Kalau anda nak tahu, sebenarnya dalam subjek Bahasa Melayu SPM telah ada satu soalan khusus untuk para pelajar membaca teks klasik Bahasa Melayu. Salah satu kisah yang menarik perhatian saya ialah kisah bagaimana Paduka Raja Tun Perak berjaya menewaskan Armada Siam di Batu Pahat.

Kisah ini terpahat kemas dalam lipatan sejarah dan boleh dibaca oleh generasi kini dalam Sulalatus Salatin karyanya Tun Sri Lanang.

[Siapa Bendahara Tun Perak?]

Bendahara Tun Perak pada awalnya merupakan seorang pembesar daerah Kelang. Pada suatu ketika Kota Melaka telah diancam oleh Armada Siam. Justeru, Sultan Muzaffar Shah yakni Sultan Melaka pada ketika itu telah mengarahkan agar segenap jelata untuk berkumpul di Melaka untuk mempertahankannya. Hal ini seperti rekod Sulalatus Salatin,

“𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘪𝘮𝘱𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘳𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘥𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘶𝘬 𝘳𝘢𝘯𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘶𝘥𝘪𝘬 𝘬𝘦 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢. 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢.”

Tidak seperti Tun Perak, beliau telah membuat kelainan daripada pembesar yang lain iaitu beliau membawa bukan sekadar tentera malah keluarga tentera itu sekali. Hal ini jelas menunjukkan keberanian beliau bagi menghadapi musuhnya. Keberaniannya ini menarik minat Sultan Muzaffar Shah dan Baginda Sultan mengurniakan pangkat Paduka Raja atau Bendahara kepada Tun Perak.

Paduka Raja Tun Perak bukan sekadar berani malahan beliau juga seorang yang mahir dalam siyasah istana. Perkara ini dibuktikan dengan konfliknya dengan Paduka Raja Seri Nara Di Raja yang akhirnya ditamatkan konfliknya oleh Sultan Muzaffar Shah.

[Paduka Raja Tun Perak Menggunakan Strategi yang Sama seperti Rasulullah]

Sebenarnya ada suatu peristiwa yang menarik ketika penaklukan Siam ke Melaka ini. Kisah ini direkodkan dalam Sulalatus Salatin,

“𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘉𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩𝘢𝘳𝘢 𝘗𝘢𝘥𝘶𝘬𝘢 𝘙𝘢𝘫𝘢, 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘐𝘢 𝘱𝘰𝘩𝘰𝘯 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘺𝘪𝘳𝘦𝘩, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘮𝘶, 𝘢𝘱𝘪-𝘢𝘱𝘪 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢, 𝘥𝘪𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵𝘪 𝘱𝘶𝘵𝘶𝘯𝘨 𝘢𝘱𝘪; 𝘨𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘳𝘶𝘱𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨. 𝘚𝘦𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘚𝘪𝘢𝘮 𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘵𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘶𝘭𝘶𝘣𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘚𝘪𝘢𝘮, “𝘛𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘺𝘶 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘨𝘪. 𝘑𝘪𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘱𝘢 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢? 𝘚𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘩𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘨𝘪, 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢.”

“𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘈𝘸𝘪 𝘋𝘪𝘤𝘶, “𝘉𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘪𝘵𝘶, 𝘮𝘢𝘳𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪.” 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘩𝘶 𝘚𝘪𝘢𝘮 𝘱𝘶𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪𝘭𝘢𝘩. 𝘈𝘥𝘢𝘱𝘶𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘨𝘪 𝘉𝘢𝘵𝘶 𝘗𝘢𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘵𝘶, 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘚𝘪𝘢𝘮𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘢. 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘉𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩𝘢𝘳𝘢 𝘗𝘢𝘥𝘶𝘬𝘢 𝘙𝘢𝘫𝘢 𝘩𝘢𝘥 𝘚𝘪𝘯𝘨𝘢𝘱𝘶𝘳𝘢. 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘩𝘶 𝘚𝘪𝘢𝘮 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘨𝘢𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘦𝘭𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩𝘢𝘳𝘢 𝘗𝘢𝘥𝘶𝘬𝘢 𝘙𝘢𝘫𝘢; 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘚𝘪𝘢𝘮 𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘭𝘢𝘳𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦 𝘣𝘦𝘯𝘶𝘢 𝘚𝘪𝘢𝘮.”

Berdasarkan teks diatas menceritakan suatu ketika Siam telah mampir bersama armadanya ke Batu Pahat bersama angkatannya. Angkatannya Siam ini bukannya sedikit tetapi banyak. Justeru, Paduka Raja Tun Perak telah melakukan sebuah strategi bagi memperdayakan armada Siam dan menggerunkan mereka agar mereka berundur dari perairan Batu Pahat.

Bendahara Tun Perak telah menyalakan jamung api di sepanjang pantai, di setiap pohon di pantai Melaka. Pada waktu malam, api yang diletakkan di pohon pohon ini menunjukkan seakan akan bilangan mereka yakni pasukan Melaka sangat ramai bahkan sepanjang pantai itu.

Melihat hal ini, armada Siam pada ketika itu yang dipimpin oleh Awi Dicu telah mengarahkan armada Siam untuk berundur dari menyerang negeri Melaka akibat daripada gerun melihat ramainya askar Melaka ditambah sebelum ini armada mereka telah diserang teruk oleh hanya beberapa askar Melaka yang dipimpin oleh Tun Umar.

Kisah ini kita juga akan jumpa dalam strategi Perang Rasulullah SAW iaitu ketika mana Rasulullah SAW telah tiba di sebuah tempat iaitu Marru Dzahran, Rasulullah SAW telah mengarahkan pasukan Muslimin menyalakan api yang banyak bahkan dapat dilihat oleh pengintip Musyrikin Makkah pada ketika itu.

“𝘒𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 (ﷺ) 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 (𝘮𝘦𝘯𝘶𝘫𝘶 𝘔𝘦𝘬𝘢𝘩) 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘢𝘬𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 (𝘔𝘦𝘬𝘢𝘩) 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 (𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘧𝘪𝘳 𝘘𝘶𝘳𝘢𝘪𝘴𝘺), 𝘈𝘣𝘶 𝘚𝘶𝘧𝘺𝘢𝘯, 𝘏𝘢𝘬𝘪𝘮 𝘣𝘪𝘯 𝘏𝘪𝘻𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘶𝘥𝘢𝘪𝘭 𝘣𝘪𝘯 𝘞𝘢𝘳𝘲𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘮𝘱𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘭𝘶𝘮𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 (ﷺ), 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘔𝘢𝘳𝘳-𝘢𝘻-𝘡𝘢𝘩𝘳𝘢𝘯 (𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘔𝘦𝘬𝘢𝘩).”
“𝘓𝘪𝘩𝘢𝘵! 𝘋𝘪 𝘴𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘰𝘭𝘢𝘩-𝘰𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘱𝘪 `𝘈𝘳𝘢𝘧𝘢𝘵.” (Sahih al-Bukhari 4280:64:314)

Dan di sini, Rasulullah SAW menunjukkan kekuatan kaum Muslimin dengan menonjolkan bilangan kaum Muslimin yang ramai agar musyrikin Mekah gerun akan kekuatan pasukan Islam. Akhirnya, Musyrikin Mekah telah bersetuju untuk mengelakkan pertumpahan darah dan Abu Sufyan Ibn Harb memeluk Islam ketika itu.

Jadi, ada perhubungan antara keduanya iaitu keduanya bijak memanfaatkan tempat dan kedudukan mereka agar dapat menggerunkan musuh. Inilah sebenarnya salah satu strategi yang dapat menewaskan musuh tanpa memerlukan pasukan yang ramai.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.