Thailand memang tidak pernah dijajah oleh imperialisme barat. Tapi ni sebenarnya merupakan sebuah mitos kerana Thailand dah diserang berkali-kali sepanjang 783 tahun sejarahnya sejak pembentukan Kerajaan Sukhothai.

 

Pada tahun 1547, Empayar Taungoo dari Burma menyerang Kerajaan Ayutthaya. Serangan mereka berjaya namun mereka gagal takluk Ayutthaya.

 

Pada tahun 1564, Empayar Taungoo menyerang sekali lagi Kerajaan Ayutthaya dan menaklukinya selama 20 tahun.

 

Pada tahun 1759, Dinasti Konbaung juga dari Burma menyerang Kerajaan Ayutthaya. Mereka berjaya menyerang namun gagal menakluki Ayutthaya.

 

Pada tahun 1765, Dinasti Konbaung menyerang sekali lagi sehingga Kerajaan Ayutthaya hancur dan ranap.

 

Pada tahun 1775, Dinasti Konbaung menyerang Kerajaan Thonburi, kerajaan yang menggantikan Ayutthaya. Thonburi hilang banyak wilayah ketika diserang.

 

Pada tahun 1785, Dinasti Konbaung menyerang Kerajaan Rattanakosin. Konbaung gagal dalam serangan ini.

 

Pada tahun 1893, Perancis menyerang Siam. Mereka memasuki Bangkok dengan kapal perang dan mengancam pengeboman Bangkok. Siam terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Perancis dan menyerahkan tanah di Laos.

 

Pada tahun 1941, Jepun sebenarnya pernah menyerang Thailand. Selepas kira-kira 5 jam pertempuran, Thailand menandatangani perjanjian damai dengan Jepun dan menyertai pihak berikat.

 

Secara keseluruhannya, Thailand diserang secara ketenteraan berkali-kali dan ditakluki 2 kali, kedua-duanya oleh Burma.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Kalau korang nak tahu lebih pasal Thailand, jawapannya di dalam DUNIA TANPA TEMBOK. Buku ni dah ada trilogi untuk korang layan dan tahu apa konflik yang dah berlaku di seluruh dunia ni. Dapatkan terus ketiga-tiga trilogi ni sekarang!

 

https://bit.ly/DuniaTanpaTembok1

https://bit.ly/DuniaTanpaTembokII

https://bit.ly/DuniaTanpaTembok3


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply