“Azim, aku tengok kau ni makin mengembang je. Tengah bahagia ke?”

“Biasalah, dah ada orang yang jaga makan minum memang kembanglah badan.”

Dialog ini seringkali muncul apabila kita mempersoalkan secara halus kenapa berat badan rakan kita naik secara mendadak. Jawapannya yang selalu diberikan adalah kerana bahagia tapi betul ke? Ini kerana ada sahaja orang gemuk yang psiko dan orang kurus yang tenang. Jadi apa sebabnya ataupun memang mereka ni jenis makan macam bela polong?

Mengikut data daripada World Population Review, kadar obesiti bagi Malaysia adalah sekitar 15.60% daripada 33 juta populasi. Kadar itu telah menjadikan Malaysia sebagai negara tergemuk di Asia Tenggara dan antara paling gemuk di benua Asia. Kalau tak percaya cuba lihat di sekeliling anda, pasti anda dengan mudah akan jumpa rakan-rakan yang overweight dan obese. Jadi berdasarkan sangkaan orang ramai bahawa berat naik kerana bahagia pasti Malaysia akan menjadi negara paling bahagia di Asia Tenggara.

Sekarang kita tengok pula di mana kedudukan Malaysia dalam ranking negara paling bahagia di dunia. Malaysia berada pada kedudukan ke-79 iaitu lebih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. Padahal kadar obesiti bagi keempat-empat negara tersebut adalah agak rendah. Maka kenyataan berat naik kerana bahagia sudah boleh ditolak?

Tunggu dulu, semua tahu sudah bertahun-tahun Finland konsisten memegang ranking nombor satu untuk negara paling bahagia di dunia. Jika kadar obesiti di Finland adalah rendah, maka benarlah peningkatan berat badan bukan kerana bahagia. Namun apa yang mengejutkan adalah kadar obesiti di Finland jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu sekitar 22.2% daripada keseluruhan populasi.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Bolehlah dikatakan obesiti adalah antara penyumbang kepada kegembiraan rakyat Finland. Adakah data-data tersebut sudah cukup untuk menyatakan bahawa berat badan naik hanya kerana kita sedang bahagia? Bagi menguatkan hujah ini, Anthony Fabricatore menyatakan orang gemuk lebih tertekan untuk menurunkan berat badan berbanding menaikkan berat badan.

Apa yang lebih menambah tekanan adalah orang gemuk ini gagal dalam menurunkan berat badan kerana tidak dapat mengikut cara yang betul. Jika itu terjadi, mereka akan kembali kepada mood bahagia iaitu makan serupa orang bela polong.

Bagaimana pula, kalau orang gemuk itu berjaya menurunkan berat badan? Pasti akan lebih menambah keyakinan diri kan. Jawapan itu betul tetapi tekanan tetap akan ada kerana mereka perlu konsisten mengekalkan berat badan. Bermakna mereka tidak dapat menikmati makanan seperti biasa dan salah-satu sumber kebahagiaan telah hilang.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Malah ada yang terus gagal konsisten apabila seringkali terjebak untuk menikmati makanan kurang sihat. Pada akhirnya, berat badan meningkat lebih dua kali ganda kerana tertekan sehingga mengambil makanan dalam kuantiti begitu banyak.

Senang cerita, orang gemuk akan lebih derita untuk menguruskan badan berbanding makan dengan banyak. Apa-apapun, gemuk tak salah dan kurus pun tak salah. Paling penting adalah sangat sampai gemuk dan kurus itu memberi kesan kepada kesihatan kita sehingga tidak mampu membuat kerja.

Kepada anda yang gemuk, mungkin betul berat badan anda naik kerana bahagia.

RUJUKAN:

Cara, E. (n.d). Weight loss doesn’t always lead to happiness. The Atlantic. Dipetik daripada https://www.theatlantic.com/health/archive/2015/03/weight-loss-doesnt-always-lead-to-happiness/387619/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply