Perang Korea yang berlaku antara tahun 1950 hingga 1953 bukan sahaja telah memberi kesan politik, ekonomi dan sosial, malah turut mengubah budaya makan rakyatnya. Beondegi yang asalnya tidak berharga telah menjadi antara makanan popular era pasca perang.

Beondegi (번데기) secara bahasanya bermaksud pupa, iaitu sejenis kepompong ulat sutera yang menjadi makanan snek di Korea Selatan. Pupa ini biasanya direbus atau dikukus sebelum dimakan.

Beondegi adalah salah satu makanan jalanan (street food) yang terkenal di Korea, yang mana ia biasa dihidangkan dalam cawan kertas bersama lidi. Ia selalunya diperasakan dahulu sebelum dikukus.

Aroma beondegi ini digambarkan mempunyai bau seperti campuran kacang dan udang manakala teksturnya pula pejal dan kenyal. Ada juga beondegi yang dijual dalam tin di kedai-kedai serbaneka, dan beondegi tin ini mempunyai bau sedikit menyerupai getah.

Sejarah beondegi ini sebenarnya ada kaitan dengan serikultur (pemeliharaan dan pembiakan ulat sutera) selama lebih 4,000 tahun yang lalu. Menurut Joo Youngha, seorang profesor di Akademi Pengajian Korea, orang-orang di perkampungan penternakan sutera telah mula memakan beondegi sejak awal tahun 1920-an.

Namun, Perang Korea yang berlaku selepas itu telah mengubah budaya memakan beondegi ini. Kerajaan pasca perang telah mempromosikan industri sutera secara besar-besaran, dan pupa yang tidak terhitung jumlahnya telah menjadi sumber makanan buat rakyat ketika itu.

Ia adalah sumber protein yang menjadi ganti kepada makanan tinggi protein yang lain yang sukar untuk diperoleh gara-gara perang yang baru tamat. Dan, sehingga awal 70-an, beondegi kekal menjadi sumber protein yang masih diambil secara meluas oleh rakyat Korea.

Beondegi juga boleh dihidangkan bersama sup, yang dipanggil beondegi-tang. Sup ini diperisakan dengan kicap, cili, bawang putih, bawang hijau dan serbuk lada merah. Ia biasanya dihidangkan sebagai anju (makanan yang dimakan dengan alkohol) di pub.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.