Ada sebuah bandar di Korea Utara yang diberi nama Kijong-Dong yang didirikan oleh kerajaan mereka sebagai propaganda untuk memikat rakyat Korea Selatan supaya berpaling tadah kepada mereka.

 

Eh? Bukan Korea Selatan lagi maju ke?

 

Macam ni cerita dia. Selepas Perang Korea pada awal 1950-an, kedua-dua pihak bersetuju dengan persempadanan sepanjang 250 kilometer dan lebar 4 kilometer antara kedua-dua negara yang kita kenal sebagai DMZ.

 

Sebagai sebahagian daripada persetujuan bersama, setiap kampung yang merentasi sempadan akan dibongkar, kecuali satu kampung yang dibenarkan untuk masing-masing negara duduki.

 

Korea Selatan putuskan untuk ambik Daeseong-dong yang bermaksud Perkampungan Kebebasan.

 

Korea Utara pulak pilih untuk bina sebuah bandar baru bernama Kijong-dong yang bermaksud Perkampungan Keamanan.

 

Menurut rejim Korea Utara pada masa tu, Kijong-dong memiliki kawasan perumahan, sekolah, tadika, pusat jagaan kanak-kanak, hospital dan yang paling penting, lebih daripada 200 penduduk.

 

Rupanya bandar tu takde langsung orang, hanya ada beberapa penjaga yang sekali-sekala membersihkan jalan. Malah berpuluh-puluh bangunan kediaman di seluruh bandar disyaki wayang semata-mata, takde lantai atau dinding dalaman.

 

Walaupun bandar ni langsung takde penduduk, bandar ni diterangi cahaya setiap malam seolah-olah ia berpenghuni.

 

Sebenarnya bandar ni dibina hanya sebagai sebahagian daripada peperangan psikologi Korea Utara. Selama bertahun-tahun, negara yang tertutup itu berharap rakyat Korea Selatan akan berpaling tadah secara besar-besaran dan berpindah ke negara komunis tu. Matlamat projek tu dijangka tak pernah jadi kenyataan.

 

Ada cerita berkenaan pembesar suara bandar tu tak henti-henti siarkan propaganda Korea Utara, termasuk lagu-lagu patriotik dan mesej anti-imperialisme sampai sekarang. Orang Korea Selatan di seberang sempadan pernah “counter” balik dengan lagu-lagu K-Pop.

 

Bila Korea Selatan sengaja pasang tiang bendera setinggi 98.4 meter dalam bahagian DMZ mereka. Korea Utara pantas mendirikan tiang bendera setinggi 160 meter di Kijong-Dong, yang merupakan tiang bendera tertinggi di dunia apabila siap (kini kelima).

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Kijong-Dong dan Daesong-Dong ni antara kesan Perang Korea yang banyak mengubah landskap Korea sendiri sehingga terbahagi kepada 2 negara berbeza. Banyak lagi yang korang boleh tau bila selam lebih dalam berkenaan sejarah Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA! Dapatkan segera!

https://bit.ly/kitabtamadunkoreashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply