Memperkenalkan beberapa pakaian semasa Yahudi beribadah. Sebenarnya banyak lagi pakaian Yahudi ini dipakai di dalam mereka ibadah.Tetapi, pada kali ini saya akan menyebutkan tiga pakaian sahaja.
Pakaian yang pertama ialah Kippah atau Kippot. Pakaian ini dipakai ketika mana mereka masuk beribadah didalam Synagoge mereka. Pemakaian Kippah ini amat digalakkan ketika mereka hendak beribadah.
Sebagaimana didalam kitab Talmud mereka menggambarkan pemakaian kippah ini sebagai tanda penghormatan di dalam Synagoge.
Pakaian yang kedua ialah Shtreimel. Shtreimel merupakan topi berbulu yang menutup kepala para Rabbi Yahudi. Ada juga puak Yahudi di Jurusalem memakainya sejak mereka bar/bat mitvah (Baligh).
Pemakaian Shtreimel ini selalunya di pakai pada hari hari kebesaran mereka seperti Paskah, Purim dan Yom Kippur.
Dan yang terakhir ialah Tefilin.Tefilin ialah sebuah kotak yang diperbuat dari kulit dan berwarna hitam. Ianya dililit di kepala dan satu lagi tali hitam dililit pada bahagian lengan dan diikat dengan kemasan yang tersendiri. Di dalam kotak hitam itu berisi beberapa 10 perintah (Ten Commandment) yang ditulis dengan tulisan tangan.
Ianya dipakai pada waktu ibadat pagi kecuali pada hari Shabbat dan hari hari perayaan atau festival.
RUJUKAN:
myjewishlearning.com
judaism/www.bbc.co.uk
Artikel dikirimkan oleh Muqri Nizam untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





