Sering kita dengar tentang kelebihan melakukan ibadah korban yang paling masyhur ini iaitu binatang yang dikorbankan menjadi tunggangan di akhirat melintasi titian sirat.

 

Namun sejauh mana kebenarannya?

 

Ini berdasarkan hadis: “Besarkanlah binatang korban kamu sekalian kerana sesungguhnya ia adalah tunggangan kamu sekalian di atas titian sirat.”

 

Hadis ini masyhur disebut dalam sebahagian kitab fiqh mazhab Syafi’e dan lain-lain. Antara yang sebutnya ialah Imam al-Haramain al-Juwaini dalam kitab al-Nihayah, diikuti kemudian oleh Imam al-Ghazali dalam kitab al-Wasit dan Imam ar-Rafie dalam kitab al-Aziz.

 

Hanya satu sumber hadis yang ditemukan iaitu riwayat ad-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus daripada Abu Hurairah RA.

 

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dalam al-Talkhis al-Habir terdapat pada sanadnya Yahya bin Ubaidillah, seorang perawi yang sangat daif. Dalam Taqrib al-Tahzib, dia dinilai sebagai matruk (ditinggalkan).

 

Penilaian al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani turut dipersetujui al-Hafiz as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah dan al-Allamah al-Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’.

 

Meskipun hadis itu dinilai sangat daif, namun ia belum palsu. Bagaimanapun ada pihak yang mengatakannya palsu, menyandarkan penilaiannya kepada Imam Ibn as-Solah dan Imam Ibn al-Arabi al-Maliki.

 

Kata Imam Ibn as-Solah: “Hadis ini tidak dikenali dan tidak sabit menurut apa yang kami ketahui”.

 

Kata Imam Ibn al-Arabi dalam Aridat al-Ahwazi: “Tidak ada satu hadis sahih pun mengenai kelebihan berkorban.

 

Orang ramai ada meriwayatkan tentangnya beberapa riwayat ajaib yang tidak sahih, antaranya sabda baginda: “Sesungguhnya ia adalah tunggangan kamu sekalian ke syurga.”

 

Bagaimanapun, sama ada al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, al-Hafiz as-Sakhawi, al-Allamah al-Ajluni, Imam Ibn as-Solah mahupun Imam Ibn al-Arabi tiada yang sarih mengatakannya sebagai hadis palsu.

 

Kata-kata Imam Ibn al-Arabi hanya menafikan adanya hadis sahih, namun beliau tak nafikan adanya hadis hasan dan daif mengenai kelebihan berkorban.

 

Ketika beliau sedang mengulas hadis Aisyah RA, beliau tahu bahawa Imam at-Tirmizi menilainya sebagai hadis hasan. Iaitu sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah selain daripada mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan korban itu) akan datang pada Hari Kiamat kelak dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada (reda) Allah sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kalian dengan berkorban.” Riwayat at-Tirmizi, katanya: Hadis hasan gharib

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih lanjut berkenaan sejarah Islam? Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee dengan diskaun Jualan PASCA PBAKL: bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply