Katanya bangsa Rusia sedang meninggalkan Gereja Ortodoks dan kembali ke agama paganisme terdahulu. Sampai sekarang ada cabang neo-paganisme bagai.
Pertama sekali, laporan gini pihak gereja takkan gelabah. Orang dah taknak beramal ibadat tu perkara biasa dah. Ada yang masuk Islam. Ada yang jadi atheist. Dan sekarang ni ada yang masuk neo-paganisme.
Tapi pilihan ni menarik untuk diperhalusi sebab neo-paganisme ni bukan agama pun. Tiada rasul. Tiada wakil Tuhan. Tiada kitab ketuhanan. Jadi macam mana mereka beramal? Menurut seorang lelaki yang jadi ‘magus’, mereka menyebut nama dewa-dewi. Mereka angkat tangan ke langit bukan kerana dewa-dewi ada kat langit tapi ada dalam hati. Mereka berpijak pada bumi “Mother Earth” dan menyebut nama dewa “Father Heaven”.
Kemudian mereka mengucap salam pada Dewa Api, Svarozhitch, dan Dewa Matahari, Yarilo. Segala benda – dari ucapan salam sampai ke lafaz ritualistik – dibuat sendiri. Self-invention. Kerana semua benda ni tidak tercatat. Menurut seorang sarjana arkeologi, paganisme terdahulu wujud dalam bentuk kronikel jer. Tak banyak diterangkan, itupun apa yang diterangkan belum tentu betul.
Ini adalah kerana Gereja Ortodoks dah terlalu lama menaungi bangsa Rusia sampai ke tahap agama paganisme dah terbasmi secara sendiri.
Jom hayati keindahan etnik Slavik dengan buku HUJAN EMAS DI TANAH SLAVIK. Kami ada DISKAUN besar ni: https://bit.ly/pratempahslavik




No comments yet