Kita semua masih lagi segar dengan series Ejen Ali yang boleh dikatakan sebagai animasi terbaik di Malaysia. Bukan setakat aspek teknikal, penceritaan juga turut diambil berat oleh Wau Animation hingga membuatkan series Ejen Ali agak sedikit dark. Tapi Ejen Ali masih lagi sesuai ditonton oleh semua golongan kanak.

Selain itu, kita juga ada Upin & Ipin, Boboiboy, Mechamato dan Didi & Friends sebagai antara produk animasi Malaysia yang berjaya. Sebagai contoh, Upin & Ipin berjaya menakluk Indonesia sehingga bahasa pertuturan kita tidak lagi kedengaran pelik di telinga mereka. Mechamato pula berjaya melebarkan sayap ke Jepun dan sedang mencabar siri animasi di sana.

Walau bagaimanapun semua itu akan berlaku jika Hassan Muthalib tidak memulakannya. Persoalannya apa yang Hassan Muthalib buat dan macam mana industri animasi bermula di Malaysia?

Sebenarnya alatan-alatan untuk menghasilkan animasi dah wujud di negara sejak tahun 1946 melalui penubuhan Unit Filem Malaya (MFU). Masalahnya tiada seorang dekat negara kita ketika tahu selok belok animasi. Jadi alatan-alatan membuat animasi ni pun terbiar selama bertahun-tahun.

Menjelang tahun 1961, Sang Kancil menjadi animasi pertama yang dibikin oleh rakyat Malaysia iaitu Anandam Xavier. Disebabkan ketika itu Malaysia masih tidak fokus lagi kepada pembuatan animasi, tenaga kerja pun kurang. Karya itu mengambil masa sampai 18 tahun untuk disiapkan. Memasuki 1978 baru animasi Hikayat Sang Kancil siap tapi pada tahun 1983 baru dapat tayang. Katanya faktor politik menghalang Hikayat Sang Kancil ke layar perak.

Selepas Hikayat Sang Kancil telah disiarkan, perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan agar industri kreatif negara segera menggunakan teknologi digital. Antaranya adalah dengan menghasilkan begitu banyak animasi yang bercirikan tempatan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pengaruh animasi luar lantas meningkat animasi lokal.

Untuk tujuan itu, MFU telah mengarahkan Hassan Muthalib membentuk satu pasukan bagi menghasilkan animasi Hikayat Sang Kancil dan Monyet. Nampak macam mudah sebab makin ramai yang terlibat. Tapi kesemua orang dalam pasukan tersebut tidak memiliki kemahiran animasi tinggi. Ditambah lagi zaman tu, teknologi untuk menghasilkan animasi belum lagi maju. Jadi banyak benda perlu dilakukan untuk mendapatkan animasi yang betul-betul elok mengikut standard ketika itu.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Oleh sebab itu, Hassan Muthalib memerlukan masa sehingga 6 bulan untuk menghasilkan animasi yang berdurasi 5 minit sahaja. Setelah itu semakin banyak animasi-animasi pendek yang berjaya dihasilkan seperti Gagak Yang Bijak & Hikayat Sang Kancil dan Monyet.

Menjelang tahun 1995, industri animasi negara mencatatkan secara baru apabila berjaya melahirkan siri animasi pertama iaitu Usop Sontorian. Tanpa tunggu lama, Usop Sontorian menjadi kegemaran rakyat jelata dan ditonton oleh segenap masyarakat.

Kejayaan itu telah menjadi pemula kepada penghasilan animasi lain seperti Kluang Man, Silat Legenda, Kartini dan Puteh. Maka semakin banyak animasi yang dihasilkan sehinggalah kemunculan dua orang budak botak pada bulan Ramadan 2007. Upin & Ipin muncul sebagai animasi 3D yang agak janggal dengan rakyat Malaysia. Sebab sebelum tu kita sangat terbiasa dengan animasi 2D.

Kejayaan Upin & Ipin ketika bulan Ramadan inilah yang telah ubah landskap industri animasi Malaysia. Hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai animasi yang sangat berkualti dari aspek teknikal dan jalan cerita.

Apa-apapun terima kasih kepada Hassan Muthalib kerana menjadi orang pertama yang buat animasi. Tanpa beliau, tiadalah animasi-animasi hebat seperti yang kita lihat pada hari ini. Jadi Hassan Muthalib boleh diiktiraf sebagai bapa animasi Malaysia.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply