Ada satu mitos Korea tentang cara dunia dan manusia dicipta. Dewa Hwan Ung, iaitu anak kepada Dewa Hwan In meminta kebenaran ayahnya untuk tinggal di bumi. Dewa Hwan In sediakan satu mahligai di puncak Gunung Taebaek yang sekarangnya dikenali sebagai Gunung Baekdu terletak di bandar suci Sinsee.
Dewa Hwan Ung ditemani 3000 pengiring. Dewa Hwan In turut arahkan angin, awan dan hujan untuk melindungi anaknya Hwan Ung.
Dewa Hwan In ajar para pengiring ilmu kehidupan dan menetapkan peraturan bermastautin di bumi.
Di satu kawasan yang lain pula, terdapat seekor beruang dan harimau yang memohon pada tuhan agar dapat bertukar menjadi manusia.
Ketika memohon, Dewa Hwan Ung berikan sayur bayam atau rumput hijau dan bawang putih kepada beruang dan harimau, lalu menyuruh beruang dan harimau bertapa di dalam gua selama 100 hari.
Permintaan hanya akan tertunai sekiranya beruang dan harimau berjaya melakukannya. Setelah bertapa selama tiga hari, harimau tak dapat bertahan lalu tidak meneruskannya. Cuma tinggal beruang yang bertapa. Pada hari ke-21, beruang bertukar menjadi perempuan cantik yang bernama “Ungnyeo” (gadis beruang).
Kemudian, Ungnyeo teringin nak ada anak, tetapi takde calon suami ketika itu, dia pun memohon pada Dewa Hwan Ung. Dewa Hwan Ung telah menjelmakan dirinya menjadi seorang lelaki dan memperisterikan Ungnyeo. Selepas berkahwin, mereka gembira memperoleh bayi lelaki yang diberi nama Dangun.
Setelah dewasa, Dangun menjadi raja pertama yang membentuk sebuah negara bernama Gojoseon di Semenanjung Korea.
Oleh: Azizul Farhan
…
KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah dan budaya Korea hingga kini. Boleh beli dengan diskaun sempena Jualan PASCA PBAKL di:
https://bit.ly/tamadunkorea
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih