Lama sejarawan menadah ilmu pasal bandar Thonis dan Heracleion daripada catatan silam. Bandar ini dibina semasa zaman firaun, yang melengkapkannya dengan kuil-kuil besar sempena Dewa Khonsu. Namun pengaruh ekonomi dan politik mula naik selepas kekalahan Nectanebo. Sebahagian besar Mesir Purba tergelincir masuk dalam pengaruh Yunani yang membesarkan lagi dengan pembinaan dermaga dan pelabuhan di muara Sungai Nil – yang menjadi bandar Thonis dan Heracleion. Semasa zaman Yunani pula, Dewa Khonsu dikafirkan daripada agama Mesir Purba, kemudian timbul sebagai Dewa Herakles untuk diimani Yunani. Osiris pula menjadi Dewa Dionysus.

Infrastruktur di sini dikatakan terlalu pesat sampai Herodotus meriwayatkan bahawa Thonis adalah penjaga “mulut Sungai Nil”. Selain beliau, Diodorus dan Strabo juga ada menulis tentang bandar ini. Namun catatan mereka agak samar-samar, merunsingkan saintis dan sejarawan moden yang menyangka ada dua bandar – Thonis dan Heracleion. Walau bagaimanapun, kajian arkeologi mendedahkan kedua-dua ini adalah bandar yang sama – lenyap daripada peta selepas dimamah kenaikan aras laut dan tsunami dahsyat.

Penemuan Yang Menggemparkan

Tidak terbayang bagaimana tanah keras Thonis-Heracleion menjadi lembut sampai simbahnya air menelan bandar begitu agung. Proses ini adalah soil liquefaction, yang berlaku ikut peringkat sepanjang pemerintahan Rom dan permulaan dominasi Arab di Mesir. Thonis-Heracleion lenyap ketika zaman Umayyah, ketika itu peranan maritimnya sudah berkurun pergi ke Alexandria (Shenker, 2016).

Bercakap pasal Bani Umayyah, terlebih dahulu ingin kami mempelawa kalian beli buku KITAB TAMADUN ISLAM. Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu terbina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran. Beli di: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Saban zaman Thonis-Heracleion hilang daripada ingatan orang ramai… mungkin menyangka kota ini dilaknat. Saintis mula berminat mencari Thonis-Heracleion selepas lama mengkaji daripada riwayat-riwayat silam. Macam diceritakan, banyak catatan meriwayatkan tentangnya. Namun bukan senang untuk menyingkap catatan, kerana mereka perlu kenal pasti kebenaran dan mitos.

Tanpa mereka sedar, rupanya tinggalan kota ini pernah dilihat seorang juruterbang tentera British pada tahun 1933. Ketika itu juruterbang tersebut sedang membelah langit Teluk Abu Qir. Tanpa koordinat yang tepat, kota ini ‘hilang kembali’ sampai saintis perlu mencari. Hasil kegigihan saintis Perancis yang berusaha selama lima tahun, Thonis-Heracleion akhirnya ditemui pada tahun 1999.

“Pasu! Pasu! 1 dua ringgit!”

Banyak artifak dikeluarkan, mendedah bahawa kota ini sudah ada sejak 700 S.M. lagi (Gray, 2013). Usaha penyelaman ini menemui tugu seorang ratu Arsinoe II “yang diangkat menjadi raja”. Ketika Qibti memerintah, tidak pelik apabila perempuan menjadi firaun. Namun zaman Yunani, pemasyhuran sebegini dianggap suatu benda yang unik kerana perempuan menjadi “Raja Mesir Hilir dan Hulu” (yakni Firaun). Tugu Arsinoe II ditemui bersama tugu dewa Serapis, tenggelam tetapi masih elok (Sooke, 2016).

Arsinoe II

Saban dekad dengan teknologi lebih maju, pakar arkeologi laut menjelajah lagi. Pada Julai 2022, mereka menemui sebuah bangkai kapal Yunani yang membawa harta begitu banyak. Bangkai ini termusnah selepas dinding Kuil Amun tumbang menghempapnya sampai tenggelam dibawah timbunan tanah liat sebesar lima meter (Claus, 2022).

Mengangkat keluar tugu purbakala.

Dan buat masa ini, hanya 10 peratus bandar ini sudah dijelajah saintis. Bukan mudah untuk kaji bandar yang tenggelam. Apa-apa pun satu pengajaran besar menanti semua pembaca. Thonis-Heracleion sudah tenggelam dan mungkin takkan timbul dalam tempoh terdekat.

Masih elok walau ribuan tahun tenggelam.

Walau bagaimanapun, banyak bandar moden kini diancam kenaikan aras laut. Bayangkan 1,000 tahun akan datang, saintis-saintis zaman tersebut buat usaha penyelaman dan terjumpa empat tiang rumah penyokong Manchester United dengan rangka terbaring atas sofa masih berjersi. Sekarang mungkin lawak. Tetapi masa itu, pasti menjadi budaya.


 

RUJUKAN:

Claus, P. (2022, Julai 18). Ancient Greek Shipwreck Loaded with Treasures Discovered off Egypt. Greek Reporter.

Gray, R. (2013, April 28). Lost city of Heracleion gives up its secrets. The Telegraph.

Shenker, J. (2016, Ogos 15). Lost cities #6: how Thonis-Heracleion resurfaced after 1,000 years under water. The Guardian.

Sooke, A. (2016, September 2). Sunken Cities: the man who found Atlantis. The Telegraph.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply