Di Pergunungan Andes, terdapat sejenis haiwan yang dianggap sebagai haiwan paling berharga di dunia. Ia merupakan sebahagian daripada keluarga llama tetapi dikenali sebagai Vicuna. Mempunyai ketinggian 1.8 meter dan surai berkilat, bulunya jauh lebih mahal daripada bulu kashmir biasa!

Mungkin ada menganggap ini karut. Tetapi bulu Vicuna ini membantunya bertahan dengan cuaca sejuk di Andes terutama pada ketinggian 4,000 meter di atas paras laut. Ini disebabkan bulunya berpanca sekaligus membantu memerangkap haba dan udara dalam benang bulunya. Disebabkan kualiti bulunya yang baik, vicuna menjadi pujaan para pemerintah Inca. Bulu mereka dianggap sebagai kot emas dan dikhaskan untuk golongan diraja sahaja.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Disebabkan statusnya sebagai kot emas untuk golongan diraja Inca, maka proses mendapatkan bulunya merupakan satu proses suci. Vicuna akan dikumpul dalam satu kumpulan yang besar sebelum bulunya dicukur dalam upacara yang dipanggil Chaccu. Setelah bulu semua vicuna selesai dicukur, barulah vicuna-vicuna ini dilepaskan.

Tetapi semua itu berubah dengan kehadiran Conquistador di benua Amerika Selatan. Sebaik mengetahui betapa bernilainya bulu vicuna oleh penduduk tempatan, haiwan comel ini diburu dan dibunuh bagi mendapatkan bulunya yang berkualiti tinggi itu. Akibatnya, bilangan vicuna yang banyak ketika itu berkurangan secara drastik selama beberapa abad.

Menjelang abad ke-20, aktiviti memburu vicuna akhirnya dihentikan oleh kerajaan Peru. Ini selepas dapatan mereka mendapati terdapat 6,000 ekor vicuna yang masih wujud pada tahun 60-an.

Susulan itu, larangan memburu dan membunuh vicuna dikuatkuasakan. Kerajaan Peru turut mewujudkan sebuah rizab khas berkeluasan 40 batu persegi bernama Pampas Galeras di Ayacucho.

Kerajaan Peru tidak berhenti di situ saja. Lima turut memberi insentif kepada penduduk tempatan untuk melindungi haiwan berkenaan dan menambah wang dalam poket mereka. Upacara Chaccu yang diadakan di kawasan pedalaman turut dibuka kepada kehadiran pelancong. Insentif-insentif ini menyaksikan kini terdapat 200,000 ekor vicuna di Peru.

Vicuna hari ini jauh lebih berharga atas beberapa sebab. Pertama, bulunya hanya sekali dicukur dalam tempoh dua tahun. Setiap vicuna menyumbang sekitar 200 hingga 500 gram bulu yang dicukur. Sekilo bulu vicuna boleh saja mencecah $399 dan $600 sekiranya dijual di pasaran.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Disebabkan semua ini, hanya empat tan bulu vicuna dieksport ke luar negara. Antara negara yang mengimport bulu berkenaan ialah Amerika Syarikat, Itali, England dan Jerman. Dengan ia jauh lebih ringan berbanding bulu kashmir dan jarang mencetuskan reaksi alahan, maka tidak hairanlah mengapa ia bulu paling mahal di dunia.

RUJUKAN

Gupta, R. (2022, 11 Mei). Vicuña: The World’s Most Expensive Wool Comes From a Llama. Amusing Planet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply