Setelah tamat P3rang Dunia Pertama dengan kemaraan kuasa Bersekutu (Perancis, British, Rusia, dan beberapa negara kecil) pada tahun 1918, Jerman melihat kemenangan tidak mampu dicapai lagi. Mereka tandatangan perjanjian gencatan senj4ta sekaligus menamatkan peperangan.

Pada masa ini, kuasa jajahan Jerman di wilayah-wilayah jajahannya tumbang, sekaligus menimbulkan rusuhan dalam kalangan rakyat Jerman yang takut akan kebangkitan rev0lusi K0munis di wilayah mereka.

Parti-parti politik besar Jerman pada masa itu menyokong rusuhan tersebut lalu tertubuhnya Republik Weimar. Republik ini merupakan pra-pertubuhan negara Jerman yang berdiri dari tahun 1919 hingga 1933. Perkara penting yang dilakukan oleh republik ini adalah memastikan gencatan senj4ta dilakukan seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan kuasa Bersekutu.Disebabkan kekalahan dalam pep3rangan serta kehilangan wilayah jajahan, Jerman telah menanggung hutang yang tinggi dan diminta membayar pampasan. Hal ini semakin menerukkan ekonomi Weimar yang sememangnya telah teruk. Segala kekalahan peperangan, kejatuhan ekonomi dan kehilangan wilayah jajahan ini dilihat sebagai sesuatu yang memalukan dalam kalangan Nasionalis.

Untuk pengetahuan semua, rakyat Jerman masa itu sememangnya mempunyai semangat nasional yang tinggi. Bagi mereka, maruah, kedaulatan dan keagungan negara adalah sangat penting. Kita boleh lihat unsur-unsur ini dalam buku Hitler, Mein Kampf. Golongan nasionalis percaya Jerman mampu menang dalam peperangan sekiranya mereka tidak dimanipulasi dan dikhianiti oleh ahli politik.

Kemelesetan dan kejatuhan Jerman ini menjadikan Hitler begitu obses dengan Yahudi, lalu meletakkan segala kesalahan di bahu Yahudi. Macam kitalah, semua salah Yahudi. Untuk pengetahuan, Yahudi memang selalu dipersalahkan dalam banyak perkara. Malah, ketika kejadian wabak Black D3ath pada kurun ke-15M, Yahudi turut dibunvh beramai-ramai kerana dipersalahkan menyebarkan wabak tersebut.Paranoid Hitler terhadap Yahudi telah menjadi salah satu idea utama dalam ucapannya, dan sememangnya ia diterima oleh masyarakat yang ramai anti-semitik. Bermacam teori konspirasi yang muncul terhadap komuniti Yahudi pada masa itu. Walaupun Yahudi telah berasimilasi dengan rakyat Jerman, rakyat Jerman masih melihat mereka sebagai orang luar. Segala teori tersebut muncul kerana kemarahan, ketakutan dan paranoid terhadap komuniti tersebut. Dan ia tidak selalunya berfakta dan benar.

Hitler menyertai sebuah parti kecil nasionalis, Na2i, lalu lama-kelamaan menjadi ketua parti tersebut dan dapat mengumpulkan penyokong yang ramai dengan retoriknya. Retoriknya penuh dengan kebencian dan prejudis terhadap kaum yang bukan bangsa Jerman. Malah, Na2i sendiri menolak idea komunism dan kapitalism yang dituduh merupakan konspirasi Yahudi untuk menghancurkan Jerman.NaSi cuba untuk menjatuhkan Republik Weimar setelah mendapatkan ramai sokongan. Tetapi tidak lama selepas itu, NaSi diharamkan dan Hitler dipenjarakan atas tuduhan mengkhianati kerajaan. Setelah dibebaskan, Hitler menyambung kembali gerakannya. Pada tahun 1928, berlakunya kemelesatan ekonomi secara besar-besaran, menjadikan Kerajaan Amerika mengeluarkan semua aset mereka daripada Jerman lalu mengakibatkan ekonomi Jerman semakin teruk.

Apa lagi, Hitler ambil kesempatan ini untuk mendapatkan pengaruh rakyat dengan menjanjikan untuk kembalikan kegemilangan Jerman. Antara faktor lain menyebabkan NaSi semakin mendapat sokongan adalah kerana Parti-parti besar tidak mampu menangani krisis dan parti-parti pihak lawan pula sering mengalami konflik dalaman. Ini menjadikan Hitler mampu menandingi kerusi Presiden untuk kerajaan dengan jumlah undian di tangan penyokongnya.

Walau bagaimanapun, ketika pemilihan presiden pada tahun 1932, Hitler tetap tewas. Tewas di tangan Von Hidenburg. Tetapi yang menariknya, Hidenburg diyakinkan oleh penasihatnya supaya mengambil Hitler masuk dalam kabinet kerajaan supaya populariti Hitler dapat digunakan untuk melaksanakan agenda mereka. Hitler dilantik sebagai Kaunselor.Walaupun Kaunselor hanyalah Ketua Parlimen, bermula dari sinilah Hitler mula mengembangkan kuasa dan kedudukannya. Kebangkitannya telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan K0munis untuk bangkit.Macam kes Augustus Caesar ketika menjadi Konsul Empayar Rom, Hitler telah menggunakan peristiwa letupan bangunan parlimen sebagai alasan untuk mendapatkan kuasa kecemasan. Kuasa kecemasan ini adalah kuasa mutlak yang diberikan oleh penguasa apabila berlaku sebarang kecemasan.

Tiada demokrasi dan Hitler berkuasa penuh. Dengan kuasa ini, Hitler telah mengharamkan pelbagai penerbitan media. Parti-parti besar yang memberikan anc4man kepadanya turut diharamkan. Undang-undang anti-Yahudi diluluskan.

Kem4tian Hidenburg pada waktu Hitler berkuasa penuh telah jelas tiada lagi pemilihan presiden yang baru. Kebangkitan Hitler pada tahun-tahun berikutnya menimbulkan amaran bahawa betapa lemahnya demokrasi apabila menghadapi rakyat yang kecewa dan marah. Penguasa pula sanggup menaikkan kemarah tersebut dan mengeksploitasi ketakutan tersebut.

Hitler adalah punca tercetusya P3rang Dunia Kedua. Tetapi dia kalah juga dalam p3rang dunia tersebut. Apa kau nak bangga dengan Hitler ini. Pemilihan presiden pun kalah, p3rang dunia pun kalah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.