadanan kereta api tetap ada sektor yang menentukan piawaian keselamatan. Satu hari, mereka ternampak “individu” sebenar yang menjaga tuas kereta api.

Jack membuat kerjanya.

Mereka tidak pecat James terus. Sebaliknya mereka menguji kecerdikan Jack. Dan mereka pun terkejut kerana Jack sangat tahu makna di sebalik setiap wisel. Bunyi mana untuk tuas mana. Semua Jack tahu.

Lalu mereka berbincang sesama sendiri. Jack tidak wajar dibiar bekerja tanpa upah. Fikir punya fikir, pihak pengurusan setuju untuk membayar gaji. Jack menerima 20 sen setiap hari dengan bonus bulanan iaitu dua botol minuman keras (Reilly, 2018). Apa lagi, bersemangatlah Jack buat kerja. Dapat minuman keras, melayang dibuatnya. Dasar beruk betul.

Sembilan tahun Jack bekerja tanpa satu kesilapan pun. Tidak boleh bayang bagaimana nyαwα orang ramai berada dalam tangan seekor beruk. Sampai orang-orang kenamaan semua datang ke Stesen Uitenhage untuk berjumpa Jack (AP, n.d.).

Jack meninggal dunia pada tahun 1890 selepas meηghidαpi penyakit batuk kering. Memang James sedih gila-gila sejak hari itu. Menitis air mata dibuatnya kerana kecerdikan Jack tidak dapat ditandingi beruk-beruk lain. Dan jasanya dikenang sampai hari ini.

Cuma ada satu benda kena sentuh. Jack dibayar £648 sepanjang kariernya sebagai penjaga gerabak. Untuk pengetahuan semua, jumlah ini bernilai RM496,393 pada hari ini.

Persoalannya mudah: apa korang rasa bila beruk dibayar gaji jauh lagi tinggi dari korang? Tolong jangan tanya aku. Tangan aku yang menulis pun tengah panas. Karang kena beli keyboard baru pula.

RUJUKAN:

AP. (n.d.). Jack, the amazing baboon, gets a correction, 100 years later. The Telegraph.

Reilly, L. (2018, Oktober 11). Signalman Jack: The Baboon Who Worked for the Railroad—and Never Made a Mistake. Mental Floss.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.