Lebih 50 juta tahun lalu, wujud sebuah benua purba yang dipanggil Balkanatolia. Benua yang menghubungkan Asia dengan Eropah itu turut mempunyai haiwan-haiwan yang tidak pernah dilihat di kedua-dua benua berkenaan. Ini berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Earth-Science Reviews.

Kewujudan haiwan-haiwan ini  Balkanatolia terjadi akibat penurunan paras air laut dalam tempoh yang dikenali sebagai Grande Coupure – kira-kira 34 juta tahun lalu pada akhir epoch Eocene. Tetapi apabila mereka mengamati rekod fosil yang wujud di tenggara Eropah, spesies haiwan Asia ini telah wujud lima hingga 10 juta tahun sebelum peristiwa Grande Coupure.

Bagi mengisi kekosongan yang wujud pada garis masa yang membawa kepada Grande Coupure, mereka menyemak 31 fosil mamalia epoch Eocene yang ditemui di Semenanjung Balkan dan Anatolia. Kali ini, ia disemak dan digabungkan dengan data geologi. Hasil analisis mendedahkan sepanjang epoch tersebut, wujud sebuah benua lama yang kemudiannya diberi nama Balkanatolia.

Analisis fosil turut mendapati tikus Asia dan unkulat (haiwan berkaki empat dan mempunyai kuku kuda/lembu) telah mendominasi kawasan berkenaan lebih 40 juta tahun lalu. Antara haiwan yang menceroboh Balkanatolia sebelum epoch Eocene berakhir ialah haiwan persis badak sumbu, brontotheriidae. Bagaimanapun, haiwan ini pupus sebelum Grande Coupure berlaku.

Jadi, bagaimana Grande Coupure bermula? Ia bermula akibat peristiwa pengglasieran yang menyebabkan paras air laut menurun. Ini menyebabkan Balkanatolia disambungkan dengan Eropah menerusi jambatan darat. Ini membuka jalan kepada haiwan mamalia Asia meneruskan perjalanan ke sebelah barat dan menjadi punca kepupusan pelbagai spesies haiwan Eropah.

Perubahan ini berlaku secara dua peringkat. Haiwan-haiwan ini terlebih dahulu muncul di Balkanatolia dan menggantikan spesies haiwan asal di situ sebelum melakukan perkara sama di Eropah.

RUJUKAN

Taub, B. (2022, 22 Februari). Lost Continent Of Balkanatolia May Have Been A Battleground For Ancient Mammals. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply