Tak kiralah kalau anda beli mi segera apa pun di Malaysia ni sama ada Indo Me ke, Mamee Express ke, Samyang ke ataupun ramen, orang Malaysia gemar menggunakan satu perkataan yang sama iaitu Maggi.
Perh, penat-penat orang tu buat nama dalam jenama mereka maggi juga dapat nama? ???? Yup begitulah Malaysia.
Mi segera daripada Maggi telah berjaya menanam pemikiran di Malaysia bahawa apapun mi segera di luar sana semuanya itu maggi. Sampaikan ada orang Malaysia menganggap bahawa Maggi ini sebenarnya berasal daripada Malaysia.
Realitinya tidak. Maggi ini sebenarnya diambil sempena nama penggasas kepada maggi itu sendiri bernama Julius Maggi berasal dari Switzerland. Tujuan asal penciptaan Maggi adalah untuk menghasilkan makanan enak, berkhasiat dan mudah disediakan dengan pantas untuk golongan pekerja. Hal ini kerana pada ketika itu, golongan wanita tidak sempat menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga disebabkan komitmen kerja.
Jadi mengambil cadangan daripada rakannya Dr Fridolin Schuder, beliau telah menghasilkan sejenis tepung daripada kacang.
Pada tahun 1885 beliau mula menjual sup segera dan mencipta penambah perasa seperti sos dan perisa yang lain pada tahun-tahun berikutnya.
Jenama ini berkembang ke rantau eropah dan akhirnya pada tahun 1947, syarikat Induk Maggi telah bergabung dengan Nestle.
Di Malaysia, produk awal yang diperkenalkan melalui jenama maggi ialah sos tomato dan sos cili pada tahun 1969.
Selang 2 tahun kemudian barulah mi segera berperisa kari diperkenalkan. Dengan menggunakan tagline “dua minit” ketika itu, mi segera berperisa kari maggi ketika itu menjadi satu fenomena buat rakyat Malaysia.
Kini, produk maggi terus mengalami perubahan dan berevolusi dengan pengenalan beberapa produk tambahan untuk menambat hati penggunanya.
Walaupun Maggi terus berevolusi bukan sahaja pada produk mi segera sahaja tapi rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan istilah maggi bagi merujuk kepada mi segera.
Artikel ini disumbangkan oleh Nur Firdaus yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dan Kepujian (Sejarah), Universiti Malaysia Sabah.
#uniknyamalaysia
RUJUKAN:
Nestle. The Magic of Maggi. The magic of Maggi | Nestlé Global (nestle.com).
Maggi. About Us. About Us and Our History | Official MAGGI® (goodnes.com).
Sinar Harian. 13 Januari 2021. Banyak Jasa Mi Segera. Banyak jasa mi segera (sinarharian.com.my)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih