Selasa, 10 November 202610 Nov 2026
Bedah Filsuf

The Great Depression – Krisis Ekonomi Terburuk Sejarah

Berita bursa saham menjunam mula tersebar
di New York. Kebimbangan para pelabur dengan kejatuhan harga ini menyebabkan
mereka mula menjual semua stok mereka bagi mengelakkan kerugian yang lebih
besar.

Tanda-tanda kejatuhan itu sebenarnya sudah
kelihatan sejak September 1929, apabila pakar kewangan, Roger Babson memberi
amaran, “bursa saham akan jatuh”. Irving Fisher, seorang pakar
ekonomi mengatakan “pasaran saham sekarang bergerak mendatar dalam keadaan
paling tinggi.”

29 Oktober, 1929, atau dikenali sebagai
Black Tuesday, merupakan peristiwa yang mencetuskan kejatuhan pasaran saham di
New York, adalah petanda dunia mula melangkah ke Era Krisis – dinamakan sebagai
Great Depression.

Saeculum yang bermula sejak kemenangan
Abraham Lincoln memenangi Perang Saudara di Amerika Syarikat dan Revolusi 1848
di Eropah, melalui fasa keempat atau dipanggil fourth turning, iaitu Crisis,
menurut buku The Fourth Turning tulisan William Strauss dan Neil Howe.

Kesan daripada kejatuhan ekonomi itu, ramai
yang hidup merempat di kawasan setinggan, rumah dibina dengan kotak dan papan
terbuang, dinamakan sebagai Hooverville, sempena nama Presiden Amerika Syarikat
ketika itu, Herbert Hoover.

Dari segi pop culture pada masa itu pun,
lagu-lagu menceritakan tentang kesedihan orang ramai tentang kemelesetan
ekonomi. Antara lagu yang popular pada ketika ini ialah Boulevard of the Broken
Dreams oleh Al Dubin (bukan lagu Green Day), dengan lirik lagu berbunyi:

I walk along the street of sorrow/The Boulevard of Broken Dreams/Where gigolo and gigolette/Can take a kiss without regret/So they forget their broken dreams.

Green Day mengambil idea daripada lagu ini
untuk menulis lagu dalam American Idiot yang aku akan bincangkan nanti.

Selain itu, lagu yang popular pada ketika itu ialah A Cottage to Sale dari Teddi King, mengisahkan sebuah keluarga terpaksa menjual rumahnya kerana tidak mampu membayar hutang bank, dan lagu Brother, Can You Spare A Dime? dari Bing Crosby, menceritakan tentang kemiskinan di tengah kota. Lagu Gloomy Sunday dari Mel Torme berceritakan tentang tekanan perasaan dan keinginan mahu membunuh diri, turut popular pada ketika ini.

Di Eropah, warganya turut tertekan dengan
kejatuhan ekonomi ini, kerana selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan negara Eropah
mengharapkan pasaran Amerika untuk produk mereka.

Di tanah-tanah jajahan mereka, perasaan
bangkit mahu merdeka mula bangkit. Sumpah Pemuda yang diisytiharkan oleh
Kongres Pemuda mengisytiharkan diri untuk taat setia kepada bangsa, tanah air
dan negara – mewujudkan idea negara bangsa Indonesia pada 1928.

Di China, Chiang Kai-Shek berjaya merampas
kuasa selepas keadaan huru-hara, tiga tahun selepas kematian pengasas Republik
China, Dr Sun Yet Sen pada tahun 1928.

Sementara itu Jepun mula meluaskan empayar
mereka dengan mula memasuki wilayah Manchuria dengan mengambil kesempatan ke
atas huru-hara di China. Chiang Kai-Shek terpaksa berdepan dengan pemberontakan
komunis yang diketuai oleh Mao Zedong.

Di Rusia pula, Jozef Stalin sedang merancang Rancangan Lima Tahun untuk Soviet Union, dengan ramai pesalah politik, musuh serta mereka yang menentangnya, dan ramai yang tidak bersalah, dihantar ke kem gulag, iaitu kem kesalahan politik dimana mereka menjadi buruh paksa dan hamba tebusan.

Cerita tentang gulag ada diceritakan dalam
novel Aleksandr Solzhenitsyn, The Gulag Archipelago, yang menceritakan
penindasan dan brainwashing daripada rejim komunis.

Di Jerman pula, rakyat marhein merasakan
kemarahan akibat Perjanjian Versailles yang ditandatangani oleh kerajaan mereka,
menyebabkan ekonomi negara mereka runtuh dan melihat maruah negara mereka
dipermainkan oleh pemenang Perang Dunia Pertama, Adolf Hitler menerusi Parti
Nasionalis Sosialis Jerman, atau Nazi – memeluk fahaman fasisme dan membunuh
orang Yahudi, dan golongan minoriti lain untuk mewujudkan bangsa Aryan yang
kuat, satu falsafah yang diambil dari fahaman Friedrich Nietzsche iaitu
Übersmench – atau Superman.

Keadaan rusuhan dan pemberontakan, rasa tak
puas hati dari rakyat terhadap establishment, menyebabkan pemimpin semasa itu
terpaksa melaksanakan perkara yang di luar kebiasaan pada ketika itu.

Pada masa inilah, muncul Franklin Delano
Rossevelt (FDR) yang menjanjikan peluang pekerjaan dan menstabilkan ekonomi di
Amerika. Semua media pada ketika itu menghentam Franklin dengan gelaran seperti
diktator dan gila kuasa.

FDR menang pilihanraya pada tahun 1932, dan
melaksanakan program yang diberi nama New Deal. Program ini dibantah oleh
Republikan kerana campur tangan kerajaan ke atas ekonomi adalah bertentangan dengan
prinsip kapitalisme.

Dengan mewujudkan pelbagai agensi, peluang
pekerjaan diberikan kepada penganggur yang ketika itu mencapai sehingga 25%
seluruh Amerika.

Banyak projek kerajaan seperti membina
jalanraya, jambatan, sekolah, hospital dan pelbagai lagi dilaksanakan oleh
Rossevelt, yang mula dianggap sebagai langkah sosialisme oleh mereka yang
skeptik dengan Rossevelt.

Pada pilihanraya presiden 1936, FDR menang
besar menewaskan Alf Landon, walaupun media-media semua berat sebelah dan
memberi laporan menghina FDR seperti skandal seks dengan Lucy Mercer, seorang
socialite (kira zaman sekarang dia ni macam kes Stormy Daniels la), dan
walaupun media melaporkan Alf Landon akan menang, tapi keputusannya FDR menang
dengan menang Electoral College sebanyak 523 berbanding Landon cuma 8 sahaja.

Macam cerita zaman sekarang je, kan? Tapi
masa tu Presiden FDR sebarkan maklumat pakai radio. DJT pakai Twitter, tu je
bezanya.

Pada 1 September 1939, Adolf Hitler
mengarahkan tenteranya untuk menawan Poland, dan bermulanya kancah Perang Dunia
Kedua di Eropah. Di Asia dah mula lama, apabila Jepun menawan Korea dan
Manchuria.

Dan apabila Jepun menyerang Pearl Harbor di
Hawaii pada 1941, barulah akhirnya FDR mendapat sokongan padu seluruh rakyat
termasuklah media untuk memenangi peperangan dahsyat ini.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet